"Abang pergi kerja dulu!" Syakir menjerit pada telinga Rihana.
"Okay. Jangan menggatal tau!" Bukan Rihana jika tak balas dengan cara yang sama. Silap hari bulan dua-dua kena paki alat bantuan pendengaran.
"Baik madam! Nanti abang pakai sarung tangan, topeng sekali baru tak ada orang boleh calit minyak pelik-pelik lagi." Rihana mengekek sendiri. Pelik-pelik sahaja cara orang untuk memiliki sesuatu. Sehingga ada yang sanggup mensyirikkan yang maha satu. Moga kita dilindungi dari segala syirik atau niat untuk mensyirikkan yang esa.
"Kalau abang rajin, pakailah. Tapi, yang penting jangan lupa pakai—"
"Ayatul kursi dan doa. Doa senjata mukmin. I got it sayang." Dahi Rihana dikucup sekilas. Setiap hari, Rihana akan menitipkan pesan yang sama. Tak mahu pisang berbuah berkali-kali. Yang sudah berlalu, biarlah berlalu dan jadikan pengajaran. Jadikan satu sempadan untuk berwaspada di kemudian hari.
Rihana tersenyum lebar menghantar pemergian suaminya. Namun, senyumannya tidak lama. Pintu ditutup dan dikunci sebaik sahaja kereta suaminya menghilang dari pandangannya.
Ruang tamu yang sepi menjadi tumpuannya. Sudah 6 tahun dia begini. Sepi seorang diri. Banyak kali dia menyuarakan kesedihannya kepada Syakir tetapi seperti biasa, Syakir hanya memintanya bersabar.
Kata suaminya, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Betul, kita perlukan cahaya mata, tapi mungkin ini bukan waktu yang sesuai. Kita cuma perlu usaha, ikhtiar, berdoa dan bertawakal.
Ruang makan ditujunya. Salah satu kerusi ditarik dan diduduki.
Alat penguji kehamilan yang digunakan pagi tadi dikeluarkan dari poketnya. Dua garis yang keluar jelas menunjukkan ada nyawa yang sedang menumpang di dalam rahimnya.
Dia tersenyum sendiri. Air matanya berlinangan.
"Anak ibu." Perut yang masih kempis diusap perlahan.
"Aku tak mandul." Sekali lagi dia tersenyum. Semua kata orang salah. Suaminya betul. Sabar itu kunci segalanya. Mereka sihat. Dua kali mereka melakukan pemeriksaan kesihatan. Mereka normal.
6 tahun Rihana menjaga pemakanan mereka suami isteri. Syakir dilarangnya daripada merokok. Segala aktiviti yang boleh mengganggu kesihatan mereka, Rihana kawal seketatnya.
Akhirnya, semuanya membuahkan hasil.
Selepas puas tersenyum, dia mengeluarkan telefonnya yang bergetar. Mesej yang baru dihantar dibacanya.
'Think wisely, puan. Please discuss this with your husband. I'm texting as a sister, not your doctor.'
Serta-merta air matanya mengalir lagi. Kali ini bukan lagi air mata kegembiraan namun air mata sebaliknya. Air mata kedukaan yang tak terucap dengan kata.
Jika bukan kerana berita yang dikhabarkan oleh doktor yang merawatnya selepas kejadian malang tempoh hari, mungkin dialah wanita yang paling bahagia sekarang. Penantian hampir enam tahun, akhirnya termakbul.
"Baby, apa ibu nak buat sekarang? Ibu sayang baby. Tapi—" Esakannya terlepas. Perlahan-lahan mukanya melurut ke bawah.
Terngiang-ngiang lagi dalam kepalanya amaran doktor yang merawatnya. Dia diminta untuk membuat perancangan kehamilan memandangkan keadaan rahimnya yang tidak mengizinkan.
Tikaman Azmira dua bulan lalu meninggalkan kesan kepada rahimnya. Jika dia hamil, berkemungkinan besar nyawanya menjadi galang ganti. Anaknya juga mungkin mengalami masalah kelak atau paling teruk, kehilangan nyawa seperti dirinya. Dia nasihatkan menunggu sehingga sekurang-kurangnya 2 atau 3 tahun sebelum melakukan perancangan keluarga kembali.
YOU ARE READING
Izinkan Sekali Lagi
RomanceAtas kekhilafan seorang RIHANA, nampaknya mimpi ngeri menjadi nyata. "Kau PEMBUNUH!" Mana mungkin RIHANA mampu menyangkal kenyataan yang keluar dari mulut SYAKIR. Kenyataan bahawa dialah pembunuh. Pembunuh anak mereka. Datang SYAKIR melamar dirinya...