Putih (3)

1.2K 33 5
                                    

Nirwajah, jelmaan putih yang menjadi tetamu kehormat Bunian Nozama sedang berdiri di padang berhadapan dengan Pohon Puaka.

Mahaya, Hinaya, Annara, Sumanara dan Liandra bersama-sama sekalian ahli puak mereka berdiri jauh dari makhluk yang sudah mereka kasihi dengan rasa risau. Sumaya, Kalara dan bunian-bunian khunsa bertubuh gagah kegelisahan sambil mengutuk ketidakmampuan diri mereka untuk menuntut balas atas kematian ahli puak sendiri. Linanga, Dunanga dan sekalian ahli lain yang mendukung anak turut ketakutan seolah-olah bakal kehilangan pasangan. Wilaya, Sunandra dan anak-anak bunian khunsa masih berusia muda namun sudah matang tubuh mereka tidak berhenti mengalirkan air mata.

Kesemua Bunian Nozama sama-sama merasakan takut dan bimbang akan sekiranya Nirwajah yang sudah memberikan kepuasan yang lebih nikmat kepada mereka akan lenyap ditelan Pohon Puaka.

Pohon Puaka yang sudah melenyapkan sebahagian besar ahli Bunian Nozama melancarkan akar-akar bergantungan ke arah Nirwajah. Namun jelmaan putih itu melancarkan perisai sembilan warna untuk menangkis terpaan akar-akar yang menyebat.

Pada batang Pohon Puaka membentuk lekuk dan timbul seperti wajah tua yang sedang marah. Seperti kehadiran jelmaan putih itu bakal menghalang kedudukannya sebagai pemangsa terulung di alam yang terlindung.

Akar-akar yang bergantungan memanjang dan menjalar lalu mengelilingi tubuh Nirwajah dan menjerut tubuh jelmaan putih itu.

"Nirwajah!" jerit sekalian bunian khunsa. Air mata sudah mula berlinangan pada pipi. Zakar khunsa mereka yang kendur seakan mengecut layu kerana ketakutan yang dirasai.

Liandra yang sudah lama menjadi teman Nirwajah hanya mengetap bibir sambil menggenggam kain putih yang menjadi perhiasan tubuh. Dia masih berusaha meyakinkan dirinya bahawa jelmaan yang sekian lama mendampingi dirinya tidak akan tewas dengan mudah.

"Booooom!" satu letupan berlaku di mana Nirwajah berdiri. Tiada sebarang kesan pada tubuh putih kerana letupan itu adalah petunjuk kehancuran akar-akar yang cuba menjerut.

Satu raungan kedengaran dari Pohon Puaka disertai dengan sorakan dari Bunian Nozama.

Nirwajah bergerak ke arah Pohon Puaka membuatkan pohon itu memecahkan tanah. Akar-akar dari bawah pohon bergerak-gerak seakan menjadi kaki untuknya beredar.

Dengan pantas, Nirwajah membenamkan kedua tangan putihnya menembusi kulit pokok yang keras. Pohon Puaka yang kesakitan cuba menyerang balas dengan melancarkan akar-akar bergantungan ke arah jelmaan putih namun setiap kali cuba menyentuhnya akan hancur berserpihan.

Pohon Puaka meraung seperti gergasi yang hampir menemui ajal. Daun-daun yang rimbun di atas dahan dan rantingnya mula kering dan berguguran.

Nirwajah menyedut setiap zat dan tenaga dari Pohon Puaka sehingga kering dan merekah kulit kayunya. Tidak lama kemudian dahan dan rantingnya mula patah berderai. Keseluruhan batang tubuh Pohon Puaka turut berpecah dalam kepingan habuk dan debu.

Air mata kesedihan dan ketakutan setiap Bunian Nozama menjadi air mata gembira buat mereka. Kematian ahli-ahli puak telah dibalas dengan bantuan Nirwajah.

Kini zakar-zakar yang bergayut kendur mula menjadi tegang. Sudah pasti mereka terangsang apabila Nirwajah menunjukkan kehebatan menumpaskan puaka berbentuk pohon itu.

Bunian Nozama menanti dengan penuh debaran melihat Nirwajah berjalan ke arah mereka. Namun entah kenapa jelmaan putih itu menghentikan langkahnya.

Tiba-tiba tubuh yang putih menghasilkan ketulan-ketulan yang mula memanjang seperti tentakel dari belakang dan dada. Terpegun semua Bunian Nozama melihat tentakel-tentakel putih mula bergerak-gerak dan yang lebih menarik perhatian mereka ialah hujung setiap tentakel putih berbentuk kepala zakar.

Kisah Mistik ErotikOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz