71 | ISL

4.7K 203 11
                                    

"Abang, makan." Roti coklat terakhir dihulurkan kepada Syakir. Syakir hanya mengerling sekilas sebelum menggeleng.

"Abang tak lapar. Anak saudara abang lapar. Makanlah." Tolak Syakir lembut. Dia memang tak lapar. Dah kerja dia hanya duduk, borak dan tidur. Lainlah Syakirah yang memang asyik lapar setiap dua jam.

Syakirah mencebik menahan tangis. Hampir genap 48 jam, tapi abangnya hanya makan sekeping biskut dan sebotol air. Makanan selebihnya diberikan kepada Syakirah.

"Abang, makanlah. Nanti abang lapar... huwaa!!!" Tangisan Syakirah bergema di dalam kereta membuatkan Syakir menjadi panik. Aduhlah mak buyung ni!

"Aish tak yahlah nangis kau ni! Karang Azril dengar dia ingat abang dera kau pulak." Syakirah terdiam. Syakir pula menarik nafas lega kerana menyangka dia berjaya menjual nama Azril untuk menenangkan Syakirah.

"Azril? Hubbyy!!! Entah sempat ke tidak dia marah abang. Mana dia boleh dengar kalau Dik Ra nangis pun. Entah dia tahu ke tidak kita dekat sini. Hubby tak sayang baby!!!" Semakin kuat pula raungan Syakirah.

Syakir sudah garu kepala. Ha sudah! Tak pasal-pasal Azril yang kena. Ibu mengandung memang emo macam ni ek?

Tiba-tiba mereka merasakan kereta Syakir bergoyang.

"Ab-abang... ada tanah runtuh lagi ke?" Cepat-cepat Syakirah memeluk lengan abangnya. Masing-masing dah berbau peluh akibat tidak mandi selama dua hari.

Syakir hanya menggeleng tanda tidak tahu. Dia sudah bersiap-siaga memeluk adiknya dengan tujuan melindungi Syakirah daripada terhempap apa-apa batu atau tanah. Kalau ada lagi runtuhan, dia tidak tahu apa nasib mereka selepas ini. Memandangkan mereka masoh boleh bernafas, maknanya ada rongga tanahnyang membenarkan udara masuk lagi. Kalau tanah menimpa lagi, kemungkinan rongga itu boleh tertutup. Entah boleh lagi ke mereka mendapat bekalan oksigen.

Sekarang Syakir rasa nak sujud syukur untuk oksigen yang Allah berikan selama ini secara percuma. Nikmat yang hari-hari dinikmati tanpa disyukuri.

"Dik Ra tak jerit dah. Tanah janganlah runtuh lagi. Awak berat. Kita kawan kan?" Dalam situasi begini, Syakir tak rasa dia patut gelak tapi dia masih rasa nak tergelak mendengar adiknya merayu seperti budak umur 5 tahun.

BANG!

"AAHH!!!" Terkejut Syakirah dibuatnya apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat seakan ada batu besar yang menimpa kereta Syakir.

BANG!!! BANG!!!

Muka Syakir yang agak tegang akibat risau tadi mulai kendur apabila bunyi kuat itu diulang berkali-kali seperti irama.

"Hello!!!" Jerit Syakir kuat.

Keadaan sepi seketika sebelum ada yang menjawab.

"Hello?!" Syakir tersenyum lebar mendengar balas jawab itu. Tepat jangkaannya. Pasukan penyelamat dah tiba.

Alhamdulillah!

"Kami ada dekat dalam!" Syakir melaung kuat. Syakirah yang mendengar laungan tadi turut tersenyum seperti Syakir.

"Survivors! Survivors!" Hanya itu yang Syakir dan Rihana berjaya dengar.  Masing-masing sudah mengucap rasa syukur dalam hati.

Izinkan Sekali LagiWhere stories live. Discover now