Bab 15

39 8 0
                                    


Kedengaran suara beberapa orang yang sedang bebual bersama. Hawa di kawasan itu terasa dingin. Kelopak matanya cuba dibuka sedikit demi sedikit. Cahaya yang begitu terang menyinggah masuk ke dalam kornea kelabu milik Kas. Jari tangan cuba di gerakkan lemah. Nafasnya sedikit tersekat ketika itu. Terasa sakit di bahagian kepalanya. Perlahan-lahan dia cuba mengingati apa yang telah berlaku kepadanya. Mengapa dia berada dia atas katil bercadar putih ini. Seketika itu seorang jururawat wanita menghampirinya lalu memeriksa keadaannya. Dia hanya membiarkan sahaja jururawat itu meneruskan kerjanya. Matanya cuba melilau ke kiri dan kananya.

"Megat" ucapnya sejurus terlihat tubuh Megat Haidi yang terlantar tidak sedarkan diri.

Kas menoleh ke kanan untuk melihat dengan lebih jelas keadaan Megat tetapi pergerakannya terbatas apabila lehernya terasa begitu sakit untuk membuat satu pergerakan.

"Cik, jangan bergerak terlalu banyak. Buat masa ni keadaan cik tidak berapa nak elok. Jadi saya nasihatkan cik untuk berehat sahaja di atas katil. Kalau nak minta apa-apa, cik perlu tekan butang ini sahaja" kata jururawat itu sambil menunjukkan punat yang bulat berwarna merah di sebelahnya.

Dia mendiamkan diri dan mengimbas kembali ingatannya. Perkara yang terakhir yang dilihatnya ialah suasana yang huru-hara berpunca daripada Nur. Terlihat dihujung satu penjuru Megat Haidi sedang cuba untuk berdiri semula sambil memegang kepalanya sendiri. Kas menoleh kembali ke arah Megat. Kelopak mata lelaki itu bergerak-gerak dengan perlahan.

"Nurse" panggil Kas.

Seketika itu seorang jururawat datang untuk memeriksa keadaan Haidi pula. Beberapa minit berlalu. Kas dapat melihat Megat sudah boleh bangkit dari baringannya. Keadaannya tidak seteruk dirinya.

"Kas,are you okey?" soal Megat yang sedang cuba turun dari katilnya bergerak ke katil Kas.

Hanya anggukkan dibalas oleh Kas. Megat duduk di kerusi yang disediakan memandang wajah mulus Kas.

"I'm sorry" ucapnya sambil mencapai lembut telapak tangan milik Kas.

"Aku okey lah" jawab Kas.

"Nur macam mana?" soalnya pula.

Haidi berdiri menjenguk-jenguk sekeliling.

"Nurse" panggilnya.

"Awak tau tak Nur adik saya, dia dekat mana?" soal Megat setelah jururawat wanita itu menghampirinya.

"Oh, cik Nur ada di wad sebelah. Buat masa ni Dr. Fahmi arahkan supaya dia diasingkan supaya tiada kejadian seperti tadi berlaku" jawab jururawat itu.

"Em thanks" jawab Megat ringkas.

Seketika itu telefon bimbitnya bordering kuat. Megat terus menjawab panggilan dari rakannya Shakir.

"Hello.em... Aku dekat.." panggilan terputus.

Megat memandang skrin telefonnya pelik. Dia kemudian melangkah keluar dari wad itu untuk melihat keadaan adiknya. Sesampainya di suatu bilik di mana hanya Nur sahaja yang di tempatkan disitu. Megat memerhati dari luar pintu kaca itu. Terlihat Nur hanya terbaring lemah di atas katil. Dia cuba menolak pintu kaca itu untuk melangkah masuk, tiba-tiba bahunya di tepuk lembut dari belakang. Dia menoleh kebelakang dan melihat Dr Fahmi tersenyum nipis kepadanya.

"Macam mana keadaan encik?" soalnya.

"Em okey" jawab Megat.

"Adik kamu belum dalam keadaan stabil lagi. Jadi kalau boleh elakkanlah dari masuk ke dalam. Kita sebolehnya nak elakkan perkara seperti tadi berlaku semula" ujar Dr Fahmi.

SAMUDERAOnde histórias criam vida. Descubra agora