72 | ISL

5.2K 205 7
                                    

Rihana masih setia menjaga adiknya yang masih lena. Kadang-kala, remaja itu akan tersedar dan meracau.

"Dah tidur?" Muncul Syakir bersama tongkat untuk menampung berat badannya. Hasil kejadian ditimpa tanah runtuh itu, dapatlah juga Syakir merasa sakitnya kaki yang patah.

"Abang..." Kali ini, tak menunggu lama Rihana sudah memeluk Syakir. Syakir hanya tersenyum nipis sambil mengusap kepala isterinya.

"Apa Hana dah buat, abang?" Sejuk hatinya mendengar Rihana memanggilnya abang kembali sejak semalam.

"Sayang tak salah. Shh..." Persoalan kepada rasa tak sedap hati yang terganggu kebelakangan ini terjawab apabila Syakir menerima berita pemergian anak Nabila sebaik sahaja dia diselamatkan.

Rihana dan Zulqarnain selamat atas pengorbanan gadis itu. Sungguh tak dia sangka. Selepas mendapatkan rawatan asas, terus dia bergerak ke sini untuk menemui isterinya dan Nabila.

"Hana tak dengar cakap abang. Hana degil. Hasilnya, Syakir Naufal jadi mangsa. Teruknya Hana, abang."

"Tak sayang. Semuanya takdir. Abang akan pastikan penculik tu terima hukuman yang setimpal." Dan persoalan mengenai peringatan yang dipasang pada telefonnya juga terjawab. Peringatan yang dia pasang merupakan peringatan waktu habis bekerja pengawal peribadi yang Syakir upah.

Waktu mereka habis bekerja betul-betul tamat 2 jam sebelum kejadian itu berlaku membuatkan Syakir berasa kesal. Perancangannya tersasar.

"Hana minta maaf, abang."

"Abang pun minta maaf."

Keadaan menjadi janggak sebelum Rihana sendiri meleraikan pelukan. Rasa malu muka hadir kerana dia yang tiba-tiba memeluk Syakir sedangkan selama ini dia yang melancarkan perang terhadap suaminya.

Semua ini gara-gara dia mendapat berita Syakir telah terperangkap dalam timbunan tanah selama dua hari. Betullah orang kata. Bila sesuatu dah tak ada depan mata, baru nak menyesal.

"Kaki abang?" Rihana cuma menghapus suasana janggal antara mereka. Bukan antara mereka sebenarnya, dia sahaja yang merasakan hal itu. Syakir selamba sahaja lagaknya.

"Macam ni lah. For sure, abang akan cuti lama sangat." Syakir tersenyum nipis. Dato' Rasyid sendiri yang mengarahkan dia bercuti, lagi-lagi setelah dia mendengar kisah Syakir Naufal dan Zulqarnain.

Rihana mengangguk perlahan sebelum kembali memandang Nabila yang masih tertidur.

"Hana ingat, tinggal jauh daripada abang, boleh buatkan rasa sakit ditinggalkan tu berkurang." Syakir hanya diam mendengar luahan Rihana. Dia maklum akan hal itu. Rihana meninggalkan dirinya kerana kepercayaan Rihana tentang kesetiaannya sudah goyah.

Nabila sendiri yang menceritakan semua ini memandangkan Rihana gemar meluah rasa kepada gadis itu. Rihana tak sanggup lagi ditinggalkan sesiapa, sebab itu dia mengambil langkah awal dengan meninggalkan Syakir terlebih dahulu. Berkali-kali Nabila menekankan kepada Syakir yang Rihana tak membenci suaminya. Rihana hanya takut.

Takut untuk merasa peritnya kehilangan akibat ditinggalkan lagi.

"Tapi tak rupanya. Sakitnya masih sama." Sampai sahaja berita kemalangan Syakir dan Syakirah ke telinga Rihana, dia sudah tak mampu berdiri. Habis kaki dan tangannya bergetar hebat.

Izinkan Sekali LagiWhere stories live. Discover now