Bab 22

24.4K 1.9K 437
                                    

                          PADA waktu pagi yang menandakan pukul 6: 10 minit, mereka bersiap-siap mengambil air wudhuk untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di bilik surau yang terletak di tingkat satu. Seusai sahaja menunaikan solat, mereka bergerak pula ke bilik masing-masing untuk menyiapkan diri sebelum menuju ke rumah kebajikan anak yatim Murni. Hampir setengah jam juga mereka mengambil masa untuk bersiap sepenuhnya.

Setelah siap, Tuan Haji Zamani terlebih dahulu masuk ke dalam perut kereta Alphard sementara menunggu isteri dan anaknya yang sedang menyarung kasut.

Luth pula menyandar tubuh belakangnya kepada kereta BMW. Sekejap kepalanya tertunduk memandang jam rolek. Sekejap dia mengangkat muka memandang sekeliling, mencari kelibat Hawa yang masih tidak muncul-muncul. Dia mengeluh perlahan. Lambat betul minah ni bersiap! getus Luth di dalam hati.

Dia kembali menegakkan badannya. Kini, kaki pula yang bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Luth, jom lah. Semua orang dah siap." ajak Puan Kalsum apabila melihat Luth yang masih lagi tercegat di halaman rumah seperti menunggu seseorang. Luth berhenti berjalan. Dia tersenyum memandang Puan Kalsum. Belakang kepala digosoknya.

"Err... mak pergilah dulu dengan abah. Luth tunggu Hawa."

"Hawa ikut sekali?" Puan Kalsum sedikit terkejut. Tak tahu pula Hawa bakal ikut. Luth pun tidak memberitahunya apa-apa. Luth tersengih menampakkan gigi.

"Ha... Haah. Lupa nak bagitahu mak semalam yang Luth nak bawa Hawa sekali."

"Laa... ya ke. Kalau macam tu mak suruh diaorang tunggu Hawa. Kita pergi sama-sama." cadang Puan Kalsum. Pantas Luth menggeleng kepala.

"Eh, tak payah. Mak dengan abah pergi je dulu. Luth akan naik kereta ni dengan Hawa. Mak jangan risau, Luth takkan buat apa-apa."

"Mana boleh berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram. Kau tak belajar ke?" celah Malik, berlagak. Dia mengjongketkan sebelah keningnya memandang Luth. Luth menjuling anak mata ke atas. Dia melemparkan pandangan ke tepi. Malas nak hadap muka lelaki itu.

"Aku ikut kau."

Luth ternganga. Dia kembali memandang Malik.

"Kenapa kau nak naik kereta aku? Naik je lah dengan mak dan abah." dingin, Luth.

Malik tersenyum sinis. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Dia mengatur beberapa tapak mendekati Luth. Mata mereka saling berbalas pandangan tajam. "Bukan kau juga ke yang cakap semalam, kalau berdua-duaan nanti boleh ada orang ketiga iaitu syaitan. Sebelum jadi benda buruk pada Hawa, lebih baik aku tolong cegahkan." bidas Malik.

"Aku masih waras lagi untuk rosakkan anak dara orang." sinis Luth.

"Nafsu tak kira kau waras atau pun tak. Kalau dah nama pun 'nak' kau akan buat juga."

"Perkataan 'nak' tu cuma akan muncul, bila hati kau dah betul-betul hitam." bidas Luth lagi. Terus terdiam Malik tanpa sebarang bantahan. Riak wajahnya mula tegang. Kecil sahaja pandangannya memandang Luth yang tersenyum menang.

Luth mendecik kecil. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Heh, silap besar kalau kau nak lawan lidah dengan aku Malik.

"Maaf, lambat. Saya dah siap." celah Hawa yang baru sahaja muncul. Dia melangkah ke arah Luth dengan melemparkan senyuman lebar. Nasib baik belum pukul 7. Kalau tidak, habislah aku kena hadap bebelan lelaki ni. Namun, ada sesuatu yang pelik. Senyuman Hawa terus hilang apabila dia tertoleh ke arah Malik. Mati-mati aku ingat mamat ni dah bertolak ke sana, aduh... Hawa menggigit bibir.

"Hawa." panggil Malik. Terkulat-kulat Hawa mengangkat muka memandang lelaki itu. Hatinya terus diserbu rasa takut. Apa pula yang lelaki ini mahukan daripada dia?

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now