M.A.T.A

202 29 5
                                    

   "Langit yang membiru, sungguh indah" 

 Pembuka kata yang di sampaikan oleh MC Majlis Perasmian Undang Undang Baru Kerajaan Lily.

   Semua pemerintah dari seluruh pelusuk dunia datang untuk menjadi saksi perasmian kerana itu merupakan satu protokol yang wajib di patuhi. MC menyampaikan objektif majlis dan menjelaskan beberapa perkara. 

  Melisya duduk di mahligainya dan melontarkan pandangan manis kepada semua pemerintah yang hadir juga menteri menteri kerajaan. Dia juga melontarkan senyuman manis kepada kamera dan wartawan. Majlis ini sedang ditayangkan secara langsung di seluruh dunia.

  "Baiklah, mari kita jemput Ratu Qaisara Melisya Airis Saherra Leostand untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Undang Undang Baru Kerajaan Lily"

  Melisya bangun dan melangkah ke arah pentas utama. MC memberikan mic kepada Melisya,kemudian berlalu pergi ke belakang pentas. 

   Melisya memulakan percakapannya dengan bismillah dan kata kata hormat kepada para pemerintah kerajaan yang hadir. Melisya kemudian membacakan undang undang baru di hadapan semua orang yang ada di sana.

   Kemudian Melisya mengakhiri mukadimahnya dengan ucapan perasmiannya, kemudian menyerahkan kembali posisi itu kepada Mc yang bertugas. 

  "Dengan ini rasmilah Undang Undang Baru Kerajaan Lily!" kedengaran ramai orang bertepuk tangan. Melisya berasa lega dan menghembus nafas. Dia tersenyum manis kepada semua yang ada di hadapannya. 

  Seketika dia berasa sedih, dia berharap ibu dan ayahnya ada di sini menyaksikan dia memimpin kerajaan ini agak menjadi sebuah kerajaan yang lebih maju dan harmoni. 

  Dia melihat Brentyson yang sedang duduk sebaris dengan pemerintah yang lain. dia melihat kerusi kosong di sebelah Brentyson yang seharusnya diduduki seorang permaisuri. Namun apakan daya, kembarnya itu belum menunjukkan tanda tanda hendak mencari isteri sekaligus permaisuri untuk kerajaannya.

    Lagipula Brentyson masih muda dan nampaknya tidak tertarik akan gadis.Begitu juga Bryan,Branden dan Airell yang masih tidak mempunyai kekasih dari mana mana keluarga bangsawan walhal mereka sangat popular di kalangan bangsawan. 

   Melisya mengalihkan pandangannya ke arah dua puteranya yang sedang duduk memerhati sekeliling mereka. Walaupun masih 3 tahun anak anaknya itu sudah mempelajari lebuh dari 10 sejarah leluhur mereka.

   Dia melihat ke arah Ahriff. Kerusi di sebelahnya juga kosong, Mendengar khabar dari beberapa dayang ,Felly sudah di ceraikan akibat ketahuan mengandung anak kepada pengawal pribadinya.

       Felly yang masih  berstatuskan bangsawan Victorya, Ahriff memberinya tinggal di istana sehingga dia melahirkan dan memberinya sebuah Villa di tengah kota untuk dia dan pengawal pribadinya itu membesarkan anak mereka. 

   ***

  Melisya menghempaskan badannya ke tilam. Badannya terasa lenguh, harini jadualnya sangat padat. Beberapa hari setelah perasmian undang undang baru, Melisya makin sibuk menguruskan kerajaannya. Kadang kadang dia harus menghadiri majlis perasmian masjid , sekolah dan sebagainya. 

  "Hidup sebagai seorang ratu itu tidak mudah" gumannya. 

  Tok! Tok! Tok! 

  Masuk!

  Pintu di buka dan sepasang kembar masuk menuju ke arah Melisya.

" Mummy" Panggil Arian

  "Yes sayang?" jawab Melisya. Dia menenung anaknya. 

  " Mummy penat?" soal Arian.

  " Little bit, why?" soal Melisya.

  "Nothing" jawab Arian kemudian mengentel gentel bajunya. 

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now