📌 : s e v e n

81 17 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.

Yeonggido Resident
08:00 KST

Minho yang baru saja turun dari tangga setelah bersiap itu, menilik ruang tamunya yang bersepah dengan bungkusan makanan ringan dan baju yang bersepah di ruangan.

Entah bila kali terakhirnya menjamah makanan rumah yang dimasak sendiri.

TING!

Telefon di poket seluarnya dikeluarnya lalu dia membaca pesanan yang masuk.

Sujin dah tak bertugas dekat SN Hospital.|

Dahi Minho berkerut lalu dia membuka block nombor telefon Sujin. Yang malangnya dia tidak menerima apa-apa pesanan kerana jika Sujin menghantar pesanan kepadanya sewaktu dia menyekat nombor isterinya itu, maka tiada pesanan yang akan diterimanya.

Minho mengusak rambutnya ke belakang dan mendengus kasar.

Mesejnya dibuka dimana terdapat 150 panggilan daripada nombor Sujin yang masuk selama Minho menyekat nombor telefonnya.

Minho menghantar pesanan kepada Sujin namun tidak dapat dihantar dan sewaktu Minho menghubungi nombor telefon Sujin, line telekomnya memaklumkan bahawa nombornya sudah tiada dalam servis.

Sujin menukar nombor telefonnya.

.
.

Haedong Resident
09:00 KST

Seksaannya memandu sepanjang perjalanan selama berjam-jam di atas jalan raya akhirnya berakhir setelah dia tiba di hadapan rumah sewa keluarga Jeongn In.

Jeong In memaklumkan bahawa dia meninggalkan kunci rumah sewanya di dalam peti surat. Jadi, Sujin terus masuk dan menguruskan barang-barangnya yang dibantu oleh beberapa orang loader yang dipesan melalui aplikasi yang dijumpainya.

Setelah selesai menantau barang-barangnya di bawa masuk ke tempat sepatutnya, Sujin memunggah barang dapur sebagai bekalan yang dibelinya untuk bertahan selama beberapa hari.

Tak lama kemudian, Mina yang baru saja pulang setelah menghantar anaknya ke taska itu, melawat Sujin di rumahnya dan membantu mengemas rumah Sujin serba sedikit.

"So, apa planning kamu sekarang?" soal Mina yang duduk berhadapan dengan Sujin di meja makan.

"So, apa planning kamu sekarang?" soal Mina yang duduk berhadapan dengan Sujin di meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now