"Dik Ra..." Syakirah tampak gelisah. Soalan Hana memerangkap dirinya. Aduh menyesal pula datang sini. Ingat nak bermanja dengan kakak ipar kesayangan tadi.
"Kenapa akak tanya macam tu? Sah-sahlah sebab abang sayang akak lagi kan?" Rihana mengeluh. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh keluarga ini. Bukannya dia tak perasan tingkah-laku mereka yang agak janggal. Lengan Syakirah dirangkul lembut. Air matanya berair.
Sejak malam itu, dia cuba mendapatkan jawapan mengenai semua persoalan. Makin lama makin banyak persoalan yang timbul di kepalanya.
Ada sebab lainkah Syakir mengikatnya semula?
"Dik Ra sayang akak?"
"Mestilah. Kenapa akak tiba-tiba tanya soalan pelik macam ni. Haha!" Syakirah ketawa perlahan. Jelas kejanggalannya.
"Akak tahu akak bodoh." Syakirah terdiam apabila ayat yang keluar dari mulut Rihana.
"Apa akak ca–"
"Akak tahu akak bodoh. Belajar pun sampai SPM je. Bukan macam Dik Ra dengan Syakir. Jauh sekali dengan Mummy Daddy." Airnya mengalir. Entahlah. Sejak dua menjak ni, laju air mata ni terhasil.
"Tapi akak ada akal lagi. Tolong jujur dengan akak. Kenapa Syakir kahwin dengan akak balik? Akak tahu, ada sebab lain." Rihana bertanya lagi. Sudah seminggu dia menyimpan persoalan ini.
Tanya Syakir?
Jawapannya tetap sama.
'Abang sayangkan Hana.'
Natijahnya, sekarang Syakir melancarkan perang dingin dengannya kerana meragui kata-kata Syakir. Macam mana dia tak letakkan prasangka buruk setelah mendengar semua yang berkaitan dirinya?
Walaupun dia sedar Syakir sedang berpura-pura untuk melindungi sesuatu, dia terima. Tetapi baginya, mana mungkin semua layanan Syakir adalah satu kepura-puraan? Namun selepas majlis itu tamat, Rihana merasakan mungkin betul semuanya hanyalah lakonan.
Syakirah pula yang bingung dengam soalan kakak iparnya. Bukan sebab abang Syakir sayang akak ke? Dia dapat lihat yang abangnya sayangkan Rihana. Ataupun sebab dia terlalu lama di luar negara, dia tertinggal isu semasa?
Tiba-tiba Syakirah teringat akan sesuatu.
"Abang depressed." Syakirah menggumam perlahan tanpa sedar.
"Depressed?" Syakirah menekup mulut. Terlepas cakap pula. Tapi melihat air mata yang mengalir di pipi kakak kesayangannya itu, dia jadi tak sampai hati.
"Dik Ra cerita apa yang Dik Ra tahu je sebab Dik Ra memang tak tahu apa maksud soalan akak tu dan Dik Ra tak tahu benda ni ada kena-mengena atau tak. " Rihana mengangguk. Sikit pun jadilah.
"Abang tertekan sangat lepas berpisah dengan akak. Hidup dia huru-hara. Akak tahu kan mental health tak boleh buat main?" Anggukan Rihana membuat Syakirah tersenyum. Mudah untuk dia bercerita hal ini memandangkan Rihana amat meminati bidang psikologi. Cuma dia tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran selepas berkahwin dengan Syakir.
"Waktu itu mummy dengan daddy buat macam-macam cara nak pulihkan dia. Kadang-kadang, abang kena panic attack. Mummy and daddy bawa abang jumpa pakar psikitari, risau dia abang terkena sampai tahap anxiety. Alhamdulillah, abang tak sampai tahap didiagnos sebagai pesakit anxiety dan dia semakin membaik." Rihana terdiam. Kalau dah jumpa pakar, memang bukan perkara biasa nampaknya. Apabila teringat kejadian setahun yang lalu, Rihana pula rasa serba-salah. Syakir jadi begitu kerana ulah dirinya kah?"Dari situ Dik Ra yakin yang abang betul-betul sayangkan akak. Kalau tak, tak akan lah dia jadi sampai macam tu kan." Memikirkan kelogikannya, ada benar juga kata Syakirah.
YOU ARE READING
Izinkan Sekali Lagi
RomanceAtas kekhilafan seorang RIHANA, nampaknya mimpi ngeri menjadi nyata. "Kau PEMBUNUH!" Mana mungkin RIHANA mampu menyangkal kenyataan yang keluar dari mulut SYAKIR. Kenyataan bahawa dialah pembunuh. Pembunuh anak mereka. Datang SYAKIR melamar dirinya...