7 | ISL

3.2K 131 1
                                    

"Abang! Nak main tu!" Terkinja-kinja Rihana melompat menunjuk ke arah roller coaster.

"Ya, ya sayang. Semua dia nak main." Rihana tersengih lebar. Suka bila Syakir panggil dia sayang lagi.

Dia rasa inilah hari terbahagianya. Syakir kata cakap sahaja nak main apa, dia bagi.

Yahooo!!!

Syakir pula hanya menggeleng perlahan melihat telatah keanak-anakkan Rihana. Ada-ada sahaja perangai dia yang mencuit hati. Perangai inilah yang menyebabkan dia terpaut pada Rihana suatu ketika dahulu.

"Abang, nak naik sana!" Rihana menunjuk ke arah tempat tertinggi taman tema itu. Semasa menaiki roller coaster, dia lihat ramai pasangan naik ke tempat itu.

"Take five kejap sayang. Penat." tercungap-cungap Syakir dibuatnya kerana mengejar Rihana yang aktif semacam. Sudahlah dia masih pening sebab naik roller coaster yang berputar 360 darjah tadi.

"Okay!" Rihana mengambil tempat di sebelah Syakir. Matanya melilau melihat sekeliling sambil senyuman terukir tak lekang dari bibirnya. Kakinya diayun kedepan dan kebelakang. Sekali lihat tak ubah seperti kanak-kanak polos yang tersenyum gembira kerana dijanjikan gula-gula. Dalam kepala dah pelbagai perkara dirancang oleh Rihana.

"Abang."

"Hmmm...." Syakir menghabiskan air tinnya sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah berdekatan. Gol!

"Dah 5 minit 36 saat. Jom!" Tercengang Syakir dibuatnya. Seriuslah Rihana kira?

"Hana tunggu!" Syakir terus membuka langkah mengejar Rihana yang sudah bergerak terlebih dahulu. Isterinya terus menuju ke tangga yang menghubungkan tempat mereka sekarang dengan tempat yang Rihana lihat tadi.

"Subhanallah. Cantiknya." Rihana terpegun sebaik sahaja tiba di puncak menara taman tema itu. Dapat dia lihat bukit-bukau mengelilingi taman itu. Bahagian atas bukit pula dilitupi awan.

Terasa matanya bergenang. Sudah lama dia tak melihat permandangan yang indah sebegini rupa.

"Sayang?" Rihana yang berada di pagar beranda menara dihampiri. Pinggang Rihana dipeluk dari belakang sambil dagu dilabuhkan di atas kepala Rihana. Pendek sangat rupanya isteri Syakir ni. Memandangkan tempat yang mereka pilih jauh dari orang ramai, dapatlah dia bermanja sikit.

"Ya abang? Tengok ni. Cantik kan!" kata Rihana tanpa melepaskan pandangannya pada pemandangan di hadapannya. Tangannya turut naik memegang tangan Syakir di perutnya. Selesa.

Bahagia dan nyaman.

"Cantik. Macam awaklah, honey." senyuman Rihana mati. Dia memandang Syakir yang turut menikmati permandangan indah di hadapannya. Syakir yang rasa seperti diperhatikan menunduk melihat wajah isterinya.

"Kenapa?" Pelik dia melihat Rihana memandangnya tak berkedip.

"Abang dengan Hana sekarang." Kata Rihana tanpa nada. Mata Syakir yang jelas tidak sedar tentang apa yang dikatanya ditatap lama.

Terjongket kening Syakir mendengar kata-kata Rihana.

"Memanglah abang dengan Hana sekarang. Takkan lah dengan Dik Ra pulak." Syakir cuba bergurau namun riak wajah Rihana tetap kosong.

"Ke-kenapa?" Bahu Rihana dipegang erat, cuba mencari jawapana.

Rihana mengeluh perlahan. Senyuman diukir lebar.

"Tak ada apa-apa." Prasangka negatif cuba diusir jauh. Kalau ini sahajalah masa yang dia ada untuk nikmati apa itu kebahagiaan, mengapa perlu dia rosakkannya. Kan?

"Aba-" kata-kata Rihana terhenti apabila dia merasakan kesakitan mencengkam perutnya. Terus terduduk dia dibuatnya.

"Kenapa ni?" Ujar Syakir risau. Dia turut melutut disebelah isterinya. Kepala ditundukkan mencari wajah Rihana. Lama Rihana kekal begitu sebelum dia dapat melihat wajah isterinya yang menghadapnya.

"Abang, jom makan. Hana lapar." Adu Rihana tersengih sumbing.

"Ya Allah budak ni. Kita bukan main risau dia main-main pulak. Makan je kerja. Gemuk baru tahu." Kedua pipi Rihana dicubit dan digoyangkan. Geram betul pipi pau dia ni.

"Fuyoo. Ada orang risaukan kita lah. Adehdeh!" Sekarang Rihana rasa pipi dia dah macam kena sengat tebuan.

"Lain kali jangan buat drama pelik-pelik. Dah jom makan."

"Aip aip kapten!" Jom hilangkan gendang dalam perut! Lantas Hana berdiri perlahan-lahan. Kerutan di dahi cuba disembunyikan. Aish perut ni nak meragam pulak masa-mana ni. Dah setahun, tak akan tak hilang lagi?

Memandangkan tiada pilihan makanan yang banyak di dalam taman tema, mereka memutuskan untuk makan di luar sahaja. Lagipun, Rihana sudah puas bermain.

"Bagi saya udang galah masak...asam pedas ni. Sotong goreng tepung ni pun satu set. Lagi, kangkung goreng belacan. Nasi bagi dua pinggan. Air coklat ais dua. Itu sahaja." Sebaik mendengar pesanan dari Syakir, pelayan restoran itu terus berlalu pergi.

"Abang..."

"Ya sayang?" Rihana memandang Syakir yang menanti bicaranya sebelum menggeleng laju.

"Tak ada apa-apa. Hehe..." Segera Syakir menggosok kuat kepala isterinya. Habis rosak tudungnya.

"Abang tahu... Sayang terharu kan abang ingat semua makanan kegemaran sayang kan?" Jawab Syakir tanpa dipinta. Rihana tersengih janggal. Telan air liur dia mendengar menu yang dipesan Syakir.

"Pandailah abang. Terharu Hana."

"Well, tengok hidunglah." ucap Syakir bangga. Hidungnya ditolak ke atas.

"Eiii!!! Apa kena mengena? Hidung pun kemek." Rihana mencuit hidung Syakir sambil bergelak-ketawa. Riuh meja mereka dibuatnya. Mujur jauh dari meja orang lain. Sebenarnya dia nak kata banyaknya order, siapa nak melantak?!

"Abang..." Seru Rihana apabila tawa mereka sudah mereda. Syakir pula menumpukan perhatian sepenuhnya kepada wanita di hadapannya ini.

"Terima kasih untuk hari ini. Abang dah berikan satu kenangan terindah buat Hana buat pertama kali setelah sekian kalinya. Hana tak tahu Hana boleh rasa perasaan ini lagi ke tidak selepas ini. Terima kasih sudi ambil Hana kembali. Walau apa pun yang berlaku nanti, percayalah yang Hana sentiasa cintakan abang. Dulu, kini dan selamanya. Apa pun jadi, Hana akan sentiasa ada di sisi abang. Sampailah abang dah tak perlukan Hana lagi." Mini love diberikan kepada si suami.

"Sayang..."

"Abang, kalau ini satu kepura-puraan, teruskan. Teruskan sampai abang tak perlukan Hana lagi. Hana tak kisah." Syakir terkedu. Suasana henung mebyelubungi mereka.

Baru sahaja dia mahu bersuara, makanan yang mereka pesan tiba.

"Wah abang! Sedapnya semua ni. Yeay makan!" Rihana mula mengambil sudu dan garfunya.

"Nanti Hana, kenapa–"

"Abang cepatlah baca doa makan." Melihat Rihana yang sudah menadah tangan, Syakir membatalkan soalannya. Nantilah dia tanya.

Entah dia merasa tidak sedap hati mendengar kata-kata Rihana. Ada perkara yang dia tidak tahukah? Atau ada perkara yang Rihana sudah tahu?

Rasa gundah di hati hilang selepas melihat wajah ceria Rihana. Nampaknya Rihana betul-betuk teruja hari ini.

Rihana rasa ini hari terindah dia selepas sekian lama. Dia sudah terlupa bagaimana nikmatnya tersenyum. Bagaimana indahnya bergembira. Betapa seronoknya bergelak ketawa bersama yang tersayang.

Dia akan simpan kenangan ini di lubuk hatinya yang paling dalam. Dan kuncinya dibiarkan jauh agar tiada yang boleh membuka atau melihatnya apatah lagi membuangnya.

'Hana sayang abang.'

Izinkan Sekali LagiWhere stories live. Discover now