Bab 13

33 8 0
                                    


Samudera, 1880 12.52 malam

"Apa yang dah berlaku?" soal Putera Asyriq.

"Sultan Dalha bunuh ramai orang kita Tuanku" Jawab Shahbandar.

Lima puluh orang askar bawah pimpinan Shahbandar begerak menjalankan tugas pada tengahari tanggal dua hari bulan empat untuk mencari Tuan Temenggong dan anak buahnya. Semua askar lengkap membawa senjata masing-masing supaya bersedia jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Kerja pencarian dilakukan dengan cekap sehingga mereka tiba di sempadan negeri Cahaya dan negeri Samudera pada hari kedua pencarian mereka. Mereka terus masuk ke kawasan negeri Chahaya dan meneruskan pencarian sehingga salah seorang dari mereka menjumpai tandu untuk membawa Tuan Temenggong di suatu tempat berdekatan sebuah pokok yang begitu besar. Hari sudah menginjak senja. Semua askar berkerja keras meredah hutan belukar mencari jejak orang mereka di sekitar yang berdekatan.

Akhirnya, merekan dijalan yang buntu kerana tiada seorang pun yang dilihat di kawasan itu. Mereka mengambil keputusan untuk berehat di situ kerana kerja pencarian pada waktu malam menyukarkan mereka untuk melihat objek dengan jelas memandangkan bekalan minyak tanah sudah semakin kering. Mereka solat berjemaah di situ apabila magrib menjelang. Usai dari menunaikan yang wajib bagi umat islam, Shahbandar terdengar bunyi di belukar berdekatan mereka. Bunyi yang boleh mendirikan bulu roma setiap yang mendengarnya. Ianya seperti bunyi ngauman binatang buas. Shahbandar memberanikan diri begerak menuju ke belukar seorang diri memandangkan dia sangat meyakini ilmu persilatan yang dipelajarinya. Bunyi itu semakin hampir dan dia terus menebas semak tebal itu.
Jantungnya seperti tertusuk dengan tombak apabila melihat beberapa orang anak buah Temenggong telah disiat-siat dagingnya oleh binatang buas yang berketinggian sepuluh kaki. Tidak, ianya bukanlah binatang buas. Makhluk itu adalah seorang manusia bertubuh besar dan separa binatang. Seluruh tubuh mahkluk itu dipenuhi bulu perang dan hitam yang tajam.

Terlihat berdekatan kawasan itu, Temenggong terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri. Kepalanya mengalirkan lelehan darah pekat yang semakin banyak mencurah. Syahbandar mengarahkan kesemua tenteranya menewaskan manusia separa binatang itu. Shahbandar terus melompat mendapatkan tubuh Temenggong. Sudah dijangka Shahbandar perkara aneh bakal berlaku apabila mereka masuk ke sempadan negeri Cahaya ini. Oleh itu, dia sudah pun mempersiap siaga 100 orang tentera terlatih untuk menyusul.

Argghhh!!!!! Jeritan bergema di sana sini. Makhluk itu semakin membuas. Dia tiada pilihan memandangkan hanya beberapa orang sahaja tenteranya yang mahir dalam ilmu yang diajarnya, dia mengarahkan pembantu kanannya membawa pulang Temenggong dan semua tenteranya kecuali lima orang yang mahir dalam ilmu persilatan dan juga dirinya sendiri. Mereka berpecah. Keadaan menjadi sangat huru-hara. Ramai juga tentera-tentera yang terkorban dan ada juga yang terselamat namun cedera yang dihadapinya tidak menjamin nyawanya masih panjang. Kawasan itu sudah dikosongkan dan tinggal beberapa orang yang gagah menyerang musuhnya agar Temenggong dan tenteranya yang lain bergerak pulang tanpa diancam.

Shahbandar melompat ke atas tubuh sasa musuhnya sambil bersiap memegang keris keramatnya untuk dibenamkan ke dalam tubuh sasa itu. Lima orang lagi cuba memperlahankan pergerakan manusia separa binatang itu dengan kemahiran tersendiri. Ada yang mengunakan sekuat tenaga untuk mengikat tubuh sasa itu dan ada juga yang pantas memberi tendangan padu padanya. Pada masa yang sama, Shahbandar telah pun dapat menikam dadanya. Ngauman bergema apabila keris sudah pun ditusukkan. Namun, tiada setitis darah pun yang terkeluar dari tubuh itu. Shahbandar ditepis kuat tetapi dia cekap mengelak melompat terus ke tanah.

"Musuh kita kuat. Kita harus ada strategi" kata Shahbandar yang mengetuai pergelutan itu.

Beberapan minit berlalu, pergelutan tidak susut, malah orang-orang Shahbandar makin kehilangan tenaga. Pada saat itu, bulan penuh tiba menerangi bumi. Mereka berhenti mencari nafas dan tenaga yang semakin menghilang. Di kala itu, bunyi salakan yang panjang terlaung dari musuhnya. Sudah berkali-kali tikaman tidak dapat menghapuskan tubuh itu. Selepas salakan panjang, taring tajam dan berkilau tumbuh dari mulutnya persis harimau jantan yang gagah. Dengan satu libasan oleh makluk buas itu, semua tubuh terpelanting menghentak pokok di kelilingnya.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now