Bab 46

26.6K 2.2K 640
                                    

                           BANGUN pagi itu, Malik terkebil-kebil memandang siling. Sekian lama malam tadi dia tidak boleh tidur dengan nyenyak. Entah mengapa perasaannya terasa seperti dihantui oleh seseorang. Setelah pukul 3 pagi, barulah dia boleh terlelap.

Duduk di atas katil, Malik menggeliat dengan kedua belah tangannya ke atas. Kemudian sebelah tangannya singgah mengurut ke belakang leher yang lenguh. Tak sampai beberapa minit, mukanya berkerut saat terhidu sesuatu. Dan apabila dia melihat di atas selimutnya, serta merta tangan meluru ke mulut. Menekup kuat dengan kata terbeliak. Perut yang sihat tiba-tiba sahaja diserbu rasa mual dan sebal. Bau hanyir yang menusuk kuat ke hidung begitu meloyakan.

Tak tahan busuknya!

Tan mampu menahan tujahan ditekak, laju Malik turun daripada katil berlari menuju ke arah bilik air. Terbatuk-batuk Malik termuntah. Apabila dia kembali mengangkat wajah memandang cermin, dia dikejutkan lagi dengan contengan tulisan merah di situ. Mungkin darah.

“Aku akan tikam kau sampai perut terburai macam burung merpati atas katil tu.”

Malik menggeleng kepala. Tak! Tak mungkin orang yang sama menghantar surat kepadanya tempoh hari lepas. Dia kembali beredar keluar daripada bilik air. Kelihatan ada satu kad yang terselit di dalam perut bangkai merpati itu. Tergetar-getar tangannya menarik kad itu keluar. Nafas ditahan, agar bau busuk itu tidak dihidunya.

Membeliak biji mata Malik melihat gambarnya bersama Shahidah semasa di restoran selama. Sah! Tak dinafikan lagi, aku memang sedang diperhatikan.

"Kurang ajar... siapa kau sebenarnya?!" Malik memusing kad itu ke belakang, membaca ayat yang tertulis di situ.

“Always watching you. You can't run away from me. Segala rahsia kau ada ditangan aku. Berani? Pukullah aku lagi.”

Malik mengetap bibir, geram. Amarahnya kini semakin mencanak-canak. Terus kad itu dikoyakkan dengan geram. "Kau memang nak main-main dengan aku ya Luth?! Kau fikir aku takut dengan kau? Kau tunggu... Kau tunggu apa yang aku akan buat pada kau nanti!"

Tanpa berlengah, Malik beredar meninggalkan bilik tidurnya. Tergesa-gesa dia melangkah menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Tuan Haji Zamani yang berada di ruang tamu menjadi sasarannya.

"Abah!" jerit Malik. Tuan Haji Zamani terus berpaling ke arah Malik yang menghampirinya dengan sekeping kad yang sudah terkoyak. Puan Kalsum juga turut menoleh ke arahnya.

"Kenapa dengan kamu ni Malik? Apasal ada bau busuk dekat sini?" soal Tuan Haji Zamani. Mukanya berkerut saat terhidu bau hanyir itu. Pantas sebelah tangannya menutup hidung.

"Abah nak tahu sebabnya? Ni! Anak tak guna abah ni dah berani pecah masuk rumah ni secara senyap-senyap! Dia letak bangkai burung merpati dekat atas katil Malik dan hantar surat ugutan! Abah tengoklah!" bentak Malik, geram. Kad itu dilemparnya ke atas meja kopi di hadapan Tuan Haji Zamani.

Puan Kalsum mengerut kening. Sukar untuk dia percaya. Tak mungkin Luth dah berani buat perkara seperti itu. "Kamu biar betul ni Malik? Jangan suka-suka hati tuduh adik kamu. Mak kenal dia, Malik..."

"Ya Allah, buat apa Malik nak tipu mak dengan abah? Sejak dia keluar daripada rumah ni, macam-macam surat yang dia dah hantar dekat Malik cuma mak dengan abah je yang tak tahu! Malik rasa... ada baiknya kalau kita buat report polis. Kita sumbat je Luth dalam penjara. Kalau tidak mungkin dia lebih berani bunuh Malik selepas ni."

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now