BAB 4

61 11 0
                                    


Bab 4

Negeri Samudera, 1877.

Lelaki itu memerhatikan orang ramai yang sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Dia berdiri segak di atas satu tebing untuk memerhatikan manusia yang sedang riuh meraikan ulang tahun kelahirannya dan abangnya. Keadaan di situ hingar-bingar dek suara kemeriahan rakyat negeri Samudera dan ada juga pedagang yang datang dari jauh. Dalam keramaian itu, seseorang yang segak lengkap dengan pakaian bewarna putih dan tengkolok yang disulam benang emas bersama dua orang lelaki di kiri dan kanannya menarik perhatian lelaki di tebing itu. Dia turun sedikit dari tebing itu untuk mendengarkan perbualan mereka bertiga.

"Aku sukakan tempat ini," ujar lelaki yang memakai tengkolok itu.

"Lihatlah wajah-wajah mereka semua, tersenyum manis. Indah sungguh" sambungnya lagi.

"Tetapi patik rasa ada sesuatu yang tuanku lebih gemar daripada senyuman itu di negeri ini" Lelaki di kanannya pula bersuara.

Lelaki bertengkolok itu tadi hanya tersenyum manis sambil menundukkan wajahnya. Dalam khusyuk lelaki di tebing itu mencuri berbualan tiga orang pemuda dihadapannya, satu suara memanggilnya.

"Asri!"

Putera Asri sedikit tergelincir di tebing itu. Dia menoleh ke belakang dan terlihat wajah abang kembarnya Putera Asyriq. Tawa kecil terdengar dari abang kembanya itu.

"Apa kamu buat disini? Bonda mencari kamu merata tempat di istana," kata Putera Asyriq.

"Aku sedang memerhati suasana indah disini"

"Ahh, suasana indahnya mungkin yang itu?" soal Putera Asriq sambil jari telunjuknya terarah pada seorang gadis yang begitu ayu dengan busana kebaya hijau lembut.

"Hahaha aku bukan seperti kamu untuk memerhati gadis-gadis di negeri ini" jawab Putera Asri tersenyum sinis.

Tiba-tiba terdengar riuh dari bawah. Mereka berdua pantas memandang ke arah keramaian itu. Seketika itu berkumandang alunan muzik yang dimainkan dari permainan muzik tradisional. Selang-seli dengan itu suara teriakan orang-orang disitu memberi cadangan supaya seseorang menjadi penari di atas pentas itu.

"Kamu mahu mencuba tarian Barong?" soal Putera Asri kepada abangnya.

Putera Asyriq memandang pelik. "Kita berdua?"

Putera Asri mengangguk pantas.

"Lihat sana" ujar Putera Asyriq sambil tersenyum.

Terlihat Puteri Kasturi Putih sedang menapak naik ke atas pentas. Dia memulakan legokkan yang sempurna. Kini kedengaran tepukan yang gemuruh dari rakyat negeri itu. Tariannya lemah lembut mengikut irama yang dimainkan. Jari melentik kemas dengan gerak tari yang unik. Senyuman manis terukir dibibir Puteri Kasturi. Rentak melodinya kini semakin rancak. Langkahnya juga semakin ligat. Dia mula bermain dengan selendangnya pula. Terbukti Puteri negeri Samudera ini begitu mahir dalam tarian.

Mata Puteri Kasturi kini tertancap pada seorang jejaka yang tidak jauh berdiri dari pentas itu. Matanya terus memandang tepat ke anak mata jejaka itu seperti memberitahu jejaka itu bahawa tarian itu dipersembahkan khas untuknya.

Putera Asri perasan akan gelagat adiknya Puteri Kasturi itu. Dia menoleh terus ke arah jejaka yang dipandang adik perempuannya. Ya, dia adalah jejaka yang menarik perhatiannya dari tadi. Jejaka bertengkolok dan berpakaian sedikit pelik yang mungkin tidak berasal dari negeri Samudera. Dia seperti datangnya dari keluarga yang ada-ada. Mungkin saudagar yang datang dari hujung benua. Putera Asri menggelongsorkan tubuhnya menuruni tebing. Putera Asyriq yang melihat, turut mengekorinya.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now