Bab 16

31 9 0
                                    


Kas melangkah masuk dengan muka kosong selepas menikmati udara segar kampung Samudera itu. Sejurus tangannya cuba menutup pintu kayu rumah itu, terdengar bunyi kereta memasuki halaman rumah itu. Dia menjenguk-jenguk kepala melihat siapakah gerangan mereka yang baru sahaja turun dari kereta lexus berwarna hitam itu.

"Megat! Ni kawan kau sampai dah" panggilnya.

Dengan segera Megat menyarung t-shirt pada tubuhnya lalu keluar dari bilik menuju keluar.

"Lambat balik" ujarnya sejurus terlihat wajah Shakir.

"Em pergi minum-minum dengan Tok kat kedai Busu depan sana tu" katanya.

"Dorang semua tidur sini ke?" soal Megat sambil menjuihkan bibir ke arah 3 orang jejaka di belakangnya.

"Que jelah yang tidur sini. Yang lain rumah dorang kat sempang depan tu jer" jawab Shakir lalu bersalaman dengan Raz dan Luke dan diikuti oleh Haidi dan Que.

Mereka berdua melangkah masuk dengan tubuh yang lemah setelah penat berlatih di gelanggang malam. Shakir dan Que membersihkan diri manakala Megat dan Kas duduk berborak diruang tamu rumah itu.

"Kas" panggil Megat

"Em" jawabnya ringkas sambil pandangannya melekat pada televisyen dan menikmati air nescafe.

"Kas" panggilnya lagi.

"Ape benda?" kali ini matanya memandang ke arah Megat dengan dahi yang berkerut.

"Lepas Nur dah baik nanti kita nikah"

Tersembur nescafe dari mulut Kas sejurus mendengar kata-kata Megat.

Megat tersenyum melihat reaksi Kas. Dia menghulurkan sekotak tisu pada Kas.

Kas hanya diam tanpa menoleh ke arahnya dan berpura-pura sibuk mengelap air pada baju dan meja dihadapannya. Mata Megat masih memandang tepat ke arah Kas, melihat setiap gerak geri gadis itu. Entah apa yang difikirkan Megat tangannya tiba-tiba menyelak perlahan rambut milik Kas yang menutup separuh wajah gadis itu. Tubuh Kas kaku seketika dek terkejut dengan perbuatan Megat. Jantungnya berdegup kencang. Mukanya mula membahang. Seketika itu anak mata mereka bertembung menimbulkan situasi yang agak kekok.

"Pehh patutlah harum jer bau rumah ni. Ada yang sedang bebunya-bunga rupanya" usik Que apabila terlihat adegan antara Megat dan Kas.

Kedua mereka menjarakkan tubuh mereka, berpura-pura menonton televisyen. Shakir tersenyum mendengar usikan dari Que. Dia menjurus ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

"Bro tak payah nak tekun sangat tengok iklan tv3 tu" usik Que lagi dan kali ini berdekah tawa mereka kecuali Kas yang sudah merah padam mukannya menahan malu.

Kas bangkit dari sofa bagi mengelak dirinya dari diusik lagi oleh Que.

"Shak!! ooo...Shak! tu awek Diy gi dapur tu. Cer tengok sikit muka dia dah hilang merah ke belum tu?" usikan Que bertambah galak kali ini.

Shakir hanya tergelak besar sahaja di dapur lalu berjalan berselisih dengan Kas dan terlihat muka masam mencuka dipamerkan oleh gadis itu.

"Dah la kau melebih pulak!" marah Megat sambil mencampakkan bantal ke arah Que.

Kas terus berlari masuk ke dalam bilik menyembunyikan dirinya dari diusik oleh mereka lagi.

"So how Nur?" soal Shakir.

"Em doktor bagi aku bawa berubat kampung" jawabnya.

"Teruk sangat ke adek kau?" soal Que.

"Aku tak tahu lah nak terangkan keadaan dia," Megat menundukkan wajahnya.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now