📌 : f o u r t e e n

106 13 11
                                    

"Sebenarnya, apa jasa awak dekat Yuvin sampai dia sanggup tolong awak macam-macam?" soal Sujin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebenarnya, apa jasa awak dekat Yuvin sampai dia sanggup tolong awak macam-macam?" soal Sujin. Dia pernah bertemu dengan Yuvin dan ommanya setelah mereka berkahwin, mungkin sekali dua sahaja mereka pernah bertemu.

Minho yang disoal itu diam seketika sebelum menyandarkan tubuhnya ke sofa.

"Entahlah, saya tak buat apa pun sebenarnya. Saya pun tak faham kenapa Yuvin sampai macamtu sekali sanggup buat macam-macam untuk saya. Dia tu terlalu baik." ujar Minho.

"Betul-betul lah." marah Sujin, kesal membuatkan Minho ketawa.

"Mungkin sebab, rumah yang dia duduk tu, rumah saya dulu." jelas Minho membuatkan sepasang mata Sujin terbuntang.

"Jinjjaro?"

Minho mengangguk.

(Flashback starts here)

15 tahun yang lalu,

.
.

Gyeonggi-do, Gimpo.
04:00 KST

Waktu itu, jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi ketika seorang wanita berumur awal 40-an bersama seorang anak lelakinya yang berumur genap 20 tahun itu diseret keluar dari rumah mereka sehingga mencetuskan kekecohan. Cuaca pagi itu sangat sejuk disebabkan sedang hujan lebat yang memungkinkan tiada jiran yang dapat mendengar kekacauan yang terjadi di rumah mereka.

Empat orang pemungut hutang yang datang ke rumah mereka awal pagi itu menerobos masuk ke dalam rumah mereka dan menggeledah untuk mencari barang berharga milik keluarga tersebut sementara penghuninya ditahan oleh dua orang yang lainnya.

"Lepaskan kami! Kami taktahu apa-apa pasal hutang ni!" Puan Song memberontak ingin melepaskan dirinya dari pegangan lelaki tersebut namun hampa.

"Mana Daechan? Orang tua tu ke mana? Lepas berhutang dengan aku, dia berjudi sakan bukan main. Dia letak geran rumah ni sebagai cagaran, kau tau tak perempuan?" jelas Ahn, ketua kumpulan tersebut.

Yuvin dan ommanya hanya mampu menangis. Mereka sedang tidur dan dikejutkan dengan tingkap rumah yang dipecahkan menggunakan batu besar, lalu beberapa orang lelaki itu mula menceroboh rumahnya.

Pada waktu seperti ini, bahkan tiada jirannya yang bakal terjaga untuk membantu mereka.

"Bagi semua harta kau yang ada pada aku, sekarang!!" Teriak Ahn dan dibalas dengan gelengan kepala daripada Puan Song.

"Kami takde apa-apa harta, encik! Duit yang kami ada sekarang pun tak cukup nak tampung kehidupan kami. Tolong, encik! Lepaskan kami—"

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now