Bab 11

48 8 0
                                    


Dia terdengar suara seseorang sedang membacakan mantera. Suara itu samar-samar didengari. Dia membuka perlahan kelopak matanya dan memerhatikan sekeliling bilik itu.

"di mana?" soalnya

"Kau sudah sedar?"

"Siapa?" soalnya lagi

"Orang kampung ini"

"Kenapa aku berbaring disini?"

"Sudah dua hari kamu tidak sedarkan diri"

Kini dia duduk tegak menghadap pemilik suara itu.

"Aku Asri," dia menghulurkan tangan.

"Orang kampung panggil aku Rojok" sambil menyambut salamnya. "Memandangkan kamu sudah sedar, kamu sudah boleh pulang ke kediamanmu" sambung Rojok.

"Aku perlu selamatkan adik perempuan aku. Dia diheret tiga orang lelaki. Dan...dan seseorang"

"Ke arah mana?" soal Rojok

"Aku tidak ingat. Ingatan aku masih samar-samar"

Rojok hanya diam dan berlalu pergi menyiapkan air minuman khas untuk Asri sebelum dia menjemput Asri untuk minum.

"Putera Adi,"tiba-tiba nama itu muncul dari ingatan Asri.

"Tok!! Tok Rojok!! Tok ada dirumah?" satu suara terdengar dari luar.

Rojok bingkas bangun menjenguk keluar. Seketika itu, dua orang pemuda membawa tubuh seorang lelaki yang berlumuran darah. Teruk keadaanya. Melopong mulut Asri ketika memerhatikannya. Dia lihat Rojok membacakan mantera dan menyapukan pada mata lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu terjerit kuat meminta tolong. Tubuh Asri sedikit berganjak dek terkejut akan suaranya. Lelaki tadi memegang dadanya yang terasa perit sambil berkata, "Lelaki itu. Dia bertubuh tegap, bengis dam berkumis tebal. Dia seperti marahkan sesuatu. Setelah Menikamku berkali-kali dia mengumpulkan darahku yang mengalir di dalam satu bekas dan berlalu pergi" katanya

"Kamu rehatlah dulu. Luka kamu akan hilang malam nanti" kata Rojok.

Asri hairan. Luka yang dialami lelaki tadi cukup dalam dan boleh membawa maut sangkalnya. Sekelip mata dengan matera, Rojok boleh menyembuhkan luka lelaki itu.

"Kenapa kamu tidak pulang lagi?" soal Rojok pada Asri.

"Aku tidak tahu jalan pulang"

"Jadi kau tinggal sahaja dengan aku. Membantu aku mengubati orang"

***

Megat tenung dan membelek dengan teliti gelang hitam itu. "Apa yang istimewa sangatlah dengan benda ni?" soalnya sendiri.

Dia masih memandang pelik dengan gelang itu. Terngiang di kepalanya perbualannya dengan ayahandanya melalui telefon tadi.

"Ayahanda sihat ke?" soal Megat.

"Ayah sihat saja. Kamu tu dah berapa hari tak masuk kerja? By the way, macam mana keadaan Nur sekarang?" soal Raja Mazlan

"Hmm dia dah stabil sekarang ni. Ayahanda tak datang melawat?" saja soalan sebegitu dituju walaupun dia tahu orang tua itu sibuk dengan kerjanya yang tidak pernah habis.

"Ayahanda tak ada masa lah untuk ke Coastar. Esok pun ayahanda perlu ke Ukalaz. Buat masa ni kamu tengok-tengokkanlah adik kamu tu" jawabnya.

"Baiklah. Saya sebenarnya nak tanya sesuatu ni" kata Megat

SAMUDERAWhere stories live. Discover now