Bonceng

2.1K 73 11
                                    

Bonceng;

1) Ikut naik kenderaan (motosikal, basikal dan sebagainya) tanpa bayaran.

2) Turut serta dalam sesuatu hal tanpa mengeluarkan belanja.

....................................

Ajib siap memakai baju jaket yang berwarna merah. Selepas menyikat rambut, dia mencapai helmet lalu keluar dari bilik.

"Kau ni malam-malam asyik nak keluar je. Tak boleh ke sesekali kau lekat kat rumah. Asal malam kau asyik merayap," tegur ibunya.

"Emak ni bising lah. Ajib nak ke mana pun tak payah lah nak sibuk ," balas Ajib. Dia terus berjalan keluar rumah lalu menghidupkan motosikal. Bunyi deruman enjin yang kuat amat memekakkan telinga.

Ibu Ajib sentiasa bersedih dengan kelakuan anaknya. Walaupun Ajib bekerja dan meringankan beban keluarga selepas suaminya meninggal dunia namun hampir setiap malam anaknya itu keluar dengan motosikal.

Ibu Ajib tahu anaknya terlibat dengan lumba haram. Orang-orang kampung sering mengadu bunyi motosikal anaknya mengganggu tidur mereka setiap kali larut malam.

Ajib menongkah malam menuju ke tempat yang dituju. Sudah ramai mat-mat rempit yang menanti bersama teman-teman sendiri.

Jali, rakan baik Ajib tersenyum lebar melihat kedatangannya seperti menerima kunjungan tetamu kehormat.

"Ada baik ke, toqq? Malam ni dah ready nak jadi champion lagi?"

"Mestilah. Ini Ajib lah. Siapa nak lawan aku hati kena kental. Kalau koyak baik bawak basikal."

Jali dan Ajib sama-sama gelak.

"Malam ni Lan Komeng, anak buah Tiger nak cabar kau. Cagaran RM2000 tunai," kata Jali.

"Kau kan bendahari aku. Kau uruskan je lah macam biasa," jawab Ajib lalu menyarung helmetnya.

.

.

Perlumbaan bermula. Sorakan penonton dan penyokong kedua-dua belah pihak bergema memberi semangat kepada kedua-dua pelumba utama. Selain Ajib dan Lan Komeng, ada beberapa lagi pelumba yang turut serta.

Motosikal Ajib dan Lan Komeng berdesup laju meninggalkan pelumba-pelumba lain. Masuk keluar selekoh, Ajib dan Lan Komeng saling memintas antara satu dan lain. Sampai di satu selekoh lain, Lan Komeng tersalah haluan. Ajib berdekah-dekah sambil memecut merasakan kemenangan menjadi miliknya.

Tiba-tiba Ajib memberhentikan motosikalnya di tepi jalan.

"Sial lah. Apasal pundi aku nak keluar pulak awal-awal macam ni?"

Ajib menarik zip seluar dan mengeluarkan zakarnya. Air kencing memancar ke rimbunan pokok pisang. Ajib tidak menyedari ada busut yang timbul di sebalik pokok-pokok pisang yang tumbuh rapat.

Ajib mendengar bunyi motosikal Lan Komeng melepasi diiringi gelak ketawa. Rasa geram kerana Ajib mula merasakan dia akan tewas malam itu.

Tanpa lengah Ajib membawa motosikal lalu memecut. Tak dihiraukan sebarang bahaya yang mungkin berlaku dengan kelajuan yang tinggi.

Entah kenapa Ajib merasakan motosikalnya menjadi ringan. Dengan mudah dia memintas Lan Komeng menuju ke garisan penamat.

"Terbaik, toqq. Champion lagi kita malam ni!" jerit Jali kegembiraan.

Lan Komeng yang tidak berpuas hati terpaksa membayar wang taruhan. Jali turut mengutip duit daripada hasil pertaruhan dengan penonton-penonton lain yang menyokong Lan Komeng.

Kisah Mistik ErotikWhere stories live. Discover now