part 1

27.2K 123 4
                                    

        Hello reader kesayangan author..Sebelum korang teruskan membaca hasil tulisan atau taipan author..Disini author nak berceloteh sekejap,harap-harap korang sudi membacanya.

Novel ini adalah ciptaan author sepenuhnya,jadi kalau ada kemengarutan dan kejanggalan di setiap cerita yang author tulis ni maafkan author tau.Sebab cerita ini 10000% tak ada kena-mengena dengan kehidupan realiti sesiapa.Kalau ada sedikit atau banyak kebersamaan itu mungkin kebetulan belaka.

Jadinya reader jangan meluat dengan kemengarutan cerita author..Love Arline_Crystal 💕

================🤍=========

  Namaku Rosey Esther,aku seorang gadis lincah,baru habis belajar disebuah universiti didalam negara.Aku telah mendapat tawaran bekerja di A.D Holdings.Jarang-jarang orang mendapat tawaran dari syarikat tersebut.Mungkin aku bertuah,kerana akulah satu-satunya diantara beribu.Encik Fauzi seorang supervisor ku semasa aku praktikal dulu berkata,beratus-ratus orang yang meminta pekerjaan di syarikat ini dan dari sepuluh orang darinya belum tentu dapat.Apalagi nak dapat tawaran.Hahh kiranya aku bertuahla.

Aku agak tertekan kerana papa selalu inginkan aku bekerja di syarikat milik papa,tapi aku tolak.Alasanku aku ingin berdikari dan tak nak selalu bergaduh dengan papa.Tanpa berfikir panjang aku terus menerima tawaran dari A.D Holding.

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja.Aku mengenakan blouse putih dan skirt pensil berwarna hitam.Rambut panjang hitamku aku ikat ekor kuda.

Wajah aku tak dibiar pucat.Kulit ditepek bedak,bibir pink dicalit gincu berwarna nude."perfect.."Ujarku bangga sambil tersenyum melihat pantulan diri dicermin.

Sebelum keluar dari bilik,sempat aku menilik diriku dicermin, first day mestila perfect kan.Setelah berpuas hati,handbag aku capai bersama sebiji fail.

Applikasi Grab aku buka.Aku boleh dikatogarikan sebagai anak seorang yang mampu mempunyai kereta sendiri,tapi disebabkan papa inginkan aku betul-betul berdikari jika ingin bekerja di syarikat lain jadi....Beginila nasibku,digagahkan juga hati supaya berdikari.

Nasib baikla aku ada apartment,tempatku berteduh.Ini adalah hadiah dari papa sempena aku graduate.

**********************

Jam ditangan Rosey telek,baru pukul 8.20 fikirku,ada masa lagi nak beli coffee ni.Dia pergi ke kedai kopi yang berdekatan dengan bangunan A.D Holdings.Setelah membayar secawan kopi yang dipesan,aku keluar dan menuju ke pintu utama A.D Holdings.Bahagia aku rasa bila awal pagi menghidu bauan kopi untuk pembuka hari,menaikan lagi semangatku.

Bangunan gah dihadapan aku pandang dengan senyuman,bangunan inila yang akan menjadi tempatku mencari rezeki mulai dari hari ini,aku berbicara di dalam hati.

Dengan bangga Rosey melangkah ingin memasuki bangunan tersebut.Apabila tiba di depan pintu,aku yang teruja tanpa sengaja terlanggar seseorang hingga menyebabkan air kopi yang aku pegang tertumpah mengenai baju orang yang aku langgar,terjerit kecil aku.Nasib baik aku memesan kopi suam,kalau tak habis tanganku dan dada orang yang aku langgar melecur.Aku yang sudah gelabah langsung tak sempat melihat siapa yang aku langgar.

"Oppppsss sorry sorry sorry.."Fail, handbag dan juga cawan kopi aku letakkan di lantai,hanbag aku geledah mencari tisu mujur dijumpai.Tompokan berwarna coklat di kemeja putih itu aku pandang.Laju tanganku mengelap baju orang itu tadi,mulutku tak henti-henti terkumat-kamit menyumpah diri-sendiri.

"It's okay.. I'm fine.."Jawab orang itu kembali.Seksi suaranya,tapi hanya mampu aku puji di dalam hati.

"Maafkan saya,maafkan saya.."Ucap aku berkali-kali.Bibir aku ketap kuat, mengurangkan rasa bersalahku dan risau dimarahi orang tersebut.Aku langsung tak berani menatap wajah orang itu.Aku hanya mampu menunduk dan menunggu orang itu berlalu.

Setelah beberapa saat aku menunggu,akhirnya apa yang aku inginkan terjadi.Orang itu berlalu tanpa mengatakan sepatah perkataan pun."Fuuuhhh.."Dadaku aku urut perlahan.

Selepas insiden tertumpah kopi,aku lebih berhati-hati.Takut nanti pisang berbuah dua kali.Aku jugak yang susah.

Hari pertama aku berjalan lancar,aku bersyukur kerana mendapat ketua dan rakan-rakan sedepartment yang baik dan sangat bekerjasama.Jadinya aku tak sengan nak minta bantuan andai ada yang kurang jelas bagiku.Maklumla akukan budak baru.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Seminggu aku menjadi pekerja di A.D. Holdings,aku mulai rapat dengan Siti Hajar dan Amir.Siti agak nerd orangnya,tua setahun je dari aku.Amir pula seorang yang lembut,mulut agak puaka tapi baik hati.Kulit flawless ya ampun mengalahkan aku yang sah-sah ori perempuan,tua dua tahun dari aku.

"Hei korang berdua,jalan cepat sikit boleh tak?Perut i dah berbunyik dah ni.Jalan tu tolongla jangan macam pondan sangat..."Komen si Amir bila aku dan Siti sedikit lambat darinya.Dia yang laju macam kejar penyamun ada hati cakap orang jalan macam pondan.Betul tak sedar dirila.

"U jalan laju sangat nak kejar apa?"Balasku tak puas hati.

"Issshhh..."Tanganku dan Siti dia tarik.Kami memasuki cafe yang berdekatan dengan office je.Tak nak pergi jauh-jauh tak pasal-pasal lambat masuk kerja.

Kami mencari meja yang agak tersorok untuk dapatkan privasi kononnya.Privasi celah mana kalau lunch hour ni kan.

Aku dan Amir duduk di bahagian sebelah sini,manakala Siti di sebelah meja sana.Di meja seberang yang menghadap aku dan Amir yang dibelakangi Siti,ada dua orang lelaki,salah seorang dari mereka memakai cermin mata gelap.Lelaki itu seolah-olah memandang ke arah Kami,aku tak dapat pastikan tapi firasat mengatakan begitu.

Malas aku perasan,jadi aku layan karenah Amir dan Siti.Seorang becok dan seorang penyabar.Sementara menunggu makanan tiba,sempat Amir membisikkan sesuatu padaku.

"Rose..Cuba u tengok lelaki yang kat sana tu..Hensemla.Macam curi tengok i je ahakkss.."Arah sana aku pandang,lelaki tadi sudah melepaskan kaca mata hitam nya.Kacak,bisik hatiku.

"Sedarla sikit Mir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Sedarla sikit Mir...Ntah-ntah laki orang.."Manala taukan orang tu dah berpunya.

"Eee kau ni kan..Buat spoil mood aku je.Bagila aku can nak menggatal sikit."Ehh dia ni,aku hempuk dengan bag tangan jugak karang.

"Pergila sana menggatal..Tadi cakap lapar.."Amir memonyokkan mukanya bila kalah denganku.

Tersenyum kemenangan aku dan Siti.Kami diam saat makanan yang kami pesan tiba

************************

Ting.

Sedang aku kusyuk menaip kerja di komputer,bunyi dari telepon ku menandakan ada mesej masuk.Telepon aku capai dan aku buka kuncinya.

Unknown

Hi.

Typing...

Siapa ni?Nombor yang aku tak kenal tiba-tiba berhai-hai dengan aku.Salah nombor kot.Aku hanya abaikan dan ingin meneruskan kerjaku yang tergendala tadi.

Unknown

Hi.
Kerja ke?

Vote, comment and follow me 💜

Misterius ManWhere stories live. Discover now