📌 : e l e v e n

89 12 5
                                    

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

.
.

Yeonggido Resident
08:00 KST

Pagi itu merupakan pagi yang paling bahagia bagi Minho selama sebulan ini. Meskipun masih tidak mendapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya hatinya terasa lebih tenang dari sebelum ini.

Baru saja dia menjejakkan kaki ke lantai ingin turun dari katil, kedengaran dirinya dipanggil.

"Papa...mama...huuuu."

Terbuntang mata Minho mendengar suara dan isak tangis Minsoo yang kedengaran dari bilik sebelah. Dengan segera Minho berlari untuk bertemu dengan anaknya. Dr. Seol juga nampaknya baru saja ingin memanggilnya kerana doktor itu menghentikan langkahnya sebaik saja telihatkan Minho yang mendekat.

Dia memandang ke arah bilik Minsoo dan terlihatkan anaknya yang sedang duduk, memeluk lututnya sambil menangis mengumam memanggil ibu bapanya.

Tanpa disedari, air mata Minho tumpah. Anaknya..Minsoo, akhirnya sudah sadarkan dirinya.

"Soo-ya.." panggilnya lirih sambil menapak mendekati anaknya.

"Papa!!" Anaknya itu bangun dan ingin melompat ke arahnya lalu Minho dengan sigap menangkap tubuh anaknya sebaik saja tiba di sisi katil.

"Soo-ya, anak papa.." Minho memeluk elrat tubuh anaknya yang memeluk lehernya itu.

"Papa pergi mana? Kenapa tinggal Soo?" Rengek anaknya yang menangis.

"Papa mintak maaf, Soo-ya. Papa mintak maaf." Minho merapalkan kata maaf berulang kali, sambil memejamkan matanya, membiarkan air matanya mengalir.

Hari-hari selama Minsoo koma, terasa sangat menyeksakan. Bahkan rasanya sama seperti apa yang dirasakan dahulu sewaktu Sujin koma. Dia bahkan lupa makan dan untuk sekadar istirahat sahaja dia tak mahu.

Setelah pelukan dilepaskan, Minho mengusap wajah anaknya.

"Papa rindu kamu, Soo. Papa rinduuu nak gaduh dengan Soo." ujarnya membuatkan Minsoo yang berwajah pucat itu, ketawa.

Setelah mendudukkan semula tubuh Minsoo ke atas katil, Minho mencapai tangan kecil tersebut, membuatkan dahinya berkerut.

"Doc, kenapa tangan dia shaking?"

Dr. Seol menghampirinya. "Ini merupakan salah satu dari kesan sampingan daripada ubat yang disuntik kepada dia. Degup jantung dia akan jadi lebih laju dan tubuh dia akan kerap menggeletar sebab kandungan dos yang tinggi." jelas Dr. Seol membuatkan Minho terkelu.

[OG] Without You | l.m.h Donde viven las historias. Descúbrelo ahora