Bab 28

24.5K 2.1K 659
                                    

SETIBA sahaja di hadapan pagar rumah agam Tuan Haji Zamani, Luth menolak pintu kereta kemudian terus ke pagar. Walaupun kemarahan cuba ditahan, namun seluruh kulit mukanya sudah terasa panas dan berpijar. Lebih geram lagi apabila dia melihat Pak Mail, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah ini boleh tertidur di dalam pondok guard. Suasana di dalam rumah pula kelihatan gelap gelita dan sunyi seperti semua orang sudah tertidur. Macam mana mereka semua boleh biarkan Hawa duduk dalam bilik tu dalam keadaan ketakutan? Dan lebih menyakitkan hati, takkan lah mereka tidak menyedari kehadiran si perogol Jahanam tu!

"Hei, Pak Mail!!"

Pak Mail yang terlena terus tersentak. Terpinga-pinga dia memandang sekeliling, mencari si pemilik suara yang menjerkah memanggil namanya. Apabila dia menyedari kehadiran Luth di hadapan pagar, lintang-pukang dia berlari ke sana.

"Tu... Tuan Luth, bukan ke Tuan sepatutnya dekat hospital sekarang?"

"Hei, kerja kau sebagai apa ek dalam rumah ni? Pengawal, kan?! Macam mana kau boleh tertidur sampai biarkan orang pecah masuk rumah ni?!"

"Pe... Pecah masuk? Ma... Mana ada..."

"Buka pagar ni! Aku kata buka!!" Luth menjerit-jerit seperti orang hilang akal. Tak cukup dengan suara yang melengking, digoncang pula pagar besi itu sekuat hati. Pagar yang statik tak bergerak membuatkan api kemarahannya kian marak.

Dan Pak Mail pula masih kaku tak bergerak. Tak tahu sama ada ingin membukanya atau pun tidak. Kalau dapat tahu pada Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani yang Luth lari daripada hospital, tentu dia juga yang akan dimarahi kerana tidak membawa Luth pulang semula ke sana.

"Hei, kau pekak ke?! Aku kata buka! Kau jangan sampai aku panjat pagar ni, dan aku pecahkan muka kau! Buka!!"

Pak Mail mengeluh kecil. Dia tiada pilihan lain lagi. Kepala diangguknya berkali-kali. "Baik, Tuan. Sekejap." pamitnya. Lantas, dia beredar ke pondok guard untuk mengambil kunci. Alat kawalan pagar yang memang disangkut bersama rantai kunci kereta terus ditekan. Tatkala pintu pagar besar itu terlapang luas, sepantas mungkin Luth meluru masuk ke halaman rumahnya.

"Bagi duit pada teksi tu!" sepintas lalu sahaja Luth mengeluarkan arahan. Pengawal itu mengangguk kepala tanda menurut perintah. Sampai sahaja di hadapan pintu, jari-jemari Luth pantas menekan kata laluan yang berada dibawah tombol pintu. Lantas, pintu itu pun terbuka dengan sendirinya.

"Hawa!" jerit Luth, kuat. Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia meniti anak tangga dengan laju menuju ke tingkat atas. Sampai sahaja di hadapan bilik Hawa, pintu itu diketuknya berkali-kali.

"Buka pintu ni Hawa! Buka!!" dengan kasar Luth memulas tombol pintu itu, malangnya ia terkunci kemas daripada dalam. Luth semakin gelisah. Kedua belah tangannya mencengkam rambutnya.

"Arghh!!" dia menjerit sekuat hati. Geram betul!

Luth menggeleng kepala. Dia tiada cara lain lagi selain menendang pintu itu.

DUM!!

Sekali tendang sahaja terus ia ternganga luas. Membeliak biji mata Luth apabila melihat Hawa sudah terbaring di atas lantai. "Hawa!"

Dia pantas berlari mendapatkan Hawa. Tubuh Hawa ditarik rapat ke arahnya. Diletakkan kepala wanita itu ke atas paha, manakala sebelah tangan lagi menampar pipi Hawa berkali-kali dengan perlahan.

"Hawa, bangun Hawa! I'm here now! Buka mata!" rayunya begitu resah sekali. Nafas di dada Luth juga menderu kencang. Seperti terlalu cemas, kalut dan sungguh risaukan tentang Hawa. Sekilas pandangan dijatuhkan ke arah kedua belah tangan Hawa yang tercalar jelas gara-gara dicengkam kuku di perogol tadi.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now