Pasangan

1.8K 44 2
                                    

Pasangan:

1) Satu daripada benda yang hadir secara berpasang (berdua).

2) Sesuatu yang dipasang.

................................................

Kayra sedang memerhatikan Bomoh Deraman memeriksa Anum. Nur Haleeza / Leez juga turut berada di situ memerhatikan suaminya memegang pergelangan tangan rakan karibnya seperti seorang tabib memeriksa denyutan nadi.

Deraman berdiri dan menggunakan ibu jari kanan menekan ubun-ubun di kepala Anum.

"Macam mana, bang? Betul ke Anum pun ada tenaga dalaman panas sejuk macam Kak Kayra?" tanya Leez.

Deraman mengangguk.

"Tapi sebelum ni tak pernah pun Anum tunjuk ada tenaga berkembar macam tu masa kita..... "

Leez tidak meneruskan kata-kata sambil menjeling ke arah Kayra. Khunsa yang pernah dirawat dan kini menjalani latihan berpasangan dengan Deraman tersenyum kerana tahu perhubungan luar biasa mereka.

"Abang dapat peroleh tenaga panas dan sejuk dari ilmu persilatan yang abang terima. Berbeza dengan Kayra. Tenaga dalaman dia lebih semula jadi dan asli. Sebab tu masa diorang bersetubuh tenaga yang masuk dari Kayra macam besi berani bebaskan tenaga yang terpendam dalam badan Anum," jelas Deraman.

Anum tersipu-sipu malu mendengar penerangan Deraman. Dia sebenarnya agak khuatir jika persetubuhannya dengan Kayra yang bersifat khunsa tidak dapat diterima oleh orang lain. Namun melalui penjelasan Deraman, kini Anum pasti bahawa Deraman dan Leez turut memiliki perhubungan dengan pasangan barunya.

"Kalau macam tu boleh lah Kak Kayra sempurnakan ilmu dalaman dia?" tanya Leez.

Deraman memandang Anum. "Cuma Anum yang boleh buat keputusan. Kita tak patut paksa kalau dia tak mahu."

"Anum sanggup, tok. Leez, aku boleh belajar dengan korang kan? Nanti aku minta izin dengan emak aku," kata Anum dengan cepat.

"Tapi cuma ada yang tok nak cakap," kata Deraman.

"Apa dia, tok?" tanya Anum dan Kayra serentak.

"Kamu ni...." Deraman sempat meluku dahi Kayra membuatkannya mengaduh sakit. "Adoi, tok!"

"Aku suruh berehat tapi sempat juga kamu tutuh burit anak orang," kata-kata Deraman membuatkan Leez, Anum dan Kayra tergelak. Pada masa yang sama Dayang, Puteri Adara, Aurisha, Auraliya dan Laila Sari turut ketawa namun hanya Deraman dan Leez yang mendengar suara mereka.

.

.

.

"Kamu nak belajar silat dengan Tok Deraman?"

Uteh Wangi yang lebih dipanggil sebagai Mak Uteh mengerutkan dahi.

"Betul emak. Kak Kayra dapat kesan ada tenaga dalam badan Anum. Kebetulan masa tu dia lepas berlatih bila Anum ke rumah dia," jawab Anum yang berbohong untuk merahsiakan punca sebenar.

Kayra dan Leez yang menemani terpaksa menahan diri daripada tersenyum lebih lebar agak tidak disyaki.

"Tak apa, Mak Uteh. Leez boleh tengokkan diorang berdua masa abang ajar nanti," kata Leez memberi jaminan.

"Tak ganggu pelajaran kamu ke nanti, Leez?" tanya Mak Uteh kerisauan.

"Leez tangguh pengajian buat sementara waktu. Sementara tunggu panggilan dari pihak kolej nanti," jawab Leez ringkas.

Dia terpaksa mengambil cuti belajar kerana kolejnya sedang dalam pemerhatian dan siasatan selepas peristiwa ngeri yang menimpa dua sahabatnya. Lantaran disebabkan pihak kementerian dan pendidikan ingin mengetahui adakah sebarang projek atau kajian luar yang dilakukan oleh pelajar kolej benar-benar bersesuaian.

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now