📌 : f i v e

90 17 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.


Cheongdam-dong Apartment.
21:00 KST

Setelah mengemas barang-barangnya, Sujin akhirnya berpindah ke sebuah apartment yang disewa daripada sahabatnya, Heesung.

"Kau duduklah sini dulu. Dah lama takde penyewa pun dekat apartment ni. Apa-apa kerosakan, kau contact je aku." pesan Heesung sebelum beredar setelah membantu Sujin mengangkat barangnya masuk.

Sujin sibuk menguruskan apartment barunya, mengemas barang-barangnya dan menghias serba sedikit agar selesa untuk dihuni.

Dia langsung tidak ada menghubungi keluarganya untuk mengkhabarkan tentang situasinya dengan Minho, dan memilih untuk mendiamkan diri sehingga masalah mereka selesai.

Setelah selesai mengemas, Sujin merehatkan tubuhnya ke atas katil. Telefonnya dicapai lalu dia memandang lockscreen telefonnya yang merupakan gambar keluarga kecilnya.

Di dalam gambar tersebut, Sujin berada di tengah-tengah antara Minsoo dan Minho yang mencium pipi Sujin, Minsoo kiri dan Minho kanan sementara Sujin sedang tersenyum lebar di dalam gambar itu.

"Esok nak kerja, kau tak boleh nangis dah, Sujin." pesannya yang mengibas wajahnya yang panas, menghalang air mata dari muncul di tubir matanya buat kesekian kalinya.

"Soo-ya bangun cepat okay? Mama rindu nak main dengan Soo, nak bacakan buku dongeng sebelum Soo tidur. Soo tak rindu ke nyanyi dengan mama waktu kita jalan pergi school? Mama rindu anak mama." luah Sujin yang menangisi takdir anaknya itu.

Justru itu dia mengingatkan dirinya untuk tidak menyimpan apa-apa dendam atau rasa marah kepada suaminya. Minho yang menjaganya dan anaknya selama Sujin koma dan sampai sekarang.

Sujin tertawa miris. "Memang sepatutnya aku mati je waktu koma dulu." Sujin mengelap air matanya yang mengalir ke sisi wajahnya yang berbaring.

Semenjak kejadian Minsoo masuk ke hospital tempoh hari, Sujin bahkan sudah lupa bagaimana hangatnya pelukan Minho. Suaminya itu bahkan memilih untuk tidur di ruang tamu berbanding tidur bersamanya di atas katil di dalam bilik mereka.

.
.

Yeonggido Resident
23:00 KST

Minho baru sahaja pulang ke rumah yang terlalu menguar rasa sunyinya sejak dia mengarahkan Sujin untuk tidak menunjukkan wajahnya di depan dirinya lagi.

Entah, Minho rasa dirinya menjadi terlalu emosi kerana dia teringatkan tentang Hwa Min yang tidak ingin memiliki anak dulu.

Ada sedikit rasa kurang percaya dalam dirinya terhadap Sujin disebabkan kisah Hwa Min dulu, walaupun bekas isterinya itu akhirnya sudah mengandung dan membesarkan anaknya itu bersama suami barunya.

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now