"Abang buat apa ni?" Soal Rihana sayu. Sakit hatinya melihat Syakir berduaan dengan Azmira. Tapi lagi sayu hatinya apabila mengetahui memang benar suaminya disihir.
"Tak nampak ke? Dating." Selamba Syakir menuturkan ayat itu. Rihana menarik nafas perlahan, cuba menenangkan diri. Sepanjang lima tahun perkahwinan mereka, Syakir tak pernah begini. Tapi sejak tertangkap keluar berduaan minggu lepas dengan Azmira, Syakir tidak lagi menyorokan hubungan yang Rihana sendiri tidak mengerti.
Minggu lepas, dia dan Hayder mengekori gerak-geri Syakir sebelum tertangkap. Rihana ingat, Syakir akan menggelabah atau mengamuk kerana dia mengekori Syakir. Namun sebaliknya yang terjadi. Syakir seperti manusia tidak berperasaan. Dia hanya tersenyum dan menganggap Rihana tiada di situ. Apabila pulang ke rumah, Rihana dilayan seperti biasa. Kata Hayder, Syakir sayangkan Hana cumanya dia tak sedar apa yang dia lakukan.
"Kita balik, abang. Bincang elok-elok. Tak manis berdua macam ni." Azmira menjeling tajam. Laju sahaja dia memegang tangan Syakir. Risau Syakir mengikut isterinya. Susah tau dia nak dapatkan Syakir! Dalam kepala dia, ada Rihana sahaja! Sekarang baru Syakir nak berbual mesra dengan dia, sebelum ni kaku sahaja.
"Habis, sayang dengan Hayder manis lah? Macam tu?" Rihana menggeleng perlahan. Seperti yang dia agak, pasti Hayder dijadikan senjata.
"Abang, berapa kali Hana nak cakap. Hayder kawan Hana je. Lagipun, dia sepupu abang kan." Syakir mencebik.
"Cakap jela Hana suka dia sebab dia lagi kaya dari abang."
"Abang!" Nampaknya Syakir betul-betul dikaburi. Entah apa lagi cerita yang direka oleh Azmira dengan bantuan Mak Ngah. Tak pernah-pernah Syakir menyebut tentang harta.
"Kita balik. Bincang dekat rumah. Abang tak stabil ni. Hana tahu suami Hana tak macam ni. Kita balik ya, hubby? Hana sayang hubby." Rihana menarik lengan suaminya. Rangkulan Azmira dipisahkan pada suaminya dilepaskan. Seakan terpukau dengan suara lembut Rihana, Syakir menurut.
"Syakir!" Azmira mendengus geram. Susah payah dia masuk jarum untuk mendapatkan cinta pertamanya kembali semudah itu Rihana merampasnya. Argh bomoh tak guna! Tak menjadi pun ubat kau!
"Eh perempuan!" Lagi sakit hati apabila Rihana membuat dia seperti tidak wujud di situ.
'Bunuh je dia. Kalau kau tak dapat dia, tak ada siapa boleh.'
'Jangan! Kau carilah kebahagiaan lain. Syakir dah jadi sejarah hidup kau. Tak serik ke main bomoh?'
'Hapuskan je dia. Tak adalah kau sakit hati tengok kebahagiaan dia dengan isteri dia yang kononnya mithali sangat tu.'
Kata-kata yang muncul sejak dia kehilangan seluruh ahli keluarganya bergema di mindanya.
"Diam!" Suara itu masih menghasutnya.
'Bunuh dia.'
"Aku kata diam!"
'Hapuskan dia.'
"Arghhh!!!!" Pisau yang digunakan untuk memakan Sup Gear Box tadi diambil. Segera Azmira berlari menuju ke arah Syakir dan Rihana yang baru tiba di kereta mereka.
"Abang minta maaf, sayang. Abang pun tak tahu kenapa dengan abang. Abang tak sedar." Kata Syakir yang masih keliru. Rasanya dia ada lemparkan kata-kata tak elok kepada Rihana tadi, tapi dia sendiri lupa. Entah kenapa memori sebulan dua ini menjadi samar-samar untuk dirinya.
Rihana tersenyum. Tak sia-sia dia meminta pertolongan Hayder untuk membantu mengurangkan kesan sihir ke atas suaminya. Mujur sempat, sihir itu tak terlalu kuat. Tapi, kata Hayder, Syakir masih perlu dibawa berubat. Begitu juga dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Izinkan Sekali Lagi
RomanceAtas kekhilafan seorang RIHANA, nampaknya mimpi ngeri menjadi nyata. "Kau PEMBUNUH!" Mana mungkin RIHANA mampu menyangkal kenyataan yang keluar dari mulut SYAKIR. Kenyataan bahawa dialah pembunuh. Pembunuh anak mereka. Datang SYAKIR melamar dirinya...