ⓕⓘⓥⓔ - Lustful Gazing (1)

481 94 418
                                    

Shinhwa - Touch ♥

Lustful Gazing :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lustful Gazing :

He was captivated by her with a burning of lust and desire ~

*****************************








Beberapa hari berlalu sejak luna melawat banglo milik taehyung, keadaan sudah tentu kembali normal. Cuma yang berbeza adalah lelaki kacak itu berada dalam tekanan.

Hari demi hari han luna berubah menjadi wanita yang gemar merengek, hampir setiap hari kekasihnya itu meminta taehyung membelikan kesemua barangan yang berjenama mewah tidak kira alat solek, pakaian ataupun aksesori ada sahaja benda yang dipintanya.

Mahu ataupun tidak taehyung mengikuti sahaja telunjuk kekasihnya namun lama kelamaan, lelaki itu mulai diasak kebosanan. Sikap han luna semakin lama semakin melampau batasnya. Taehyung cuba bersabar dek kerana wanita itu mempunyai ciri ciri kesempurnaan yang dia impikan pada seorang gadis.









"Ah, stress."

Taehyung melabuhkan punggungnya ke kerusi, acap kali lelaki itu melepaskan keluhan..dia penat sejak kebelakangan ini. Mahukan han luna 'melayani' nya hampa sekali kerana setiap kali taehyung mahukan belaiannya luna akan berikan pelbagai alasan paling tidak pun wanita itu berseronok dengan kawan-kawannya yang kaki parti itu.

Mindanya tertekan, kalau boleh mahu saja dia menjerit dimana mana tempat yang sunyi agar tekanannya dilepaskan sekaligus.

Park jimin, selaku ketua desingner photoshoot untuk sesi kim taehyung memandang daripada jauh, dia tidaklah peduli masalah apa yang dihadapi taehyung kerana lelaki itu tahu ianya pasti ada kaitan dengan luna.

Lagipun, jimin langsung tidak berkenan dengan wanita seperti han luna itu, entah apa yang taehyung lihat pada wanita itu tidak tahulah. Cantik sudah semestinya tetapi bukan personalitinya.

"Hmm..perlu ke aku tanya taehyung eak.." Ngomelnya sendiri. Hari ini, jimin sudah merancang segalanya, lelaki itu mahu bertanyakan pada taehyung tentang hal bibik rumahnya.

Dia mahu berkenalan dengan bantuan taehyung, jimin tidak boleh melakukannya kerana introvert sepertinya tidak mungkin berani meminta untuk berkenalan dengan wanita secomel song ji hyo.

"Ok guys, semua dah settele, kan? In 30 minutes, kita akan start photoshoot ni. Orite? Kalau ada something yang perlu diperbaiki dengan tema South ni, baikinya sementara masa masih ada." Ujar jimin dalam ketegasan.

"Baiklah, ketua."

Anak buahnya hanya akur, mengangguk tanda faham dan kemudian beredar perlahan lahan daripada situ seperti yang diarahkan ketua mereka.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Where stories live. Discover now