New Babysitter?

76 5 2
                                    

Seorang gadis melangkah masuk kedalam pejabat Melisya.

  "Tuanku" gadis itu membongkokkan sedikit badannya sebagai tanda hormat. 

   "Oh ya kamu, Kamu merupakan pengasuh baru yang Suzy beritahu saya sebulan lalu" 

  "Ya Tuanku, nama saya Jasmine."

 "Saya tidak menyangka kamu akan tiba lebih awal"

 "Ada beberapa masalah yang sudah saya selesaikan dengan itu saya boleh datang lebih awal"

 "Baiklah jika begitu,jadi mulai hari ini kamu yang akan menjaga putera saya. saya akan memberitahu kebiasaan mereka." dan Melisya mula memberitahu Jasmine mengenai hal yang patut ia lakukan.

 Jasmine memerhati Melisya, dia dapat merasakan sihir yang di miliki Melisya sangat kuat. Entah dari mana dan mengapa. Dia sempat terkejut sewaktu masuk menghadap Melisya.

  "Baikllah, kamu mengerti sekarang?" soal Melisya

  Jasmine mengangguk dan tersenyum manis. 

 "Sungguh hebat Yang Mulia Ratu walaupun sibuk dengan harian tapi masih mengetahui apa yang di sukai dan tidak disukai oleh Yang Mulia Putera."

 "Hahahahah itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ibu mereka. Ohh ya jangan lupa pastikan mereka hadir ke setiap kelas yang di tetapkan, terutamanya Ryan yang sangat membenci kelas fizik." 

  "Baiklah Yang Mulia Ratu"

  "Kamu boleh berjumpa dengan kepala pelayan dan bertanyakan di mana putera saya. Saya sudah maklumkan kepadanya bahawa ada pengasuh baru yang akan datang berjumpa dengannya."

  "Baiklah Tuanku, Saya minta diri dulu" Jasmine menundukkan badannya sedikit kemudian keluar dari pejabat Melisya.

***

   Jasmine melangkah menuju bilik Arian dan Aryan. 

 Sampai di hadapan pengawal menghalanginya. 

    "Bolehkah tuan berikan saya masuk?" 

   "Kamu siapa? Atas arahan siapa kamu masuk ke bilik peribadi Yang Mulia Putera?"

   "Saya merupakan pengasuh baru yang di tugaskan untuk menjaga Yang Mulia Putera berdua, saya juga berada di sini atas arahan Yang Mulia Ratu." terang Jasmine. Dia menatap mata pengawal itu tajam.

   "Berikan saya sedikit masa untuk menanyakan kepada Yang Mulia Ratu." Lantas pengawal itu menekan jam tangan yang di pakainya dan menghubungi Suzy. Suzy menjelaskan bahawa gadis itu sememangnya pengasuh baru. 

   Pengawal itu memohon maaf dan membenarkan Jasmine masuk.

   Semua mata yang ada di dalam itu memandang ke arah Jasmine. 

  "I'm sorry, who are you?" soal Brentyson. 

  "Pardon me, I'm Jasmine. pengasuh baru untuk Yang Mulia Putera Arian dan Yang Mulia Putera Aryan. Saya di tugaskan oleh Yang Mulia Ratu untuk datang menemui Yang Mulia Putera berdua. Maaf jika saya menganggu Yang Mulia Raja Venom. Saya akan menunggu di luar." Jasmine menunduk separuh dan melangkah pergi.

  "Stay" satu kata. Jelas. Tegas. 

  "Baiklah" Jasmine berdiri di tempatnya dan memerhati dari jauh.     

    Jasmine memerhati gerak geri keluarga di raja ini. Dia dapat merasakan aura yang sangat berlainan yang pastinya lebih kuat dari orang normal. Emang keluarga keturunan dewa dewi itu beda.               

   "Okay Ian,Ryan.  now dah masuk masa awak berdua untuk ke kelas."

  "Alahhh uncle, Ryan lazy lah"

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now