Selingan cerita II

3.3K 90 2
                                    

NOTA: PERISTIWA BERLAKU SEBELUM PKP

Bagi pihak polis, menggunakan khidmat bomoh atau dukun bukanlah sesuatu yang normal. Namun apabila mereka sendiri berhadapan dengan unsur mistik maka tiada jalan lain untuk mengatasinya.

Inspektor Haqeem (watak Rakaman) menyaksikan sendiri kemampuan Bomoh Deraman merawat Lucinda (watak Buru) sehingga anak perempuan Datuk Tajul itu tersedar kembali dari keadaannya yang tidak siuman.

Pihak Hospital Psikiatri dan Kesihatan Mental sudah mengesahkan kemampuan Bomoh Deraman selepas dia merawat Kayra. Kini harapan besar bagi Haqeem untuk melihat Inspektor Airina (watak Rakaman) turut pulih seperti sedia kala.

"Nampaknya untuk merawatnya bukan semudah yang disangka," kata Bomoh Deraman selepas melihat keadaan Inspektor Airina.

"Kenapa tok? Apa masalahnya? Kan dia terkena sihir orang lain. Tok tak boleh nak pulihkan ke?" Inspektor Haqeem mula risau.

"Lelaki yang memperkosanya memasang sesuatu pada kemaluan. Bukan sahaja melalui persetubuhan, malah apa sahaja yang keluar dari zakar lelaki itu sama ada air mani atau air kencing jika masuk ke badan orang lain akan menyebabkan orang itu hilang kawalan diri dan tunduk kepada lelaki itu," jawab Bomoh Deraman.

Inspektor Haqeem menekup mulut. Fikirannya mula teringatkan kembali rakaman video yang masih disimpan. Zarin (watak Tuj7h) bukan sahaja pernah memperkosa Airina malah turut memancutkan air mani dan air kencing ke dalam tubuh wanita itu.

"Tok tak ada cara ke untuk selamatkan Inspektor Airina?" tanya doktor yang menemani mereka.

"Ada tapi saya harap kamu perlu bersabar dan bersedia," kata Deraman ditujukan kepada Haqeem.

.

.

Inspektor Haqeem bertugas seperti biasa. Kali ini dia ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan sebuah keluarga iaitu pasangan suami isteri bernama Sufian dan Halimah (watak-watak Madu) serta anak perempuan mereka Zaraisha.

Lokasi terakhir keluarga tersebut ialah vila percutian milik mereka. Biarpun menggunakan anjing pengesan namun tiada sebarang jejak ditemui.

Siasatan mula menjurus kepada perniagaan mereka. Inspektor Haqeem cuba meneliti jika ada musuh dalam perniagaan yang cuba menjatuhkan mereka. Alise Tan (watak Madu 1.5) menyatakan tiada sebarang masalah dengan perniagaan mereka sebagai usahawan madu asli.

Sehinggalah Inspektor Haqeem melakukan siasatan pada kediaman Sufian dan Halimah. Pihak polis terkejut apabila menemui dua mayat wanita berada dalam bilik ruang bawah tanah. Identiti mereka disahkan sebagai Arina dan Najwa (watak-watak Madu 1.5).

Mayat kedua-dua wanita ditemui pada dinding disaluti lilin lebah. Kini siasatan mula menjurus ke arah pasangan suami isteri tersebut. Inspektor Haqeem yang merasai keganjilan pada kes yang disiasatnya menemui Bomoh Deraman untuk meminta bantuan.

Bomoh Deraman sebenarnya sudah pun mengetahui tentang pasangan suami isteri tersebut. Dia tidak menceritakan apa yang diketahui sepenuhnya kepada Inspektor Haqeem.

"Mayat kedua-dua mangsa dijadikan sarang untuk menghasilkan madu khusus untuk pendamping mereka," kata Bomoh Deraman.

"Maksud tok bomoh, suami isteri tu bela saka? Jadi adakah mereka melarikan diri?" tanya Inspektor Haqeem.

Bomoh Deraman menggelengkan kepala. Dia meminta Inspektor Haqeem menunjukkan tempat terakhir keluarga pengusaha madu sebelum mereka hilang.

Inspektor Haqeem sekali lagi ke vila percutian tersebut, kali ini ditemani oleh Bomoh Deraman. Beberapa anjing pengesan turut dibawa.

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now