📌 f i f t e e n

92 11 15
                                    

Dua minggu berlalu,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua minggu berlalu,

.
.

Yeonggido Resident
03:10 KST

HOEK!

Sepasang suami isteri itu kini bertapa di dalam bilik air sejak pukul 2 pagi tadi. Sudah hampir sejam, namun sosok itu masih belum sudah memuntahkan segala isi perutnya.

Belakang tubuh sosok itu diusap lembut, berusaha membantu menghilangkan loya yang dirasakan oleh yang terseksa sejak tadi.

"Sayang pergi lah tidur, saya okay je dekat si—"

HOEK!

Sujin mengeluh melihat Minho yang masih belum berhenti muntah sejak tadi. Minho membilas mulutnya dan menoleh semula ke arah isterinya.

"Macam mana sayang nak biarkan awak muntah sorang-sorang dekat sini—"

"Tidur, sayang. Awak esok nak kerja lagi. Takpe, saya kuat. Awak tidur okay?" Minho mengusap rambut Sujin dengan tatapan penuh rasa sayang membuatkan Sujin makin serbasalah untuk meninggalkan suaminya itu sendirian.

"Tapi—"

"Kesian nanti awak tak cukup tenaga untuk kerja esok, sayang. Takpe, nanti saya dah selesai saya naik atas." pesan suaminya lagi membuatkan Sujin mengeluh.

Bayangkan, dia jenuh mencari keberadaan suaminya tadi sewaktu terjaga, tahu-tahu saja suaminya itu sanggup turun menggunakan tandas di dapur untuk mengelakkan sang isteri terjaga gara-gara dirinya yang sedang muntah.

Sujin merasa serbasalah. Dia tak tahu jika morning sicknessnya kali ini datang setelah hampir pertengahan trimester pertama, tak seperti sewaktu dia mengandungkan Minsoo. Dia cuma mengalami morning sickness pada bulan pertama dan keduanya sahaja. Namun, kali ini, bukan sahaja datang setelah bulan ketiga, malah suaminya yang kena.

"Saya mintak maaf..." ucap Sujin setelah berdiri.

"Kenapa mintak maaf?"

"Sebab saya mengandung awak terseksa kena tanggung benda ni." luah Sujin dengan pandangan sayunya membuatkan Minho tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Siapa kata saya terseksa? Saya happy tau sebab bukan awak yang kena tanggung semua ni. Takdelah saya susah hati sendiri tengok awak dalam keadaan macamni." pesan Minho lagi.

Kepala Sujin ditarik lembut lalu dahinya dikecup  oleh Minho.

"Jangan risau, papa kuat okay?" pujuk Minho.

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now