📌 : o n e

145 18 4
                                    

••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seoul, South Korea
07:00 KST

Cahaya mentari yang baru terbit mula menerangi sebahagian ruangan bilik tidur yang begitu luas itu. Seorang lelaki yang sedang tertidur pulas dalam posisi meniarap mula merengek apabila tidurnya terganggu akibat cahaya yang tepat ke arah matanya.

"Sayang.." panggilnya namun tiada sahutan. Sebelah tangannya meraba sisi katil, mencari susuk tubuh seseorang namun tiada.

Minho mengangkat kepalanya dan memandang sekitar biliknya.

"Urgh.." Minho mendengus dan dengan keadaan mamai, dia menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah mencari isterinya.

"Sayangg.." Panggil Minho dengan suara seraknya. Dia yang tidak memakai baju dan cuma berseluar track pendek paras lutut itu masuk ke ruangan dapur.

Minho tersenyum apabila terlihatkan Sujin yang sedang menghidangkan breakfast di atas meja. 'Bangun tidur pun cantik dia ni.' Desis hati Minho.

Sujin memandang ke arah Minho dan seketika senyumannya mati.

"Sayang!" Minho bertegas dengan wajah berkerut membuatkan Sujin mengeluh dan berdiri tegak.

"Nae.."

"Sampai hati."

Tanpa perlu diberitahu, Sujin sudah tahu alasannya.

"Mian...tapi—"

"Macam ni rupanya taktik awak ye setiap pagi?"

Sujin memandang Minho dan tersengih.

Minho mengeluh lalu mendepakan tangannya, memberi signal kepada Sujin untuk memeluknya.

Sujin tersenyum senang dan memeluk tubuh tegap milik suaminya yang terdedah itu.

"Miann.."

"Awak tahu kan saya tak suka bangun tidur tak nampak awak dekat sebelah saya?"

Sujin mengangguk bersama riak wajah sedih.

"Saya taknak terlambat siapkan awak breakfast. Selalunya awak bangun 7.30, sempatlah saya masak, lepastu naik balik baring sebelah awak." jelas Sujin.

Minho menggerakkan tubuh mereka yang berpelukan itu ke sisi secara setempat.

"Aniyaa, main tipu." Rungut Minho.

"Okayy, saya tak buat dah." putus Sujin dan mengeratkan pelukan pada Minho.

"Papa! Mama!"

Minho dan Sujin mengalihkan pandangan ke sisi, di mana anak mereka Minsoo menghampiri bersama cawan plastik miliknya yang mempunyai penyedut.

"Aik? Sayang mama ni ambil yang baru ke?" tegur Sujin dan melepaskan pelukan justru bercangkung di hadapan anaknya yang tersengih.

"Soo suka ni." Minsoo yang baru petah berbicara itu menunjukkan cawan barunya yang berwarna biru, yang sebelum ini punya berwarna hijau.

"Hmmm..." Sujin membuat gaya berfikir dengan mengusap dagunya.

"Papa pilih colour tak cantik, Soo suka colour blue." sempat anaknya itu mengutuk Minho membuatkan Minho menjegilkan matanya sementara Sujin sudah ketawa.

Dia dah kata dah, selalu baby ni dia suka warna biru dengan pink je dulu. Ni bagi colour hijau. Kan dah kena drop dengan anak sendiri.

"Papa pulak kena? Ma, tak payah bagi dia ganti, baru pakai 3 hari, ma. Biar dia pakai cawan lama." Minho mula melancarkan serangan mengusiknya membuatkan Minsoo merengek.

"Papa jahat laa, eeee! Mama please la. Juseyoo~"

Minsoo menayangkan aegyo nya membuatkan Sujin dan Minho terdiam dan saling bertatapan.

Dah kalau si anak keluarkan serangan kecomelan macamni, memang dah tak boleh tolak lah jawabnya.

Minho faham perasaan Sujin. Mereka tak mahu terlalu memanjakan anak mereka. Tapi kalau dah macam ni? Ikut jela.

"Yelah, mama izinkan. Tapi make sure lepas sebulan baru tukar. Kalau tak, lepasni beli pakai duit sendiri."

"Ocey mama! Kamsahamnida." Minsoo melompat girang bersama cawan barunya dan menuju ke dapur, mengambil tempat duduk di meja makan

" Minsoo melompat girang bersama cawan barunya dan menuju ke dapur, mengambil tempat duduk di meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sementara Sujin menoleh memandang Minho dengan tatapan tajam.

"Wae?"

"Jangan nak buat muka tak bersalah, Lee Minho." Sujin mula mengemam bibirnya, geram akan sosok tegap sang suami.

"Ha?" Minho mula ketawa, dia tahu apa yang Sujin geramkan sekarang ni.

"Awak ajar dia buat muka macamtu kenapa?" Sebuah cubitan hinggap di pinggang kiri Minho membuatkan dia mengaduh sambil ketawa.

"Kata taknak manjakan anak, ha?" Sebuah lagi cubitan singgah di belah kanan.

Minho ketawa besar dan melarikan dirinya ke dapur.

"Soo-ya! Tolong papa!"

Akibat terkejut, cawan plastik baru di tangan Minsoo, tercampak dan jatuh ke lantai.

PRAK!

Minho, Sujin dan Minsoo ketiga-tiganya sudah terbeliak matanya.

"PAPA!"

"PAPA BELI BARU UNTUK SOO!"

"MAMA! TENGOK PAPA NI!"

Minho dan Sujin masing-masing sudah ketawa besar. Anaknya ini memang cerewet, nasib baik comel.

 Anaknya ini memang cerewet, nasib baik comel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now