"Sayang..." Tegak bulu roma Rihana mendengar suara garau itu dari arah belakangnya. Tubuhnya kaku sehingga terlupa tentang apa yang perlu dilakukannya kini. Pelayan yang membawa hadiah dan kek Nabila sudah mula menghampiri meja.
Rihana menggeleng. Mungkin dia penat sehingga berilusi.
"Sayang, please. Stay." Kali ini jantung Rihana berdegup laju. Ini bukan ilusi. Dia yakin, insan bergelar suami itu ada di belakangnya kini. Maknanya, dia bukan tersalah tengok tadi semasa mereka memasuki ruangan hotel. Dia ada melihat kelibat Syakir tadi tapi dia menafikannya sendiri.
Perlahan-lahan dia berpaling.
"Syakir..." Lelaki itu tersenyum senang. Mujur wanita itu masih sudi menyebut namanya.
"Sayang, abang rin—" Laju sahaja Rihana mengundur, tahu Syakir ingin memeluknya.
"Saya pergi dulu."
"Sayang tunggu!" Rihana tak memperlahankan malah melajukan langkah.
"Nain rindu sayang." Laju Syakir memaklumkan.
"Jangan guna nama anak."
"Abang tak tipu. Dia menangis bila sayang pergi."
"Tipu! Dia bahagia dengan ibu baru dia. Buat apa dia rindu ibu tak guna dia ni." Rihana menjawab yakin, walaupun dia berjaya menyakitkan hati sendiri dengan kata-kata dari mulutnya. Betul ke anak ibu tak rindu ibu?
"Astaghfirullalazim, sayang. Kenapa fikir macam tu? Baliklah sayang, Nain perlukan awak." Tangan Rihana digapai namun cepat sahaja wanita itu menepis.
"Jangan ganggu saya. Nain bahagia tanpa saya. Semua orang bahagia tanpa saya. Ke awak datang nak uruskan penceraian?"
"Rihana! Sayang mengarut apa ni? Abang tak pernah berniat macam tu." Rihana tergelak.
"Tak pernah? Sebelum kita kawin lagi awak dah ada niat tu. Lupa?" Rihana mula berasa jengkel.
"Kalau awak nak hantar borang cerai, hantar je dekat rumah buruk tu. Itupun, kalau sudi. Tak payah terjenguk-jenguk macam perogol misteri." Rihana melangkah pergi. Pasti Nabila mencarinya. Rosak rancangannya kerana Syakir!
Bukan dia tak tahu yang selama ini Syakir mengetahui di mana dia tinggal. Beberapa kali juga dia ternampak kelibat suaminya mengintainya secara senyap sampai Nabila ketakutan. Geram tau!
Cuma hari ini berani pula dia menegur. Ada juga rasa bersalah kerana menghiraukan Syakir tapi memikirkan semua yang pernah terjadi, dia jadi sakit hati. Buat sementara waktu, biarlah dia cari kebahagiaannya sendiri dahulu.
Meja dia dan Nabila dihampir. Ah! Pasti pelayan itu sudah siap melakukam kejutan seperti yang diarahkan.
"Bella, tadaa!!!" Nabila yang masih menangis terharu mengangkat kepalanya.
"Akak ni! Kenapa sweet sangat! Huwaaa!!!" Mahu sahaja dia memeluk Rihana tetapi bayi tadi masih di tangannya.
"Eh mesti! Akak kan memang manis." Sempat dia mengangkat bakul sendiri sebelum matanya terpandang bayi di tangan Nabila.
"Anak siapa ni? Comelnyaa!!!" Rihana melompat teruja. Rasa hilang semua amarah yang mucul kerana bertembung dengan Syakir tadi.
"Entah. Ada encik tadi minta tolong jaga sekejap. Dia nak pergi tandas."
"Ooo... akak pegang kejap boleh tak?" Nabila mengangguk. Dia juga sudah lenguh memegang. Mana orang tadi? Kata sekejap.
"Omeynya awak ni. Hensem sangat!" Rihana tersenyum lebar sebelum senyumannya mula memudar. Teringat pula anak sendiri yang ditinggalkan. Rambut bayi itu diusap perlahan namun perbuatan itu berjaya mengundang tawa bayi kecil comel itu.
YOU ARE READING
Izinkan Sekali Lagi
RomanceAtas kekhilafan seorang RIHANA, nampaknya mimpi ngeri menjadi nyata. "Kau PEMBUNUH!" Mana mungkin RIHANA mampu menyangkal kenyataan yang keluar dari mulut SYAKIR. Kenyataan bahawa dialah pembunuh. Pembunuh anak mereka. Datang SYAKIR melamar dirinya...