BAB 5

58 9 0
                                    

Bab 5

Negeri Samudera, 1880

"Tidak. Beta tidak setuju!" bentak Sultan Kasha Putih kepada Temenggong-nya.

"Tetapi Tuanku, patik menasihati Tuanku untuk kebaikan Tuanku juga"

"Apakah kau tidak faham akan perintahku? Aku tidak akan mendekati dengan keluarga yang biadap sebegitu rupa. Berani mereka mengaturkan perkara yang menaikkan darah beta setelah apa yang telah mereka lakukan?!" marahnya.

"Menjunjung perintah Tuanku"

Melihat raut wajah sultan yang begitu membengis, Temenggong akur dan berlalu pergi. Memandangkan Temenggong sangat dikenali dengan kesetiaannya kepada raja, Temenggong tidak mengambil masa yang lama untuk menurut perintah Sultan. Temenggong dan anak buahnya berbincang lalu membuat keputusan untuk menyampaikan penolakan ini kepada Sultan Negeri Cahaya, Sultan Dalha Shah pada malam ini juga.

Perjalanan panjang Temenggong sejak beberapa hari akhirnya terhenti. Mereka berjaya sampai ke destinansi seperti yang dirancang. Mereka tidak berlengah lalu menyampaikan titah Sultan negeri mereka kepada Sultan Dalha. Setelah sampainya berita itu, mereka terus bergerak pulang kerana tiada lagi hal penting untuk berurusan dengan negeri Cahaya. Hari berganti hari mereka meneruskan perjalanan pulang, namun jalan keluar dari negeri Cahaya tidak dijumpai.

***

"Ayahanda tidak akan dapat menggembirakan anakanda setelah sekian lama ayahanda menghilang! Anakanda sudah tidak perlukan belas kasih mahu pun perhatian ayahanda. Hancur segala kehidupan yang anakanda bina. Hilang sekelip mata. Ayahanda juga sudah tidak perlu mengambil tahu segala tentang diri anakanda dan Puteri Kasturi Putih. Pucuk pangkalnya juga semua disebabkan ayahanda sendiri. Biar kerajaan ini tidak berwaris disebabkan tindakan ayahanda yang tidak waras itu," tutur Putera Adi Dahlan iaitu putera sulung Sultan Dalha.

Terngiang kata-kata itu di telinga Sultan Dalha setelah jejak puteranya menghilang entah kemana. Hatinya kecewa. Kali ini dia harus meneruskan hidupnya yang kosong. Tiada lagi yang harus dikesahkan. Tiada lagi yang harus digentarkan. Dia hanya perlu melunaskannya.

"Satu penolakkan adalah satu musibah" kata Sultan Dalha sambil tersenyum nipis.

Niatnya untuk bermenantukan Puteri Kasturi Putih tidak kesampaian. Sakit hatinya kerana kekecewaan itu.

***

Setelah beberapa hari selepas Temenggong pergi ke negeri Cahaya, tiada khabar berita tentang kepulangannya. Sultan Kasha Putih mula merasakan sesuatau yang buruk berlaku pada Temenggong. Sultan Kasha mengarahkan supaya orang bawahan Shahbandar mengetuai pencarian Temenggong. Tentera yang Shahbandar latih sangat licik dan gagah. Latihan yang berterusan membuatkan mereka lebih kuat. Tiada apa untuk dirisaukan jika Sultan menitah Shahbandar untuk mencari Temenggong dan beberapa orang anak buahnya.

Lima hari telah berlalu setelah Shahbandar dan tenteranya pergi mencari Temenggong. Pada malam itu Sultan Kasha berasa tidak sedap hati. Beliau mengarahkan semua pengawal istana menjaga keselamatan kawasan istana dengan lebih ketat. Setiap pintu masuk istana dikawal rapi oleh tentera dan pengawal yang cekap dan terlatih. Khabar kepulangan Syahbandar tidak lagi disampaikan, Sultan mulai resah. Masa sudah sampai di pertengahan malam. Hujan dengan mengejutnya turun dengan lebat. Petir berdentum dengan kuat.

Malam itu seluruh penduduk negeri Samudera diselubungi dengan ketakutan. Kegelapan dan kegelisahan mulai menererjah masuk kedalam hati mereka. Hujan semakin deras guruh dan petir semakin bermaharaja dilangit.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now