She's Coming

294 27 6
                                    

      Melisya merenung ke luar jendela pejabatnya. Dia melihat ke arah bandaraya kerajaan Lily yang sangat maju. Siapa sangka dialah yang menjadi pemerintah bagi kerajaan yang gah ini. Banyak kerajaan yang ingin menjalinkan hubungan diplomatik dengan Lily dan itu yang membuatkannya semakin hari semakin sibuk. Dan semestinya putera puteranya terabai. Dia hanya mengharapkan Qairul dan Ashley mengasuh kedua puteranya itu.

  Dia kembalinya ke bangkunya. Dia meletakkan hujung jari telunjuknya di dagu dan berfikir. Berfikir kembali mengenai lamaran Ahriff sebulan lalu. Terimbau kembali perbicaraan mereka ketika itu. Sebelum dia pulang semula ke Victorya .

   "Melisya will you marry me?" Ahriff menunjukkan ke arah Melisya sebentuk cincin bertahtakan berlian. 

   "Ahriff I'm sorry but not now" Melisya menolak kotak cincin itu semula.

  "Melisya, Ryan dan Ian pun anak aku juga. Darah daging aku. Antara dorang akan gantikan tempat aku suatu hari nanti. kalau kita tak kahwin sekarang. Bila lagi?"

  "Tapi bukan sekarang masanya"

  "Jadi bila Melisya!?" bentak Ahriff. Melisya sedikit terkejut. Melisya tertunduk,bukan niatnya ingin menolak tetapi dia takut semuanya akan terulang, masih banyak yang dia perlu selesaikan.

 Melisya mengeluh. Dia sendiri ragu.

  Tok! Tok! Tok! 
Suzy masuk ke dalam pejabat Melisya. 

  "Ratu, mari. Ratu ada perjumpaan bersama menteri menteri mengenai undang undang baru yang Tuanku buat"

 Melisya mengangguk. dia membawa IPadnya bersama. 

  "Ratu sudah tiba" Semua yang ada di dalam bilik mensyuarat itu berdiri tegak sebaik sahaja Melisya masuk. Melisya melangkah ke tempatnya dengan penuh keyakinan dan aura seorang Ratu.

  "Semua duduk"  semua menteri mengangguk dan duduk di tempat semula

    "Baiklah kita mulakan perbincangan kita, pertama sekali saya rasa semua sudah sedia maklum yang saya hendak mengubal semula perundangan kerajaan kita, ada sebarang bantahan?" Soal Melisya. Ya Itulah caranya untuk membuat keputusan untuk  kerajaannya.

  Menteri saling berpandangan dan menggeleng. "Kami setuju jika Tuanku Ratu ingin menggubal semula undang undang kerjaan kita memandangkan Tuanku Ratu memiliki dua putera dan undang undang dahulu yang hanya di benarkan Puteri Di-Raja sahaja yang menaiki tahta kerajaan" wakil menteri pembangunan. 

 Melisya tersenyum bahagia. Namun senyumnya tidak lama dia menyadari salah satu menterinya seperti tidak suka akan perbincangan mengenai rancangannya. Dia merupakan menteri ilmu ghaib. 

  "wahai Menteri Ilmu Ghaib, apakah kau ingin memberikan pendapat mu? wajahnya sepertinya tidak menyukainya." tegur Melisya. Menteri itu memandang Melisya dengan wajah yang pucat. 

  "Ampun Tuanku Ratu,patik setuju sahaja jika Tuanku ingin mengubal semula undang undang kerajaan malahan patik sungguh gembira mendengarnya akan tetapi semalam patik bermimpi seorang wanita membawa pergi kedua putera tuanku, Puteri Prilenzisha, Puteri Qaisha, Puteri Jayrrah, Puteri Fatehah dan 6 orang lagi bersamanya pergi ke suatu tempat dan wanita tersebut tersenyum kepada saya dan berkata 'saya akan datang' " hujah menteri itu

  Semua yang berada di situ seraya terkejut dengan pengawal pengawal terkejut. 

  Menteri itu menyambung hujahnya. "Saya sudah menafsirkan semalam dan saya tidak jumpa jawabannya, saya juga sudah bertanyakan kepada sahabat sabahat terdekat namun tiada yang mengetahuinya."

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now