ⓢⓔⓥⓔⓝ - Different

484 87 519
                                    





Tanpa kim taehyung menyedarinya, semakin lama dia mengenali song ji hyo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa kim taehyung menyedarinya, semakin lama dia mengenali song ji hyo..dirinya seakan melutut di hadapan wanita itu. Tidak ubah seperti haiwan liar yang telah dijinakkan sepenuhnya.











Haii kesayangan author!! Author akan update setiap hari ff ni sehingga chapter 10 then akan hiatus dalam beberapa hari..then barulah chapter 11 sehingga chapter 20 setiap hari diupdate pula..

Kalau tak setiap hari, author akan update selang 1 hari atau 2 hari selepas update yang baru.. 😁

___________________________











Dua Minggu berlalu selepas daripada perubahan kim taehyung,

Ianya sesuatu yang luar biasa bagi sesiapa yang mengenali kim taehyung, dahulu lelaki itu melayan song ji hyo tidak ubah seperti hambanya, menherdik jika dia mahu, menghina tanpa mengira waktu malah memperlekehkan seolah olah wanita istimewa itu tidak layak untuk hidup sebagai manusia.

Tetapi hanya kerana suatu pandangan luar biasa, hanya kerana matanyanya tidak sengaja meneroka kesemua 'rahsia' mahligai isterinya kim taehyung mulai berubah hati. Bertunjangkan nafsu, mindanya dikuasai. Tiada secebis perasaan sayang pada isteri tidak sempurnanya itu hanya berniat dia mahu menyentuh isterinya sahaja.

Benci untuk taehyung akui bahawa song ji hyo kini telah menakluki mindanya, tidak perlu melakukan apa-apa drastik hanya sekadar tayangan perdana yang tidak sengaja sudah mampu membuatkan taehyung menyalak teruja.

Malah bukan itu sahaja, lelaki itu juga beransur mula bersikap lembut, budi bicaranya tidak sekasar dahulu..kadang kala sengaja direndahkan ton nada suaranya ketika berbicara bersama dengan song ji hyo.

Namun apa yang masih tidak berubah adalah cara tatapan taehyung yang tajam dan penuh makna tersirat. Hasratnya besar terbuku di hati, masih tidak berani memulakan langkah mahu memiliki isterinya secara sah. Hanya sekadar menyentuh pada bahagian tertentu dan kemudian menayangkan wajah tidak bersalah.

"Ah,sorry. Tak sengaja. Tadi ada kesan kotor dekat situ."

"Aish, sorry jihyo tangan aku tergelincir tadi. Terkena pula kau."

Dan pelbagai lagi alasan tidak munasabah dituturkan oleh lelaki itu. Sememangnya ia kedengaran tidak kene dan agak salah tetapi..segalanya yang dituturkan itu kedengaran elok sahaja apabila kim taehyung pandai mengawal riak pada wajah kacaknya.

Pasti lelaki itu akan mengukir senyuman naif.

Dan song ji hyo, kelakuan aneh suaminya itu menimbulkan rasa kurang senang. Acap kali kelopak matanya membungkam air mata, takut kerana dicubit manja tanpa sebab, ditampar lembut pada bahagian peha dan dicuit halus pada bahagian pipi. Hampir kesemua anggota tubuh menjadi mangsa sentuhan kim taehyung, mahu ditempis tetapi ada sahaja helah lelaki itu.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Where stories live. Discover now