Legend Hero

510 43 2
                                    

Selepas menerima mesej dari Suzy yang menyatakan dia ingin berjumpa di Venom, lantas Airell dan Qairul terbang ke Venom. Sekarang mereka semua sedang menunggu ketibaan gadis itu. Dia juga sempat menyampaikan pesanan bahawa kumpulkan semua orang.

  Keadaan di bilik mesyuarat istana itu saat sunyi. Airell melihat ke arah 3 jejaka yang hanya termenung kosong. Bagai mayat hidup. Wajah muram, badan menyusut dan hanya berdiam diri.

  "Tuanku, Tetamu yang di tunggu sudah tiba" kata seorang pengawal yang berjaga. 

  "Benarkan dia masuk"

  "tapi Tuanku, dia tidak keseorangan, dia bersama seorang wanita yang sedang sarat mengandung" terang pengawal.

  "Hah? Humm tidak mengapa, benarkan mereka masuk"

  "Baik Tuanku" 

    Tidak lama kemudian Suzy dan seorang wanita di belakangnya yang memakai hoodie labuh yang menutup kepalanya sehingga sukar untuk melihat wajahnya.

  Suzy tersenyum kepada semua yang ada di dalam bilik itu. Matanya melirik ke arah 3 jejaka yang hanya termenung kosong. 

 "Suzy, siapa wanita itu?" soal Airell

  "Wanita ini? dia adalahi sebab mengapa Tuan Putera ingin bertemu saya" kata Suzy. 

  "What?!" Ya Airell terkejut bukan dia sahaja, Qairul dan 3 beradik yang hanya termenung tadi.

 "Tu Airis ke?" soal Brentyson. Matanya mula berkaca. Suzy memandang ke belakang. 

  Terdengar keluhan kecil. Penutup kepala di buka perlahan. 

  Ya semua tergamam melihat gerangan gadis itu. 

 "Airis!" Brentyson berlari dan memeluk Melisya. Air matanya tidak tertahan lagi.

  'Terima kasih ya Allah, kau kembalikan jiwaku'

  "Kau pergi mana Ris, kau tau aku macam orang gila, kau tau aku tak sanggup hilang kau lagi, kau tau semua orang perlukan kau, kau tau kau je satu satunya adik aku. kau tau kita tak boleh perpisah, kau tau kita dari di rahim ibu bersama, kenapa kau tinggalkan aku lagi" Brentyson meluahkan semuanya. Air matanya di biarkan mengalir. 

 Melisya? rasa bersalah mula bertandang di hati. Luluh hatinya melihat Brentyson menangis. Badan kembarannya itu juga makin kurus. Lingkaran matanya juga makin hitam.

  "Naj," Dia menatap mata hitam milik Brentyson. 

  "I'm back, aku janji takkan tinggalkan kau lagi" Melisya mengusap air mata Brentyson. Kemudian keluar satu cahaya hitam dari tangan Melisya yang seperti mengulang tayang sesuatu

Flashback

  "Mai, Kita kena buat semua ni" kata Leostand. Maizurah mengeluh berat. Matanya merenung ke arah anak kembarnya. Brentyson dan Melisya. Matanya kemudian berahli ke pada kembarnya yang sulung, Bryan dan Branden. 

  "Kalau kita je lari tak boleh ke? Takkan kita nak pisahkan Airis dengan Najmie, mereka kembar, mustahil boleh hidup jauh" Dia mengusap usap bayinya. 

  "Hey Mai, sayang. " Leostand memegang kedua bahu isterinya dan memandang tepat ke arah mata isterinya. 

  "We need to do this, it's not just for you. it's for her, for everyone. Dia bakal gantikan tempat you. dan Najmie akan gantikan tempat I, tapi sekarang kita perlu sorokkan Airis. adik you akan bawa dia jauh dari sini. Percaya cakap I, anak anak kita bijak, baik Bryan, Branden, Najmie dan Airis. Mereka pasti akan berjumpa suatu hari nanti. I akan pastikan keluarga kita akan bahagia seperti keluaraga yang lain." Leostand berusaha menyakini isterinya.

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now