📌 : t e n

93 12 8
                                    

Seoul National Hospital20:00 KST

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
Seoul National Hospital
20:00 KST

"Jadi tuan nak pindahkan anak tuan ke hospital lain?" soal jururawat yang bertugas di kaunter tersebut.

"Ya, semua urusan permindahan saya akan uruskan sendiri." jelas Minho.

Setelah itu, beberapa orang jururawat peribadi Minho mengalihkan tubuh Minsoo ke atas stretcher lalu didorong ke van yang disediakan oleh Minho.

"Nurse, mana pergi patient dalam ward ni?" soal Eunwoo yang baru saja menghampiri ward Minsoo dengan teruja kerana tidak mendapati keberadaan polis di dalamnya.

Jururawat yang sedang mengemas katil yang digunakan oleh Minsoo itu, menoleh.

KTAK!

Eunwoo menoleh pantas sewaktu pintu ward tertutup dan dia mendapati bahawa terdapat dua orang polis yang mengacukan senjata mereka kepadanya.

"Jangan bergerak dan angkat tangan." Arah polis tersebut membuatkan Eunwoo mahu tidak mahu terpaksa akur.

"Anda ditahan atas tuduhan penyalahgunaan dadah terhadap kanak-kanak dan cubaan membunuh. Sila berikan kerjasama dan ikut kami ke balai." jelas polis tersebut lantang membuatkan Eunwoo merengus kasar sewaktu doktor tersebut menggari tangannya ke belakang.

.
.
Yeonggido Resident
21:46 KST

Tiba saja ke rumah, jururawat-jururawat yang ditugaskan untuk menguruskan Minsoo terus menjalankan tugas mereka, memasang tiub dab menghidupkan perlatan mesin yang sama seperti di hospital.

"Tuan Minho." Doktor peribadi yang ditugaskan untuk mengubati Minsoo, Dr. Seol datang menghampiri Minho membuatkan Minho yang sedang berdiri memantau anaknya di sisi katil itu, menoleh.

"Tuan bolehlah rehat dulu. Tuan dah berapa hari tak rehat." pesan Dr. Seol membuatkan Minho tersenyum nipis.

"Saya..kurang percaya nak biarkan anak saya tanpa pengawasan." luah Minho, jujur.

Sementara Dr. Seol yang mendengarnya menganggukkan kepalanya.

"Tuan jangan risau. Kami semuakan menetap dekat rumah tuan sampai Minsoo sembuh, jadi-" Beberapa kad pengenalan milik doktor dan jururawat-jururawat tersebut dihulurkan kepada Minho.

"Kami faham trauma yang tuan alami sekarang. Rest assured, tuan. Tuan boleh percayakan kami, lagipun Minsoo sepatutnya tak mengambil masa yang lama untuk bangun memandangkan kali terkahir dia disuntik exparel adalah 2 hari yang lepas, jadi berkemungkinan esok Minsoo dah boleh bangun dah." terang Dr Seol panjang lebar, sehingga Minho menitikkan air matanya.

[OG] Without You | l.m.h Where stories live. Discover now