ⓔⓘⓖⓗⓣ - Lost & The Cunning Jeon

504 91 656
                                    











Bisanya lebih sengit daripada seekor ular , kelicikannya lebih kotor daripada seekor rubah, pengkhiatannya lebih halus daripada sebilah jarum dan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bisanya lebih sengit daripada seekor ular , kelicikannya lebih kotor daripada seekor rubah, pengkhiatannya lebih halus daripada sebilah jarum dan dia..adalah jeon jungkook, sahabat baik kepada kim taehyung.

Sorry bab ni panjang sikit, jadi author istiharkan esk author x update sebb sian korang lenguh mata baca..😅 so..author skip sehari ok..

Hari isnin author start balik and maybe waktu pagi or petng ke..ianya diupdate 🤭 bye syg author 🥰

_____________________________________


























Ketika pagi menjelang, yang turut membawa hawa diingin dan kabus tipis, si dia akan mempersiakan diri pergi ke halaman belakang rumahnya. Bersama sama dengan pakaian khas untuk dirinya berkebun di situ, bersama dengan topi padi, berkemeja sedikit lusuh diikuti dengan seluar slack berwarna coklat. Sama seperti seorang tukang kebun.

Hasil daripada titik peluhnya setiap hari membaja, menanam dan menyiram itulah memanjangkan lagi jangka hayat tumbuhannya di situ. Seolah olah sebahagian daripada jiwanya sudah sebati dengan tumbuhan di situ.

Biarpun usianya menjangkau usia 50-an si dia masih gagah bercucuk tanam kerana baginya hanya dengan melakukan ini sahaja dapat merawat rindunya pada mendiang suaminya.

"Ah! Siap pun baja semula pokok matahari ni, lepas ni nak baja pokok bunga madu pula kemudian barulah boleh rehat." Peluh pada dahinya dilap dengan lengan bajunya, keluhan berat dilepaskan semula si dia kembali menyambung semula pekerjaannya.

Dia terus menerus melakukan kerjanya tanpa henti sehingga ianya benar-benar sempurna dan akhirnya si dia berhenti. Mencampakkan segala alatan berkebunnya ke tanah dan berjalan menghampiri tempat istirehat di bawah kemah kecil..

"Ah, leganya badan ni dapat berehat." Keluhnya sendiri, tubuh tuanya bersandar ke kerusi. Matanya terpejam buat sedetik dua mahu menikmati hawa pagi yang masih bersih dan menyenangkan.























Hanya beberapa detik tubuh tuannya dapat berehat bersendirian sebelum anak lelaki sulungnya muncul daripada pintu belakang bahagian dapur dan menghampiri dirinya. Sepinggan masakan ala-ala barat diletakkan perlahan sebelum punggungnya berlabuh bertentangan dengan ibunya.

"Eomma..dah habis berkebun?" Dia menyoal ingin kepastian, manalah tahu nanti ibunya mahu bersambung semula. Boleh la dia bersedia angkat punggung dan pergi. Barangkali malas hendak menunggu lama.

"Ha'ah baru je habis ni. Rajin kamu masak seokjin." Dengan mata masih tertutup kim young ae menyoal seokjin. Aroma toast menusuk ke dalam rongga hidungnya, menyeru untuk rongga mulutnya segera disua secepat mungkin.

"Mestilah kene rajin, kalau tak rajin nanti siapa pula nak tolong eomma kalau bukan jinnie." Balas seokjin bersahaja. Sesekali dia mengerling keseluruh kawasan kebun ibunya, luas dan padat. Biarpun banyak tumbuhan di situ tetapi masih kelihatan kemas sejuk sahaja mata memandang.

 EGOTISTICAL + TAEHYUNG KIM (TAEHYO) Where stories live. Discover now