Bab 18

32 9 0
                                    


Kereta yang dipandu Khairul meluncur laju di atas jalan tar. Que dan Mia hanya mendiamkan diri hanyut dalam minda masing-masing. Kejadian pagi tadi masih lagi terbayang diminda mereka. Enjin kereta semakin berderum kencang. Kelajuan semakin bertambah walaupun keadaan jalan raya itu sarat dengan kereta.

"Kau pergi jauh dari ruang ciptaanku" ujar Asri sambil melabuhkan punggung di bawah sebatang pokok. Khairul hanya memandang Asri untuk memberi penjelasaan.

"Apa yang kamu lihat sebentar tadi?" soal Asri.

"Aku tak tau binatang apa tadi. Dia besar. Menakutkan. Benda tu macam naga. Dia ada mata yang bersinar" jawab Khairul.

"Baguwaja," ucap Asri.

"Kamu harus cepat mencari baguwaja itu. Dia adalah sebiji mata yang berkilauan dan tajam. Hanya kamu sahaja yang boleh mencarinya. Bawa pulang baguwaja dari kurungan negeri Cahaya sebelum tengah malam ini atau malapetaka akan menimpa negeri ini. Sebelum itu aku mahu kau carikan aku tangkal pendua. Jangan sesekali biar dia terputus. Bawakannya kepada aku nanti. Ianya seperti separuh dari nyawaku. Tanpanya aku tidak dapat membantu kalian semua"

"Kau tak ikut sekali?"

"Aku ada urusan penting disini. Ah, sebelum itu, ada dikalangan kamu dari pihak musuh. Jadi berhati-hati" kata Asri.

"Slow sikit bro" ujar Que yang perasan akan Khairul yang sudah jauh dengan lamunannya.

Khairul sedikit tersentak. Kereta dipakir kemas di tingkat bawah bangunan itu. Mereka keluar dengan pantas dari kereta menuju ke arah pintu masuk lapangan terbang negeri Samudera.

"Mia, aku nak tahu apa yang kau tahu tentang hal aku?" soal Khairul sejurus pesawat dinaiki oleh mereka meluncur di udara.

"Perkara yang berlaku sekarang ada kena mengena dengan kau" jawab Mia sambil memandang tepat kearah Khairul.

"Kau bakal rosakkan segalanya" tambahnya lagi.

"Kenapa pulak?" soal Khairul.

Que yang duduk tengah diantara mereka hanya mendiamkan diri melihat suasana tegang itu.

"Damn! Khairul. Kau jangan buat bodohlah. You are the last prince of Negeri Samudera yang selama ni semua orang ingat dah mati. Kau pewaris yang dirahsiakan selama ni and you the only one yang boleh hentikan sumpahan turun temurun ni. You saw Nur dying in front of you and that is because of you. You ruin everythings!!"

"Mia rileks. Mia we can handle it. Aku tahu kau takut sekarang ni. Its okay, Shakir takkan apa-apa" pujuk Que apabila melihat Mia sudah semakin hilang kawalan.

"I'm so sorry. Aku tak sangka semua ni berlaku. Forgive me guys but tolong aku kali ni please. Aku betul-betul bantuan korang"

Mia dan Que hanya diam tanpa kata.

"Mia sorry. Aku tak berniat nak libatkan kau or Shakir but please. Only for this time I really need your help untuk cari baguwaja tu"

Beberapa jam kemudian pesawat yang dinaiki mereka selamat sampai ke destinasi. Que membuat panggilan teksi untuk membawa mereka ke arah tempat yang dituju. Hari sudah semakin gelap. Masa yang ada untuk mencari baguwaja sangat singkat. Setelah mereka sampai di hadapan pintu gerbang istana negeri Coastar yang telah dijadikan Muzium, dengan pantas mereka melompat masuk dari tembok yang berdekatan memandangkan waktu Muzium itu beroperasi sudah tamat. Setelah mereka selamat melepasi tembok itu, mereka bertiga dengan pantas berlari ke arah pintu masuk Muzium itu. Khairul cuba membuka pintu itu namun ia terkunci rapat.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now