Bunga

23 1 0
                                    

     Seorang gadis kecil sedang bermain bersama serigala albino miliknya. Kulit sawo matang,cantik dan manis di lihat. Sedang sibuk bercerita bersama serigalanya dia terdengar bunyi dahan patah. 

   "Salmon, dengar tak bunyi itu?" 

    "itu bermakna ada tumbuhan yang terluka, mari" Dengan laju dia mendekati sebuah pokok tinggi dan besar yang pastinya umur pokok itu lebih ribuan tahun. 

    Dengan sekali lihat gadis itu tahu di bahagian mana dahan pokok itu patah. Dia memanjat pokok itu. Serigala albino miliknya hanya mampu melihat. 

  Tidak perlu tunggu lama gadis itu sampai di bahaguan ranting yang patah. Tangan kecilnya menggenggam bahagian yang patah dan kemudian menutup kedua matanya. Cahaya hijau kebiruan kelihatan dan ranting yang patah itu bercantum semula. Dis tersenyum puas. 

  " Salmon, Ready!". Serigala itu menggonggong. Gadis itu melompat dari pokok itu dan mendarat di atas badan serigala miliknya. 

  "Ratna!" 

    "Oh no Salmon, bonda panggil. jom balik'

   "Woff!' 

  Maka dengan itu serigala itupun berlari keluar dari hutan rimba dan menuju ke sebuah kampung . Dia terus berlari sehingga tiba di sebuah rumah banglo kayu . 

  Gadis itu turun dari serigalanya dan menuju ke dalam rumah. 

   "Dari mana sahaja kamu Ratna?" soal wanita akhir 30-an. 

   "Ratna dari hutan bonda, bermain bersama Salmon dan menyembuhkan flora di hutan" 

  "Kamu ini, sudah berapa kali bonda kata jangan main di hutan itu. Lagi pula kenapa serigala itu kau bagi nama salmon, apa tidak punya nama lain? " Soal Bonda 

   "Apa salahnya bonda? lagi pula kanak kanak di sini tidak mahu bermain dengan Ratna. Mereka kata Ratna pelik dan anak haram kerana tidak mempunyai bapa" luah Ratna .  Kepala gadis itu merenung bumi. Bonda yang melihatnya berasa kasihan. 

   Dia anak dara tua yang tinggal sendiri kemudian di beri rezeki anak gadis di depan matanya. Dia menjumpai Ratna bersama dengan serigala albino yang sekarang menjadi peliharaan mereka. 

   "Ratna tahu Ratna istimewa kan?"  Gadis itu mengangguk

  " Oleh kerana itu Ratna harus tahu bahawa walaupun Ratna tidak mempunyai ayah tapi Ratna tetap istimewa dan Bonda sayang Ratna. " kepala Ratna di elus manja.  Gadis itu kembali tersenyum. Dan mereka pun makan malam dengan bahagia. 

***

  Melisya menjalankan harinya seperti biasa. menjadi ibu kepada dua putera yang nakal dan seorang pemerintah kerajaan yang gah. Hari hari yang sibuk di tambah pulak laporan mengenai ulah kedua puteranya. 

  Baru baru ini ketika dia sedang meeting mengenai pembukaan organisasi baru, dia mendapat laporan bahawa kedua puteranya  membakar makmal sains istana kerana guru yang sedang mengajar kimia menyuruh mereka membuat eksperimen, Al hasil guru itu terpaksa di hantar ke psikologi kerana trauma . 

   Belum lagi apabila mereka meracun buaya di Zoo Kerajaan. Terpaksa zoo itu di tutup sebulam dan buaya di hantar ke hospital haiwan. 

  Pernah juga mereka berdua bercuti ke Victorya, hampir gila Ahriff mengatasi mereka berdua.  Adakah patut di lepaskannya singa jantan di tengah bandar. Bagaimana mereka melakukannya juga tiada siapa tahu. 

   Hari ini dia mendapat laporan lagi bahawa kembar itu telah meracuni ikan emas yang ada di kolam istana. 

    "Ryan, Ian mummy had enough! You two disappointed mummy!" marah Melisya. Brentyson dan yang lain turut berada di situ. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Missing Princess | The Most Powerful Empress [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now