Juste commencé

624 48 2
                                    

2 Tahun Kemudian...

"docteur, comment va ma soeur?(doktor, bagaimana keadaan adik saya? " Soal Brentyson

"Nous n'avons pas de réponse à cela "(kami tiada jawapan untuk itu)" jawab salah satu doktor yang menjaga Melisya.

Selepas dari kejadian itu banyak yang berubah. Melisya koma sudah dua tahun. Manakala rakan rakan Melisya hilang ingatan. Mereka telah di jampi oleh mereka yang palsu. Brentyson membawa Melisya ke Venom Kingdom untuk mendapatkan rawatan.

"C'est bon docteur, vous pouvez tous y aller (tidak mengapa doktor,kamu semua boleh pergi)".

Bila doktor doktor itu sudah keluar, Brentyson mendekati adiknya. Wajah pucat adiknya di tenung. Di usap lembut. Tanpa dia sedar air matanya jatuh. Umurnya kini sudah 19 tahun dan sepatutnya dia menaiki takhta kerajaan tapi dia bernekad. Selagi kembarnya ini belum sedar,dia tidak akan menaiki takhta.

Dia mengingatkan kembali memori malam itu.

.
.

Flashback

"Melisya,buang bola tu!"
Boom!

Asap hijau mula memenuhi ruang dewan. Semua sibuk masing masing menyelamatkan diri.
Asap hijau itu merupakan satu gas pembunuh. Kalau tidak di rawat dalam masa 48 jam mereka yang terkena akan mati serta merta.

Brentyson dapat melihat Melisya yang berjalan dengan longlai dan akhirnya rebah. Syukur sahaja Qairul mempunyai kuasa penyembuhan dan bisa merawat Melisya walaupun membutuhkan waktu yang lama.

Brentyson beralih melihat keatas. Sebuah helikopter dan tentera istana sedang menaikkan putera putera dan puteri puteri yang sudah pengsan. Kemudian mereka meninggalkan istana.

Melisya di bawa ke Venom untuk keselamatan. Istana Kerajaan Lily pula di baiki. Semuanya selamat.

Mengikut perisik rahsia istana pula. Ahriff dan lain lain mengalami amnesia. Selesai habis gred 5+ mereka berkahwin dengan pasangan yang sememangnya telah di tetapkan dan naik takhta.

Dari situ Brentyson meletakkan tekad akan membalas dendam. Bukan kepada putera dan puteri itu. Tetapi kepada mereka yang membuat kekecohan dan menyebabkan adik kembarnya sakit.


"Je promets de te faire souffrir!"


End Flashback

Pintu bilik Melisya di buka. Brentyson mengalihkan pandangannya. Abang kembarnya Bryan dan Branden datang melawat.

"So macam mana? Ada progress?" Soal Bryan. Brentyson menggeleng. Ketiga tiga mereka mengeluh.

Di saat bahagia ingin di capai,
Bala pula datang menyapa.

Branden mengusap lembut rambut adiknya. Tiba tiba sekilas pandang di terlihat mata adiknya bergerak. Serta merta dia bangun dari duduknya.

Bryan dan Brentyson kepelikan. "Kau kenapa? Sewel tak cukup protein?" Soal Bryan.

Dia menunjukkan Melisya. "Aku nampak mata Melisya bergerak" kata Branden.

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now