History

634 52 1
                                    

         "So, kamu nak story tentang siapa?' soal Sir Airell

   "Sultan Muhammad Al- Fateh" jawabnya senada.

   "Who Al-Fateh?" soal Stevan.

  "Sultan Muhammad Al-Fateh  merupakan pemerintah Empayar Uttmaniyah. Beliau adalah orang yang di sebut sebut akan menguasai Kota Konstantinopel. Beliau menjadi pemerintah di usia yang muda,tapi usianya yang muda tidak mempengaruhi pemikirannya yang sangat bijak dalam mengatur strategi perang"

   "Beliau juga pernah menguasai ¾ dunia. Sewaktu perang untuk menakluki kota Konstantinopel,beliau melakukan beberapa hal yang tidak dapat di jangka"

  "Antaranya?" Soal Ahriff. "Tuan Putera pernah mendengar ketua perang di lucut jawatan sewaktu perang?". Mereka menggeleng

      "Itu yang dia lakukan, ketua perang di lucutkan"
 
       "“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”. Ini adalah petikan yang saya petik dari seorang ahli sejarah yang bernama Byzantine "

  "Are you trying to trick us? " Soal Edly. "No. I said the truth. Beliau mengarahkan tenteranya meletakkan minyak di sepanjang jalan bagi memudahkan perjalanan kapal kapal mereka. Hanya dalam setengah separuh hari. Mereka boleh pindahkan lebih 50 kapal besar."

    "Whataheckkk!! He's crazy!" Jerit Idham selepas Melisya menghabiskan kata-katanya. "Yup, sebab tu beliau di katakan oleh orang orang lebih hebat dari Alexander The Great ".

   "Ada lagi kisah lain?" Soal Sir Airell. Melisya mengangguk.

        "Beliau juga pernah meminta kedua dua anak Vlad II untuk di berikan didikan mengenai agama islam..Vlad iii dan Radu Cel Frusmo.Bapanya, Vlad II telah diberi kepercayaan untuk memimpin Wallachia, salah satu jajahan di bawah kesultanan Uthmaniah. Sebagai jaminan kesetiaan, Vlad III dan adiknya Radu cel Frumos dididik bawah kesultanan tersebut dan menyertai pasukan ketenteraan Janissari, kumpulan elit tentera milik sultan Uthmaniyah."

    "Tapi sayang seribu kali sayang. Akibat bencinya Vlad iii kepada islam,Pada usia 13 tahun, Dracula mengangkat sumpah di dalam Ordo Naga untuk memerangi kaum Muslimin kerana kebenciannya kepada kaum Muslimin bertentangan dengan adiknya, Radu Cel Frumos yang memeluk agama Islam"

      "Ketika usianya 16 tahun, ayah mereka,Vlad II dibunuh oleh angkatan John Hunyadi, Raja Hungary yang cuba merampas Wallachia. Berikutan itu, kesultanan Uthmaniyah menghantar bantuan untuk membebaskan wilayah itu daripada Hunyadi.Ayah kepada Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad II kemudiannya memberi kepercayaan kepada Dracula bagi menggantikan ayahnya untuk memimpin Wallachia."

   "Lupa pula nak cakap, Vlad III juga di kenali sebagai Dracula. Dracula disebut Dracul-ae dalam bahasa Romania, di mana draco bermaksud naga, dan -ae yang bermaksud ‘anak kepada’, menjadikannya ‘anak kepada naga’."
 
     "Kerana kebencian terhadap ayahnya yang tunduk pada Muslim, Dracula menggunakan kesempatan tersebut untuk merosakkan pertahanan orang Islam pada ketika itu.Dia yang boleh berbahasa Arab, Turki dan mempunyai pengetahuan ketenteraan berpura-pura menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan Muslim dan menghancurkannya dari dalam.Dia menguasai Wallachia dari 1448 sehingga ditewaskan tentera Al-Fateh dalam beberapa peperangan"

     "Bagaimana Dracula mendapat gelaran 'Vlad Sang Penyula'?"

 
   "9 tahun lepas kejatuhan Kota Konstantinopel,pada tahun 1458 Sultan Al Fateh ingin melawan Dracula secara khusus. Beliau menghantar 1,000 tentera yang di ketuai oleh Hamzah Bey. Tapi nasib tentera tentera Islam itu berakhir tragis memandangkan Dracula sememangnya arif akan strategi perang mereka jadi tentera itu tewas dan sula semua dan menjadi hutan mayat. Komander perang iaitu Hamzah Bey Di sula pada kayu yang paling tinggi dan di cacak di tengah-tengah sebagai simbol."

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now