Bab 10

28.7K 2.2K 140
                                    

                     ISI ayam bahagian paha dicubit lalu disuap ke dalam mulut. Hawa menikmati ayam goreng yang dibeli oleh Luth di restaurant KFC tadi. Luth pula hanya terus menumpukan perhatian pada pemanduannya. Ada sebab mereka tidak berhenti makan sahaja di KFC. Kemungkinan besar Rizal boleh menjejak mereka semasa Hawa sedang menjamah makanan. Jadi, untuk lebih selamat. Lebih baik aku belikan makanan dan arahkan dia makan di dalam kereta. Selamat pun selamat. Tak perlu serabut kepala fikir nak lari ke mana.

Sekilas Hawa menoleh memandang lelaki itu di sisi. Tak sangka, pelanggan aku sendiri yang selamatkan aku keluar daripada tempat neraka tu. Sudahlah dia selamatkan aku, selepas itu bagi aku makan. Tak cukup dengan itu, nak bagi aku tinggal dekat rumah keluarga dia pula. Banyak betul aku terhutang budi dengan dia. Agaknya macam mana aku nak balas balik budi mamat ni ek?

Tanpa sedar, lama Hawa memerhatikan lelaki itu.

Sebelah tangan Luth memegang stereng, sebelah tangannya lagi lincah menukar gear berulang kali. Kereta meluncur laju di atas jalan raya dan senang sahaja dia menyelit di antara kereta.

Duduk di sebelah mamat ni, rasa seperti aku bini dia lah pula! Desis Hawa di dalam hati.

Luth mengerling sekilas sebelum memandang ke luar tingkap tetapi Hawa masih tidak sedar dia turut diperhatikan,  seolah-olah dia sedang berada di dunia yang lain. Luth tersenyum menyenget. Dia sudah lama perasan dirinya menjadi bahan tontonan Hawa sejak tadi.

"Handsome sangat ke aku ni sampai kau pandang ternganga macam tu?" soal Luth. Hawa yang baru sahaja tersedar daripada mimpi yang indah mula menggelabah. Dia pura-pura memandang ke tempat lain. Ayam goreng bahagian paha dicapainya lalu digigit. Hawa termalu sendiri. Mukanya mula bertukar memerah.

Dia perasanlah pula! bisik Hawa. Dia menggigit bibir. Rasa nak ketuk kepala sendiri pun ada.

"Kau ni gatal juga ek?" tegur Luth. Hawa mengerut kening. Dia terus menoleh memandang Luth. Menayang muka tidak puas hati. Gatal? Perempuan macam aku ni gatal? Memang tidaklah!

"Mana ada!" laju Hawa menidakkannya. Luth menjuih bibir.

"Habis yang tadi kau pandang aku macam buaya betina kenapa?"

Hawa terlopong. Buaya betina dia gelarkan aku?

"Takkan saya nak pandang pun salah?"

"Aku tak kata pun salah. Cuma pelik, perempuan bertudung macam kau pandang aku lama-lama. Selalunya, perempuan macam kau ni tundukkan pandangan. Malu-malu kucing depan lelaki."ujar Luth.

Hawa terdiam sejenak. Betul juga apa yang lelaki itu katakan. Sepatutnya perempuan macam aku, pasti akan rasa malu apabila berdepan dengan lelaki yang dia tidak kenali. Ini tidak, selamba badak aku sahaja nak makan sebelah dia. Ikut balik rumah pula tu! Maknanya betullah aku gatal? Eh, tak! Tak!

Hawa menggeleng kepala menafikannya.

"Tak semua perempuan macam tu. Tapi perasaan malu tu masih ada. Cuma... saya ralit sekejap tadi." ujar Hawa, cuba untuk menegakkan keadilan. Dia menunduk kepala ke bawah. Ayat hujungnya kedengaran perlahan sedikit. Malu dengan diri sendiri.

"Patutlah Mak Ton kau jual kau. Gatal rupanya..." ejek Luth.

Hawa terpana seketika. Dia mengangkat wajah memandang Luth. Tanpa sedar, ejekan Luth telah menghiris hati Hawa. Hawa membisu tanpa sepatah kata. Terus hilang seleranya ingin meneruskan makan. Hawa meletakkan semula paha ayam itu ke dalam kotak KFC. Tisu yang sedia ada di dalam kereta, di capainya lalu mengelap tangannya yang sedikit berminyak. Dia berpaling ke luar tingkap.

Luth mengerut kening apabila wanita itu hanya mendiamkan diri. Aku ada salah cakap ke?

Dia menoleh sekilas memandang Hawa. Merajuk ke minah ni? "Hoi!"

Bahu Hawa dicuitnya. Menyuruh wanita itu untuk memusing menghadap ke arahnya. Namun, Hawa hanya buat-buat tidak dengar. "Kau kenapa? Merajuk ke?" soal Luth.

Hawa menjeling. Boleh pula dia tanya aku merajuk ke tidak? Mana ada perempuan yang boleh telan sahaja kata-kata berbaur sindiran yang sensitif seperti itu.

"Saya tak gatal. Saya bukan perempuan murah untuk encik cakap macam tu." Hawa bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.

"Saya kena jual sebab Mak Ton saya salah faham. Dia ingat... saya cuba untuk ngorat pak cik Harun. Tapi sumpah demi Allah, saya tak pernah pun terfikir nak buat macam tu. Saya masih ada otak. Saya belum bodoh lagi nak sukakan suami orang. Mula-mula, dia kata dia percayakan saya. Tapi hakikatnya, itu cuma sekadar umpan untuk dia heret saya ke sini. Dia terus jual saya tanpa sedikit pun belas kasihan. Sedangkan... saya yang jaga dia waktu dia sakit dahulu. Saya tak sangka, Mak Ton sanggup jual saya semata-mata untuk suami dayus macam tu!" luah Hawa, menceritakan hal sebenar yang terjadi sehingga menyebabkan dia terpaksa berada di tempat neraka itu. Air mata mengalir turun daripada lingkungan bawah matanya. Hawa pantas mengesat menggunakan belakang tangan.

Luth pula hanya memasang telinga mendengar dengan penuh tekun. Dia mengeluh kecil. Kepala yang tidak gatal di garunya. Menangis lagi minah ni. Kan aku dah kata, bak menangiskan orang itu memang kerja aku.

"Yalah... Yalah... Aku minta maaf." ucapnya, Acuh tak acuh.

"Sudahlah. Kau tak payah nak menangislah depan aku. Karang aku buat macam cerita Magika, curi air mata kau buat jamu muda baru kau tahu?" sinis Luth. Tengok tu! Dalam memujuk ada juga dia nak menghina. Hawa mencebik bibir. Tajam sahaja pandangannya memandang Luth. Bukannya nak rasa serba salah. Lagi di ejek adalah!

"Kau pandang aku macam tu kenapa? Hei, ingat sikit ek. Aku yang selamatkan kau tahu? Karang aku berhentikan kereta dekat sini, tak pasal-pasal kau jual tisu je dekat tepi jalan. Lap air mata tu!" ujarnya, dingin. Dia mencapai kotak tisu, lalu dilemparkan ke arah Hawa. Menyuruh Hawa untuk membersihkan air mata yang masih lagi tersisa di pipinya.

"Kau dengar sini baik-baik. Nanti bila dah sampai rumah aku, kerja kau bukan duduk goyang kaki macam anak Tan Sri. Tapi, kerja kau sebagai orang gaji. Itu sahaja cara yang aku ada untuk bagi kau duduk dalam rumah keluarga aku. Aku tak ada rumah sendiri, sebab tu aku terpaksa bawa kau ke sana. Dan lagi satu... kau jangan cakap yang kau berasal daripada kelab malam. Kalau tak, tak pasal-pasal kau dengan aku duduk merempat bawah jambatan." ujar Luth.

"Habis saya nak cakap apa?"

"Cakap je lah kau berasal daripada kampung. Kau datang sini sebab nak cari kerja. Dan yang paling penting, kau jangan goda aku dengan abang aku." ujar Luth lagi. Hawa buat muka menahan geli.

"Eeiii... tak kuasa saya nak goda, encik. Bukannya dapat faedah pun."

"Manalah aku tahu. Aku bukannya kenal kau sangat. Entah-entah nanti, waktu semua orang tidur. Kau senyap-senyap, masuk bilik aku selepas tu buat benda bukan-bukan. Dah tak pasal-pasal hilang kehormatan aku." Ejek Luth. Hawa menjuling anak mata ke atas. Meluat. Perasan betul! Dia ingat aku ni siapa nak buat macam tu? Sedangkan dia yang nak sentuh aku dekat kelab malam pun aku dah terjerit terlolong macam pontianak! Siapa yang goda siapa sebenarnya?

"Kau faham tak?"

"Faham..." balas Hawa, meleret.



MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now