Bab 34

25.6K 1.9K 547
                                    

                          “MANA si Hawa ni? Dia tak buat makan petang ke? Dah pukul 6 sekarang, satu pinggan lauk pun tak ada?" soal Puan Kalsum sambil dia mendongak memandang jam di dinding. Pelik. Lambat pula Hawa menyiapkan makan petang untuk hari ni. Kalau tidak, buka tudung salji sahaja sudah terhidang kemas di atas meja. Dapur pun kemas seperti tak berusik. Puan Kalsum mencekak pinggang. Ke mana dia ya?

"Mak, cari siapa?" celah Malik, dia berjalan menuju ke arah dapur. Buat-buat ingin mengambil gelas di dalam rak. Dia tahu, Puan Kalsum pasti akan bertanya tentang Luth kepadanya.
Segaris senyuman sinis terbit di bibir. Dia menuang air putih ke dalam gelas sambil tubuh disandarkan pada kabinet.

"Mak cari Hawa sebab dia tak siapkan makan petang lagi. Selalunya waktu-waktu macam ni Hawa dah siapkan. Batang hidung Luth pun mak tak nampak. Kamu ada nampak ke Malik?"

Bingo! Tepat sekali soalan yang ditanya. Ya, dia dah lama sedia untuk menjawab. Dia meneguk air putih terlebih dahulu, lalu diletakkan ke atas kabinet. "Entahlah, mak. Tadi Malik nampak Hawa masuk bilik dengan Luth. Lama juga sampai sekarang tak keluar. Macam buat sesuatu je?"

"Ish, kamu ni Malik... suka sangat anggap bukan-bukan dekat adik sendiri. Luth tu walaupun nakal, dia hormat perempuan. Lagi-lagi si Hawa tu. Setiap masa mak asyik nampak dia layan Hawa baik sahaja. Tak ada sentuh sana sini. Tak baik kamu anggap Luth macam tu."

"Haih, mak ni... Malik bukan nak anggap bukan-bukan. Tapi lelaki dengan perempuan ni mana boleh duduk berdua-duaan. Luth siap ajak Hawa masuk bilik lagi! Pintu pun tertutup rapat. Malik cuma risau sahaja kalau dia langgar syarat abah. Karang tak pasal-pasal dia kena halau daripada rumah ni. Tambah pula, si Hawa tu hilang maruah. Kesian, mak!" ujar Malik. Pandai sungguh dia berlakon. Seolah-olah skrip sudah terhafal lengkap di kepalanya. Apa sahaja soalan, terus dijawab tanpa gagap.

Puan Kalsum mengeluh kecil. Betul juga. Dia pun tak sanggup jika Luth di halau. Ke mana lagi tempat yang dia ada? Kerja pun belum dapat lagi. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya merempat ditepi jalan?

"Itulah. Mak pun risau juga. Tiba-tiba hati rasa tak sedap pula bila kamu cakap macam tu, Malik." keluh Puan Kalsum. Sebelah tangannya menyentuh dada. Merasakan debaran yang semakin berdegup dengan pantas. Entah mengapa dia terasa cemas. Takut jika apa yang Makin katakan akan menjadi satu kenyataan yang harus diterima.

"Malik bukannya bencikan Luth. Tapi dia tu degil! Malik dah kata dengan dia, jangan rapat sangat dengan Hawa. Tapi dia nak juga. Nak kata dia suka dekat perempuan tu, dia tak pernah cakap pun? Tapi, walau apa pun yang dia buat pada Hawa. Malik sudi sahaja bertanggungjawab sebab sebenarnya..." Malik menarik nafas panjang, lalu dihembus keluar.

"Malik dah lama suka Hawa. Kalau boleh, Malik nak kahwin dengan dia sebab Malik tahu Luth tak ikhlas pun jaga perempuan tu."

"Kamu serius ke ni, Malik?"

Malik mengangguk kepala bersungguh-sungguh. "Ya, Malik cintakan Hawa. Cinta sangat-sangat, Mak."

Tersenyum gembira Puan Kalsum mendengarnya. Baguslah jika Hawa pilihan yang terbaik buat Malik. "Alhamdulillah, insya-Allah tiada apa-apa jadi dekat Hawa. Luth tu baik, dia tak adalah jahat mana. Err... tak apalah, mak nak pergi tengok diaorang dekat atas sekejap." pamit Puan Kalsum. Malik mengangguk kepala. Lantas, Puan Kalsum beredar menuju ke tingkat atas. Hilang sahaja kelibat Puan Kalsum, dia tersenyum menyenget penuh kejahatan.

"Pergi mampus lah Luth punya baik..." gumam Malik, sinis.

Sampai sahaja di tingkat atas, Puan Kalsum terus melencong kaki ke arah pintu yang berada di tengah.

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik diketuk, memberi isyarat tentang kehadirannya. "Luth, buka pintu ni. Tak elok lama-lama sangat dengan Hawa dekat dalam bilik tu." ujar Puan Kalsum, sedikit menjerit. Entah dengar atau tidak Luth yang berada di dalam. Dia mendiam selama beberapa minit, menantikan sahutan daripada Luth. Namun, tiada. Debaran hati mula terasa sesuatu yang tidak enak. Walau bagaimanapun pun, dia cuba untuk tidak berfikiran negatif.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now