40 | ISL

4.3K 104 0
                                    

Suram sahaja wajah Rihana petang itu. Pagi semalam, Syakir sudah berangkat ke luar negeri. Dengan keizinan yang Syakir beri, dia melangkah ke sini.

Dia kata dia berhajat nak pulang, bukannya dia betul-betul nak pulang ke kampung.

Dia kata dia nak keluar, tak semestinya keluar balik ke kampung, kan?

Berkali-kali dia cuba menipu diri sendiri bahawa dia sudah meminta izin Syakir.

Semalam, sebaik sahaja Syakir keluar, dia ke hospital bahagian pakar sakit puan. Tiada lagi air mata yang mengalir. Semuanya sudah habis dikeluarkan sejak siang semalam.

"Suami puan?" Soal doktor yang merawat Rihana dari awal. Sedar Rihana melakukan semuanya sendiri dari awal dia melakukan konsultasi sehingga sekarang.

"Outstation." Jawab Rihana pendek. Tak mahu soal suaminya ditanya lagi.

Hari ini, dia akan dipisahkan dengan anaknya. Anak yang ditunggu hampir 6 tahun lamanya. Atas nasihat pakar, dia menurut.

Rihana tidak mahu Syakir menyalahkan diri sendiri jika berlaku sesuatu ke atas dirinya semasa melahirkan nanti.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk menurut nasihat pakar memandangkan mudarat lebih banyak dibandingkan dengan manfaat jika dia meneruskan kandungannya. Peratusannya juga amat berbeza.

Dalam keadaan kesihatannya, doktor ada berpesan walaupun dia mengambil keputusan untuk tidak menggugurkan kandungannya, peratusan bayinya selamat adalah satu kemungkinan yang hampir tiada.

Rihana juga membuat keputusan gila dengan tidak memaklumkan hal ini kepada suaminya. Dia tak mahu Syakir berdukacita kerana kehilangan anak ini. Biarlah dia seorang yang merasainya. Biarlah Syakir tidak mengetahui tentang kewujudannya agar tiada rasa bersalah yang akan menyelubungi suaminya kelak.

Sama ada dia meneruskan atau tidak kandungannya, dua-dua akan membuat Syakir sedih. Keduanya berisiko. Cuma, yang berbeza adalah kadar risikonya.

Ini salah dia.

Salah dia mengambil ringan saranan pakar.

Dia lupa.

Dia alpa.

Kun faya kun.

Semua boleh terjadi.

"Kita akan mula sekejap lagi ya." Doktor itu meninggalkan Rihana sebentar. Faham akan rasa duka di hati ibu muda itu. Berapa kali Rihana datang melakukan pemeriksaan dengannya dengan keadaan tidak menangis boleh dikira dengan jari.

"Sayang, maafkan ibu." Tewas, akhirnya dia menangis lagi

❤️

"Mana Hana ni?" Sejak pagi tadi dia cuba menghubungi Rihana namun tak berangkat. Semalam, dia ada menghubungi isterinya tapi isterinya masih tidak bertolak ke kampung.

"Dia busy dengan family lah tu. Janganlah risau sangat." Haris datang menepuk bahunya. Tempat kosong di sebelah Syakir diambil.

"Tapi aku risau. Rasa macam ada yang tak kena." Haris bungkam. Firasat Syakir tak pernah salah selama ini.

"Mungkin dia tertidur? Kejap lagi call dia balik. Lagipun dah malam ni. Seminar dah nak start. Fokus." Syakir masih berkira-kira. Kemudian, dia teringat abang iparnya di kampung. Segera dia menghubungi Azman di kampung.

"Assalamualaikum. Syakir, sihat?" Seperti biasa, Azman akan lebih laju memberi salam walaupun dia yang menelefon terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah, sihat bang. Abang?" Sempat Syakir mengintai pintu dewan, risau seminar akan bermula.

Izinkan Sekali LagiWhere stories live. Discover now