Khunsa II

3.7K 92 15
                                    

Kisah in tiada kaitan dengan Bunian Nozama.........

.

.

Berlaku pertengkaran antara Farhana dengan ibu bapa saudaranya. Mereka menghalang Farhana dan ahli Kelab Detektif Misteri daripada berjumpa dengan Kayra. Rizal, Hafizie dan Melynda tidak dapat campur tangan.

.

Bomoh Deraman tidak dapat berbuat apa-apa. Dia tidak boleh masuk campur dan memaksa orang lain untuk menerima bantuannya jika mereka tidak membenarkan.

.

Mujur ada pihak yang datang memberi jaminan. Ahmad Syukri, bapa kepada Mikayla turut hadir untuk meyakinkan ibu bapa Kayra agar dibantu oleh Bomoh Deraman. Ini kerana dia sendiri terhutang budi dengan Deraman yang menyelamatkan anak perempuannya daripada gangguan jelmaan yang menyerupai anak lelakinya, Zafran.

.

Kayra masih dirawat di hospital mental namun dia dikurung dalam bilik khas dan dibalut dengan baju lengan panjang untuk menghalang pergerakan tangannya.

.

Pihak hospital mendapati Kayra telah melakukan hubungan seks dengan jururawat hospital itu dan turut meliwat seorang pembantu perubatan di sana.

.

Bomoh Deraman sudah mengetahui tentang Kayra yang bersifat khunsa. Menurut Farhana, sepupunya itu sudah disahkan sebagai perempuan walaupun memiliki zakar. Ini kerana zakar Kayra sebenarnya tidak berfungsi. Namun selepas peristiwa di rumah pangsa terbengkalai, Kayra sudah beberapa kali menujah jururawat dan pembantu perubatan dengan zakarnya.

.

Bomoh Deraman memerhatikan Kayra yang duduk di lantai bilik. Ibu bapa Kayra turut hadir bersama seorang doktor yang memantau keadaannya. Farhana juga berada dengan mereka.

.

Mata Bomoh Deraman bersinar kehijauan. Dia dapat melihat sesuatu dalam tubuh Kayra.

.

"Macam mana tok? Apa yang berlaku pada Kayra?" tanya Farhana.

.

Deraman tidak menjawab soalan Farhana tetapi bercakap dengan ibu bapa Kayra.

"Kalau encik dan puan nak tahu, anak encik berdua lahir dengan dua tenaga dalaman yang terpendam dalam tubuhnya. Tenaga bersifat panas dan dingin. Kalau zaman dahulu, anak encik mungkin dah dilatih sebagai pendekar atau dicari untuk belajar ilmu kedukunan."

.

Ibu bapa Kayra berpandangan sesama sendiri. Bapa Kayra sebenarnya anak seorang guru silat namun dia sendiri sudah lama tidak berlatih silat kerana dirasakan tiada keperluan pada zaman moden.

.

"Jadi kenapa anak kami jadi macam ni?" tanya bapa Kayra.

"Ada sesuatu yang menumpang dalam tubuhnya. Farhana, kalau kamu nak tahu makhluk yang kamu nampak dalam bilik tempoh hari dan masukkan benihnya dalam tubuh sepupu kamu," kata Deraman.

.

Farhana yang teringatkan makhluk seperti sotong memiliki tentakel kepala zakar.

"Jadi macam mana dengan Kayra sekarang?"

.

"Benih dalam tubuhnya itu masih belum matang. Makhluk tersebut gunakan tubuh Kayra kerana sifat tenaga dalam tubuhnya tapi masih belum cukup. Jadi Kayra diperalatkan untuk merogol orang lain dan menyedut tenaga mereka," jawab Deraman. "Tok boleh keluarkan benda tu tapi kalian semua perlu berjaga-jaga."

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now