📌 : s i x t e e n

68 11 2
                                    

Yeonggido Resident06:30 KST

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yeonggido Resident
06:30 KST

Seperti biasa rutin Minho setiap hari semenjak Sujin mengandung, dia akan bangun terlebih dahulu di awal pagi untuk menyiapkan makan pagi untuk keluarga kecilnya.

Minho yang sudah selesai membuat salad buah dan nasi goreng ringkas untuk anak dan isterinya itu, kini sedang membancuh susu buat kedua-dua puteri kesayangannya.

Cawan Minsoo yang dipegangnya itu, dipandang bersama senyuman sewaktu dia teringatkan momen perdebatan kecil dia dan Minsoo tentang cawan tersebut.

Dalam hatinya, dia masih terusik jika teringat bahawa hari mereka, si bapa dan anak itu beradu mulut merupakan hari yang sama Minsoo diserang alahannya itu.

Meskipun Minho kini sudah mampu mengizinkan Minsoo untuk berjauhan dengan dia, tapi tetap sahaja rasa cemas itu mengganggu fikirannya.

"Papa.."

Minho yang tersentak itu menoleh memandang ke arah sisi pinggangnya, di mana Minsoo sedang  menggosok matanya bersama cebikan di bibirnya.

Melihat Minsoo yang mendatanginya dengan comel itu, membuatkan Minho meletakkan cawan Minsoo ke atas meja dan mendukung tubuh anaknya.

"Good morning, sleepyhead." Minho mencuit hidung mancung Minsoo membuatkan si kecil itu terkekeh.

"Morning papa." Pipi Minho dicium sekilas oleh Minsoo membuatkan Minho tersenyum lagi.

"Awak tak gosok gigi lagi dah kiss papa." usik Minho membuatkan Minsoo memuncungkan bibirnya lagi.

"Alah, tapi mama boleh pulak?" balasan Minsoo membuatkan mata Minho terbuntang luas.

"Papa jangan nak pura-pura terkejut. Papa dengan mama tu kat mana-mana pun suka kiss." rajuk Minsoo, yang sudah letih menjadi third wheel di antara kedua-dua ibu bapanya itu. Sementara Minho yang kagum mendengar anaknya membebel itu hanya tertawa.

"Pa..papa.."

Suara lirih Sujin memanggil membuatkan Minho dan Minsoo saling berpandangan sebelum bergegas ke biliknya.

"Kenapa ma?" Tubuh Minsoo diturunkan lalu Minho dengan panik mendekati Sujin yang mengerutkan dahinya, sesekali meringis.

"Sakit..."

"Due date next week kan?" Tanpa menanti jawapan Sujin, yang semestinya Minho tahu sekali jawapannya itu, dia berlari mencapai kardigan knittednya lalu diselimutkan buat Sujin.

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now