Bab 55

28.8K 2.4K 416
                                    

                          BEG tangan terus dicampak ke atas katil. Ayah Harun yang terbaring di situ sambil membelek telefon canggih terus tersentak. Dia menjatuhkan telefon itu ke dada, berpaling memandang Zaiton yang baru pulang. Pintu kamar dihempas tutup dengan kuat. Berkerut kening Ayah Harun melihatnya. Dah kenapa dengan isteri aku ni? Balik daripada hospital terus sahaja nak melenting tak tentu pasal.

"Awak ni dah kenapa Ton?" tegur Ayah Harun. Zaiton mendengus kecil. Anak matanya tajam menikam ke arah suaminya.

"Awak tanya saya kenapa? Awak rasa siapa sahaja yang boleh buat saya stress macam ni?" soalan dibalas soalan. Tinggi nada suara Zaiton saat ini. Ayah Harun mengerut kening. Sebelah tangannya menyapu dagu yang kini sudah tertumbuh janggut. Satu-satunya manusia yang paling Zaiton benci cuma seorang, iaitu Hawa. Tiada orang lain lagi.

"Hawa ke maksud awak?"

"Yalah!"

"Huh? Ha... Hawa?!" terus Ayah Harun duduk. Telefon canggih miliknya dicampakkan ke tepi saat tekaannya betul. Muncul senyuman halus di bibir Ayah Harun. Ah, rasa rugi pula tak ikut Zaiton ke hospital tadi melawat Dato' Mukhriz. Kalau tidak sudah tentu dia dapat berjumpa dengan Hawa.

"Awak jumpa dia? Dengan siapa? Dia seorang je ke?"

"Tak. Dia dengan suami dengan mak mertua kaya berlagak dia tu! Ish, Ton geram sangat dengan mak mertua dia tu, abang tahu tak?! Dia boleh campak duit dekat muka Ton dan hina maruah abang? Dia ingat dia siapa? Mentang-mentang kaya, senang-senang nak pijak maruah orang lain huh? Suami Hawa tu pun satu! Nak sangat bela isteri dia macam Hawa tu satu-satunya perempuan yang ada dalam dunia ni!" luah Zaiton penuh amarah. Dikibas-kibas bahagian leher baju kurung moden yang dipakainya. Panas. Memang panas! Panas dekat hati.

"Suami dia bela Hawa? Wah, sayang betul lelaki tu dekat Hawa ya?"

"Sayang? Eeiii... abang jangan sebut perkataan sayang dekat telinga saya. Si Hawa tu tak layak langsung dapat kasih sayang daripada lelaki kaya tu! Jauh beza sangat tingkat dia dengan lelaki tu, abang tahu tak? Dasar tak sedar diri! Patutlah bukan main lagi dia lari daripada kelab malam tu, rupa-rupanya dah jadi pemuas nafsu kekal si lelaki kaya! Bak kata orang bandar sugar baby lah kononnya... perkahwinan pun secara tiba-tiba, ini tak lain tak bukan mesti di Hawa tu lahir anak luar nikah!"

"Lah? Tapi awak juga yang sukakan dia jadi macam tu?"

Zaiton mengeluh kecil. Dia henti mengibas bajunya, dan memusing memandang Ayah Harun yang duduk di atas katil. Kedua belah tangannya mencekak pinggang. "Memanglah saya nak dia kena macam tu, tapi bukan dengan seorang lelaki je! Saya nak dia kena sentuh dengan berpuluh-puluh lelaki, baru hati saya puas! Setakat satu jantan, dan kaya pula tu! Itu bukan seksa namanya. Itu bahagia!"

"Jadi awak nak buat apa? Takkan nak pergi serang Hawa pula? Awak sendiri kata yang lelaki tu jenis protect Hawa, awak ingat awak boleh lawan dia huh? Tambah pula mak mertua dia tu kaya raya. Karang tak pasal-pasal kena saman, celah mana awak nak cari duit nanti? Setakat jual jamu, awak ingat awak mampu nak bayar saman beratus ribu daripada mak mertua dia?"

"Heh, saya kesah apa? Hawa tu keluarga saya, jadi saya berhak ambil dia semula!"

"Sejak bila awak anggap dia keluarga ni?" soal Ayah Harun dengan nada mengejek. Zaiton mengecilkan mata memandang suaminya. Saja nak naikkan api kemarahannya ke apa?

"Abang ni kenapa huh? Sejak bila abang lebih sokong dia daripada saya? Ke... abang ikut saya datang sini sebab nak ngorat Hawa? Huh?"

"Ish, awak ni... ke situ pula. Saya datang sini kan nak tolong awak cari dia. Apa pula nak ngorat? Lagipun, Hawa tu dah ada suami. Suka sangat fikir bukan-bukanlah awak ni Ton. Saya setia dengan awak je tahu tak?"

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now