BAB 9

39 9 0
                                    


Bab 9

Sekarang keaadaan sangat memaksa aku. Aku perlu cepat. Perkara ini bukan boleh dibawa main jika ia bersangkut paut dengan nyawa. Keadaan Mia pun aku masih tidak tahu. Malam ini atau pagi esok. Tak, malam ini juga aku akan bergerak ke sana. Aku akan pastikan Mia dapat keluar dari sini. Pasti tiada apa yang berlaku padanya. Mereka tak sepatutnya melibatkan Mia dalam hal ini. Sekarang cakap pun tak guna. Nak atau tak aku perlu bawanya ke Samudera.

Suasana hospital itu sudah agak lengang memandangkan sudah lewat malam. Suhu pendingin hawa terasa di tahap maksima namun hakikatnya angin malam itu yang menambahkan kedinginannya. Seorang lelaki yang agak tampan bebaju kemeja bersama seorang wanita yang agak genit tubuhnya bergerak pantas memasuki lif. Lagak mereka seperti ada sesuatu yang penting untuk diselesaikan.

"Haidi?" gumam Que

Bermacam kemungkinan berlegar dikepala tetapi ada yang aneh ketika itu. Bersama Haidi dan wanita itu ada seorang lagi wanita yang sangat cantik berbaju kebaya labuh bersama songket keemasan dan bersanggul kemas juga mengikuti langkah mereka menaiki lif. Dia tahu wanita itu bukanlah manusia atau makhluk yang sering dilihat sebelum ini yang mungkin mengganggu manusia dengan rupa mereka yang hodoh. Maka dia membiarkan sahaja wanita berkebaya itu berlalu bersama mereka.

"Encik Que" panggil seorang jururawat yang sudah agak berumur dalam lingkungan 30-an dari lagaknya namun masih tersimpan keayuan dalam senyumannya.

"Ya saya? Macam mana keadaan kawan saya cik?"

Dalam kepalanya masih terfikir untuk menukar panggilan si jururawat itu tetapi dia memilih untuk menggunakan "cik" agar imej playboynya tidak tenggelam.

"Cik Mia dibenarkan pulang memandangkan keaadaannya tidak terlalu teruk dia hanya mengalami luka dibahagian kepalanya. Tiada pendarahan yang teruk pada bahagian kepalanya. Doktor dah pun sediakan ubat untuk cik Mia, encik Que boleh ambil difarmasi disebelah kiri sana dan pastikan Cik Mia berehat secukupnya," kata jururawat dengan pantas dan jelas sambil menghulurkan sehelai kertas untuk diberi kepada ahli farmasi.

Kakinya bergerak pantas ke farmasi itu untuk segera melakukan apa yang disuruh jururawat itu setelah mengucapkan terima kasih kepadanya. Hatinya mungucap syukur Mia tidak apa-apa. Setelah mengambil ubat yang telah diberi pantas dia pergi kearah Mia yang sedang kaku duduk dibangku plastik menuggunya.

"Jom. Laki kau ajak balik Samudera" ajak Que tanpa menoleh ke arah Mia dan berlalu pergi.

Mia hanya menyusul langkah pantas Que dengan penuh tanda tanya tetapi mulutnya terasa malas untuk menyoalkannya lalu dia mendiamkan diri sahaja.

"Aku dah book tiket untuk kita. Aku singgah rumah kau lepas tu kita gerak pergi rumah aku" kata Que memecah kesunyian yang tercipta dari tadi.

Terbeliak mata bulat Mia dek kata-kata Que. Dahinya berkerut ketakutan.

"Beb kau nak buat apa sebenarnya huh?" soal Mia sambil memandang tepat ke arah Que yang sedang memandu kereta.

Que tersenyum sinis menampakkan gigi taringnya menambahkan keseraman yang ada dalam hati Mia. Que hanya mendiamkan diri kerana dia malas nak melayan shakwasangka Mia yang bukan-bukan itu.

"Beb aku tanya bebaik ni" katanya lagi

"Kita pergi rumah kau nak suruh kau pek barang kau bawak pergi Samudera. Agak-agak kalau kau tak rajin nak berbaju aku pergi jela terus rumah aku." balas Que bengang.

"Ouh okey okey" kata Mia pantas sambil tersengih.

"Kita pergi rumah aku dulu" sambung Mia

"Tapi kalau kau selera dengan aku jom laa geli-geli dulu" kenakalan Que sudah menyerlah mengenakan Mia

SAMUDERANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ