PKP

5K 93 1
                                    

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020-21, yang juga disebut sebagai PKP atau MCO, merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) mulai 18 Mac 2020. Perintah tersebut sering dirujuk oleh pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Lockdown Malaysia" atau "Lockdown Separa Malaysia"

......................................................................

Bomoh Deraman berada di sebuah warung di kampungnya. Rakan-rakan seusia turut sama minum di situ. Masalah COVID-19 yang melanda bagaikan tidak menakutkan mereka.

Sebenarnya kampung tersebut sudah pun menyekat jalan masuk ke kampung sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak berkuasa dan media memuji langkah mereka yang dirasakan mematuhi arahan kerajaan biarpun kampung tersebut tiada sebarang kes aktif. Untuk mengelakkan sebarang masalah pencerobohan daripada sesiapa yang bukan penduduk kampung, pihak berkuasa meletakkan kawasan kampung itu sebagai zon kuning.

Hakikatnya penduduk kampung masih lagi berjumpa tanpa rasa bimbang. Semenjak kampung mereka dirasakan terlindung daripada sebarang bencana, penduduk kampung tiada masalah untuk duduk bersembang dalam jarak yang rapat.

Ketua kampung juga tidak khuatir dengan masalah pandemik yang melanda dunia. Hanya satu arahannya kepada penduduk kampung, jangan sebarkan apa-apa aktiviti yang mereka lakukan kepada orang lain.

Salah seorang pelanggan yang seusia dengan Deraman menghirup kopi yang dipesan. Sekarang Deraman kelihatan seperti berbual dengan seorang lelaki yang lebih berusia daripadanya.

Lelaki yang bernama Kasim itu tidak kisah dengan perubahan Deraman. Pada pandangannya ilmu apa pun yang diamalkan Deraman bukan masalah baginya asalkan tidak mengganggu ketenteraman kampung.

"Aku dengar cerita menantu kamu dah selamat lahirkan anak semalam," kata Deraman.

"Itulah. Nasib baiklah kampung kita ni dah ada klinik, kalau tak susah juga bila Bidan Midah dah takde," balas Kasim.

"Kalau Bidan Midah masih ada pun dah tentu disuruhnya anak kamu bawa isteri dia ke klinik tu, Kasim," kata salah seorang rakannya yang bernama Herman.

"Itu aku tahulah. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga minta dia urutkan lepas bersalin," jawab Kasim.

"Eh! Aku dengar cucu Bidan Midah tu dah balik ke kampung ni. Betul ke?" tanya Herman.

"Betullah tu. Dia sempat balik sebelum PKP kat daerah kita ni," jawab Deraman. Hakikatnya Deraman membawa pulang Nur Haleeza daripada asrama kolej dengan kuasa "Aura Jati" miliknya sebelum kawasan kolej dikenakan perintah "lockdown".

"Si Leez tu takde belajar dengan neneknya ke dulu nak urut-urut orang lepas bersalin," tanya Kasim.

"Kalau si Leez tu ada belajar dengan Bidan Midah, takdenya dia nak sambung belajar ke kolej tu," jawab Deraman.

Kata-kata Deraman disambut dengan gelak ketawa pelanggan warung. Deraman menghirup kopi yang dipesannya. Rahsia tentang perkahwinannya dengan Nur Haleeza masih tidak diketahui oleh orang kampung.

.

.

Deraman berjalan pulang ke rumah. Dia tidak menggunakan kesaktian untuk bergerak kerana ingin menikmati suasana petang di kampung. Tambahan pula isterinya itu berada di rumah Mak Uteh selepas kembali ke kampung.

Apabila Deraman menemani Leez ke rumah Mak Uteh, dia melihat isterinya itu berpelukan dengan Anum ketika kedua-dua sahabat baik itu sama-sama menangis. Senang hati Deraman melihat mereka berdua tetap berkawan seperti dahulu.

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now