Found something huh?

628 46 1
                                    

    Melisya bersiar siar di dalam istana,bosan. Yalah semua belum bangun lagi. Dia bangun awal subuh kan. Dia berjalan jalan seorang diri sambil memerhati seni bina dalaman istana ini

     'cantik' desisnya. Dia berjalan lagi. Dia kemudian melimpasi satu lorong yang gelap. Entah mengapa lorong itu sahaja yang gelap. Terdapat satu aura yang menariknya untuk mendekati lorong itu.

     Perlahan lahan Melisya mendekati lorong itu. Dia terpaksa meraba raba dinding kerana tidak dapat melihat apa apa.

    "Melisya?" Tegur seseorang dari arah belakangnya. "Ehhh Sir Airell rupanya" dia mendekati Sir Airell. "Apa kamu lakukan di sini?"soal Airell serius.

    "Saya nampak lorong ni hitam..so saya decide nak tengok apa kat dalam " jawab Melisya.

     "Haih kamu ni..lain kali jangan sesuka hati berjalan di kawasan istana tanpa memakai baju formal. Nanti kalau King dengan Queen nampak macam mana" bebel Airell

    "Ermmm sorry Sir" dia menunduk. "Sudah,pulang ke bilik kamu. Siap siap untuk sarapan " arah Airell. Melisya mengangguk. Dia mengatur langkah pergi.

    Airell menghantar pemergian Melisya. Dia kembali melihat lorong yang hitam ini. Entah mengapa hatinya berasa seperti ada satu kuasa jahat ada di dalam sana. Dia kemudian meninggalkan tempat itu.

                                                  ***

  Satu bilik yang gelap-gelita

"Sial! Macam mana si dungu tu tau Melisya kat sana?" Marahnya. Sakit hatinya apabila jeratnya tidak berjaya .

    "Apa yang aku sudah katakan? Nanti sahaja kita pikirkan bersama yang lain..kenapa kau sibuk nak dia mati sekarang?"

     "Aku tak nak dia tau siapa diri dia sebelum dia mati"

    "Siapa nak ingat kan dia? Dia dah dengar cerita daripada putera putera bodoh tu kan..kau ingat dia akan percaya cakap yang lain?"

   "Kau jangan lupa 'Dia' bijak . Putera yang paling bijak. Dia akan dapatkan Melisya semula dan aku tak akan benarkannya"

   "Suka hati kau..but aku rasa kau kena biar dia nikmati hidup dia dulu "

                                              ***

    Seorang jejaka kacak,bermata coklat gelap,berambut hitam serta mengenakan baju rasmi datang ke sebuah bilik.

    "Bagai mana progress?" Soal lelaki yang sedang berdiri sambil menghadap sebuah portrait keluarga.

     "Dia baik baik sahaja. Cuma tadi hampir termasuk perangkap tapi nasib sempat Airell menyelamatkannya" jawab jejaka itu.

    "Dia pula macam mana? Sihat?" Soalnya lagi.

    "Syukur, dia sihat,ceria,dan tumbuh mekar seperti sekuntum Lily" jawab jejaka itu lagi.

    "Bagus,teruskan memerhati. Ingat tugas anakanda, kembalikan Lily kita"

     "Baik ayahanda "

                                               ***

   
    "Okay Melisya, kilang ni merupakan salah satu kilang pembuatan senjata api..kebiasaannya tentera,polis,dan lain lain akan memesan senjata api di sini. Kawalan sangatlah ketat untuk mengelakkan pencerobohan. Seperti yang kau dapat tengok banyak drone Dan robot robot Di sekeliling Kilang ni. Kilang ini merupakan kilang terbesar di dunia" terang Emir.
 
    Mereka kini sedang berada di Kilang Pembuatan Senjata Api Neon. Apa yang menarik di sini senjata api mereka berwarna warni. Kinda cute!

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now