Bunian (10)

1.9K 57 6
                                    

Raja Adrian selesai mendengar segala penerangan daripada Arshad. Raja Bunian Jati mengatur kotak fikirannya untuk mencari penyelesaian hasil daripada permasalahan yang diceritakan oleh jelmaan biru itu.

Adalah di luar dugaannya bahawa salah seorang keturunannya iaitu Pawang Wiraja telah memperkosa Lumaya, bunian khunsa dari kaum Nozama sehingga melahirkan Lentara. Akibat dari kejadian itu, Lentara dipergunakan oleh ketua puaknya untuk membalas dendam terhadap keturunan Wiraja. Sehingga mengakibatkan Asmawi menjadi mangsa ilmu larangan dan diubah jantinanya menjadi perempuan. Namun kesannya Asmawi yang mengubah nama menjadi Asmira mengahwini Dahlani yang juga keturunan Wiraja lalu melahirkan Bomoh Deraman.

Dalam erti kata lain, lahirnya Deraman adalah kesan dari tindakan Wiraja.

Apa yang menyebabkan Raja Adrian merasa amarah ialah Lentara yang bersifat khunsa adalah dikira sebagai keturunannya.

"Apa yang pelik ialah Lentara tidak memiliki Aura Jati seperti kerabat Tuanku sebaliknya dia menjadi bunian Nozama yang bersifat khunsa sejati memiliki biji zakar selepas usianya matang," ujar Arshad.

"Dunia ghaib bukan mudah untuk dicari penjelasan. Beta hanya berpendapat bahawa niat Lumaya yang kuat terhadap anaknya menyebabkan kuasa darah keturunan beta membawa perubahan pada tubuh Lentara. Tiada lagi Aura Jati yang timbul sebaliknya diganti dengan biji zakar untuk meletakkannya sebagai Bunian Nozama yang sejati," jelas Raja Adrian yang mengurut jambangnya.

"Deraman akan menghadapi banyak lawan yang mencari. Lentara yang berdendam dengan keturunan Wiraja. Genderuwo Hitam yang mula menambah kekuatan. Patik juga khuatir Ratu Pontianak hanya akan menyusahkan Deraman kerana menurut pengetahuan patik, semasa hayatnya Laila Sari tidak memiliki hubungan baik dengan kembarnya Nilam Sari," kata Arshad lagi.

"Jadi kau khuatir Ratu Pontianak itu akan menjadi halangan kepada Deraman jika dia mengetahui kembarnya itu memiliki keturunan?" tanya Raja Adrian. Arshad mengangguk.

"Urusan Deraman dan Ratu Pontianak perlu diselesaikan di antara mereka. Arshad, jika ada kesempatan kau temui Deraman dan ceritakan tentang kembar bertiga itu kepada nya," pinta Raja Arshad.

"Adakah patik perlu menjelaskan tentang hal Mayang Sari juga kepada Deraman?" tanya Arshad meminta kepastian.

"Lebih baik demikian. Tapi rahsiakan tentang hal Wiraja, Lumaya dan Lentara. Beta ada jalan sendiri untuk Bunian Nozama itu," Raja Adrian memberi arahan.

Arshad mengikut Raja Adrian ke ruang kurungan bawah istana. Jelmaan biru itu berasa bertuah kerana diberi kepercayaan untuk berada dalam kawasan rahsia istana bunian.

Mereka berjalan dalam lorong sehinggalah sampai di satu dinding. Arshad mula menyedari bahawa di sebalik dinding itu adalah satu kurungan lain yang berbeza dengan kurungan-kurungan yang sebelumnya.

Raja Adrian menyentuh dinding lalu muncul satu simbol di permukaan batu-batu yang bersusun. Kemudian batu-batu bergerak dan beralih membuka ruang kurungan. Raja Adrian dan Arshad masuk ke dalam.

Mata Arshad terbeliak melihat ada dua susuk tubuh yang dipasung pada dinding dalam kurungan. Mereka berdua bertelanjang bulat dengan jelas menunjukkan jantina berbeza sebagai lelaki dan perempuan. Namun pada kepala mereka terdapat bentuk cuping telinga yang runcing di hujung. Rambut mereka berwarna kelabu perak

Arshad menyedari mereka berdua adalah satu kewujudan yang menyerupainya namun agak berbeza kerana warna tubuh mereka adalah berwarna hitam. Jika Arshad adalah jelmaan biru maka kedua-dua tawanan dalam kurungan istana Raja Adrian adalah jelmaan hitam.

"Bagaimana Tuanku dapat menawan dan mengurung mereka berdua?" tanya Arshad.

"Mereka menyusup masuk ke dalam satu perkampungan lalu ditangkap oleh penduduk di sana," jawab Raja Adrian.

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now