📌 : t h i r t e e n

75 13 4
                                    

( flashback starts here)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( flashback starts here)
.
.

Seoul National Hospital
11:00 KST

"Annyeonghaseyo, saya Cha Eun Woo. Doktor baru untuk bahagian pediatric dekat tingkat 2. Selamat berkenalan." sapa Eunwoo dengan ramah pada sekumpulan doktor wanita yang sedang berkumpul itu.

Dia mendaratkan pandangannya kepada seorang demi seorang doktor wanita yang berada disitu sehinggalah anak matanya dipertemukan dengan wajah seorang wanita cantik berusia masih awal 20-an dan nampaknya merupakan yang paling muda antara kesemua doktor-doktor disitu.

"Handsomenya Dr. Cha." puji Dr. Hwayon bersama senyuman lebar di wajahnya membuatkan para doktor disitu tertawa, menyetujui pernyataan Dr. Hwayon tadi.

"Ah, kamsahamnida." balas Eunwoo malu-malu namun tatapannya masih tertuju pada seorang doktor muda bertag nama, Dr. Sujin itu.

Doktor itu kelihatan seperti sedang sibuk dengan panggilan telefon bersama senyuman yang lebar di wajahnya.

Cantik.

Terlalu cantik.

Jantungnya terasa berdegup dua kali lebih laju daripada biasa.

Hasratnya untuk menegur doktor cantik itu terbatal apabila Sujin meminta diri untuk beredar dari kerumunan bersama telefon yang dilekapkan ke telinganya.

"Naee, anak mama tunggu dekat cafe tau. Suruh papa order air strawberry favourite Soo dekat situ."

Bait-bait perbualan Sujin sewaktu menjawab panggilan telefonnya itu, dapat didengari jelas oleh Eunwoo.

"Uish, jangan dipandang macamtu Dr. Sujin tu. Dah bersuami dan dah ada anak dah pun." tegur Dr. Ma,  mengingatkan Eunwoo agar tidak menaruh harapan pada Sujin.

Namun, dirinya itu sangat sukakan cabaran. Sujin terlalu cantik untuk tidak dimilikinya. Bukankah dia juga tampan dan melebihi standard beauty seorang lelaki? Wanita secantik Sujin, harus berdamping dengan lelaki tampan sepertinya.

Hari berikutnya, Eunwoo pernah mengajak Sujin untuk makan tengahari bersamanya namun doktor cantik itu nampaknya terlalu sibuk untuk sekadar mengangkat wajahnya dan membalas dengan ayat "Gwenchana, husband saya dah buatkan bekal."

Tentu saja dia cemburu!

Taktik hariannya untuk mendapatkan perhatian Sujin tidak berhasil kerana jika Sujin tidak sibuk dengan tugasnya, atau syifnya tamat awal, dia akan beredar pulang terlalu cepat ditambah pula suami dan anaknya yang sering menunggu di depan pintu hospital.

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now